Friday, October 28, 2011

Isabella oh... Isabella...

Aku umur 4 tahun, bergambar bersama Arwah Kak Lani..

Aku anak kesayangan papa. Bukan anak kesayangan mami. Sebab mami suka bebel. Mami suka jerit-jerit. Mami kata aku nakal. Mami kata aku masam.

 Ingat lagi ayat mami.. "Masamnya dia.." Tapi aku pelik. Kalau aku masam kenapa ibu cium aku tak henti-henti?

Satu hari, mami marah aku. Kali ini marahnya berbeza. Aku kecik hati sangat. Papa pulak 'out station'. Jadi aku ambil keputusan hendak melarikan diri dari rumah. Nak cari papa. Semalam papa bagitahu dia ada kerja dekat Johor.

Mami tengah goreng karipap, sedap bau kuih tu sampai sekarang aku ingat. Tapi sebab nak lari rumah punya pasal aku nekad nak larikan diri. Nak mengadu kat papa.

Senyap-senyap aku naik bilik dengan mata yang berkaca. Tadi waktu kena marah, aku tak nangis. Konon-konon nak tunjuk kuat. Bila sampai dalam bilik, aku tengok cermin. Tetap tak menangis. Hati saja yang menjerit.

Di sudut bilik, bersepah-sepah mainan. Kebanyakannya pistol air dan kereta. Aku masukkan kembali dalam bakul. Hanya 'Marry' satu-satunya anak patung aku yang diperbuat dari kain aku bawak. Aku bawak juga dua helai baju dan yang paling penting botol susu! 

Bawah katil ada tabung tembikai. Aku pecahkan dan ambil semua wang tabunganku. Aku tak ingat berapa, tapi aku rasa cukup tambang tu untuk ke Johor.

Aku turun tangga perlahan-lahan, intai mami di dapur. Dengar mami leka goreng karipap sambil nyanyi... "Malam ini kaseh... teringat aku padamu...."

Ha.. tu lagu kegemaran mami..! sebab tu jugaklah aku suka lagu tu... sampai sekarang.. 

Mami tengah leka, aku pun keluar...

“Isabella.... isabella nak pegi mana tu?...  Dengar suara lelaki dari arah belakang.

Aku langsung tak toleh.. lagi cepat aku jalan... tapi suara itu tetap memanggil...

"Isabella.... nak pergi mana tu? Nanti kena tangkap dengan orang jahat."

Aku toleh belakang. Rupanya abang Lan Canai. Jiran sebelah rumahku.

 “Isabella nak cari papa, dia 'out station' dekat johor.” jawab aku dengan mata yang bergenang.

"La... nak pergi Johor kenapa pergi sorang-sorang? Mami mana?" tanya Abang Lan..

Aku geleng kepala. Senyap dan teruskan berjalan. Abang Lan Canai panggil aku Isabella. Ini kerana rambutku dulu ikal mayang mirip heroin Filem Isabella. Filem yang sedang meletup era 90an. Waktu tu pun lagu isabella nyanyian Amy Search sangat popular. Aku sering nyanyi lagu tu sebelum tidur malah hafal setiap bait liriknya.

Aku cukup bangga orang panggil aku Isabella..  Sampaikan bila orang tanya.. Siapa nama awak? Aku akan jawab Isabella.. Semuanya sebab filem itu.. :)

"Jom Isabella, Abang Lan hantar dekat papa." pujuk Abang Lan.

Aku langsung tak hiraukan pujukan pada jam yang pertama. Agak jauh juga aku berjalan waktu tu. Semuanya semata-mata nak cari papa.

Hari dah nak senja, batang hidung papa langsung aku tak nampak. Abang Lan dari tadi ikut aku dari belakang.

Akibat terlalu letih, aku mengalah. Abang Lan pimpin tangan aku, hantar kerumah. Dalam hati sebenarnya takut. Mesti mami marah sebab aku larikan diri.

Paling aku takut, mami akan capai 'hanger' atau rotan untuk rotan aku. Tapi selalunya mami baru pukul sikit aku dah melalak melebih-lebih.

Tapi kali ini berbeza.. mungkin mami baru tersedar kalau-kalau anak perempuan dia yang seorang ini betul-betul hilang.

Aku dapat lihat mami menangis. Mami sebenarnya bimbang.

Sayang jugak mami aku dekat aku...  :)



Dan kini aku dah memiliki Ijazah.. Harap mami dan papa gembira dan bangga...... <3
Read More

10 Langkah bayar PTPTN guna Cimb Clicks!

Dah 3 hari majlis konvo... sekarang giliran untuk kita jalankan tanggungjawab kita untuk membayar balik pinjaman PTPTN waktu belajar dulu....

Sebenarnya senang je nak bayar PTPTN... Ada banyak cara... anda boleh klik sini ... untuk mengetahui kaedah -kaedah lain membayar PTPTN...

Tapi bagi yang malas nak beratur dekat kaunter BSN.. Pejabat POS.. baiklah bayar online..

 Disini saya cadangkan untuk bayar menggunakan CIMB CLICKS...  Ikut langkah-langkah dibawah...!

Hanya 10 Langkah... tak perlu beratur !!


 

Langkah 1 : Mestilah ada akaun CIMB dan register online CIMB Clicks terlebih dahulu..dan duit
                   dalam akaun kenalah melebihi RM1.

Langkah 2  : Call nombor Hot line PTPTN yang tertera..& dapatkan NOMBOR SURAT TAWARAN PTPTN anda.



Langkah 3 : Login nama anda dalam CIMB CLICKS...

 




Langkah 4 : Klik pada 'Bill Payment'



Langkah 5 :  Select Akaun anda.




Langkah 6 :  Select pada Full Payee List.. pilih 'education'.




Langkah 7 :  Pilihlah PTPTN!








Langkah 8 :  Masukkan No IC, nombor Surat Tawaran dan Jumlah RM yang hendak anda bayar.





Langkah 9 :  Klik 'Proceed to Payment'




Langkah 10 : Klik 'TAC on SMS' untuk kod pengesahan dari telefon bimbit anda.. Masukkan di
                    Transaction Code..dan Klik Confirm!.....



Dan kini anda telah berjaya membayar HUTANG PTPTN anda......!!!!

Caj yang dikenakan hanyalah 50 sen.... Kalau dekat kaunter BSN kena caj RM1.. dah la nak kena beratur lagi kan? Jadi gunakanlah kemudahan yang ada

Selamat Mencuba...

Terima Kaseh CIMB Clicks.... :D
Read More

Friday, October 21, 2011

Tiada penghujung...

Dalam kesunyian... 
menyendiri sepi..
Menanti penghujung yang tak pasti..

Selangkah mimpi..
Selangkah realiti... 
Aku tetap tidak pasti..
Kaseh menyala mulanya..
 semarak apinya..
 memuncak..

Sama kau beri, juga sama kulimpahi..
Sama kau sakiti juga sama kukelari...

Segalanya surut juga..
tidak terbela..
tidak terjaga...

Tiada penghujung..
Tiada kepastian ..
Penuh penantian dan harapan...


Read More

Tuesday, October 11, 2011

Ahmad Jais meninggal dunia.



Penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital DEMC, Shah Alam  kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Allahyarham 75 tahun sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana menghidap asma dan sesak nafas...

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Zohor.

Lagu yang sering dalam ingatan ku.... Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka dan Selamat Hari Raya...




Al-Fatihah....
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com