Saturday, March 10, 2012

Koleksi Gambar : Pemuda Umno/BN bantah kenyataan Anwar sokong Israel

24 Februari lalu, Pemuda Umno membuat satu bantahan mengenai kenyataan Anwar Ibrahim di Akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang dikatakan menyokong keselamatan Israel.

Video penuh boleh dilihat di Pemuda BN Demo manakala berita di Edisi 24 Feb

www.mobtv.my

Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid mengetuai perhimpunan aman ini.


Satu memorandum dihantar 80 pemuda Umno, MIC dan MCA di Ibu Pejabat PKR. Mereka cuba menyerahkan memorandum namun pejabat PKR tersebut tutup dan pegawainya dipercayai berada di Kuantan.


Polis mengawal himpunan... 



Wartawan menunggu dihadapan Ibu Pejabat PKR. Yang sedang 'berasap' itu adalah.....
Read More

Wednesday, March 7, 2012

Nak makan sedap?

Sesungguhnya individu yang tidak pandai menikmati dan menghargai makanan adalah individu yang rugi. Haha..Saya suka makan. Saya suka mencuba bermacam-macam juadah tak kira di restoran,kedai tepi jalan mahupun pasar malam.

Di sini saya nak kongsikan beberapa tempat yang sedap menunya. Walaupun agak mahal, tetapi berbaloi.Tapi sekali sekala bolehlah makan.. hari-hari makan pun tak boleh juga...

Butter Prawn bersama Nasi Goreng Cina...

 Ha! Nak makan Butter Prawn yang sedap... Pergilah ke Kota Damansara.. di Muslim Chinese Cuisine Restaurant... Butter Prawn RM18 untuk dua orang makan. Nasi goreng RM9.90.... Tapi nasi goreng dia biasa je.. Butter prawn je yang sedap...





 JM Beriani
Nak makan beriyani sedap... pergilah JM Beriyani... Nasi kosong saja dalam RM5..Pilih ayam masak merah dalam RM9.20... Kira sebenarnya set dia RM15... air dia dalam RM3 macam tu.. Oklah kalau dua orang makan dalam RM40 macam tu...  Kedai ni ada banyak cawangan.. Ada di Wangsa Maju, Seksyen 7 Shah Alam, Subang Jaya, dekat Tesco pun ada... :)


Nasi Ayam Panggang Thai
 Menu ni paling murah.. Nasi ayam panggang Thai sedap kalau combine dengan Three Layer Tea... Baru dalam RM13 macam tu... Restoran Manggo's Chilies ni menu semuanya masakan Thai. Kebanyakkan menu dia ada kerabu mangga... Try lah!
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com