Thursday, October 11, 2012

Salah erti peribahasa Melayu, salah siapa?

 
Bila cakap pasal peribahasa, simpulan bahasa... mesti ramai yang keliru.. kenapa pembayang macam tak logik? Kenapa itu? Kenapa ini?

Banyak sebenarnya peribahasa yang perlu diperbetulkan penyampaiannya.

Contohnya,

1. "Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi" VS  "Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi"

Setelah sekian lama kita mendengar peribahasa ini.. Jika difikirkan apa logiknya pagar makan padi? Ada pagar di sawah padi?

Tergerak aku mencari maksud sebenarnya apabila seorang kawan memberitahu.. Bukan Pagar, tapi PEGAR... Pegar adalah spesies burung yang dahulu kalanya diharapkan memakan serangga perosak padi.

Boleh lihat di sini






Kesalahan seperti ini terjadi apabila penterjemahan jawi kepada rumi telah disalahertikan. Apa yang lebih pasti ialah apabila orang ramai tidak mengetahui kewujudan burung ini.



Barisan pertama dipercayai tulisan jawi peribahasa asal sebelum diterjemahkan kepada rumi.

Barisan kedua merupakan kesilapan ejaan jawi yang telah dilakukan.

Persoalannya di sini siapa sebenarnya yang perlu dipersalahkan? Adakah Cikgu Bahasa disekolah yang tak betul-betul faham dengan maksud peribahasa? Dewan Bahasa dan Pustaka?

Peredaran zaman?

Sasterawan Negara, Pak Samad?

Atau modul pendidikan Bahasa Melayu?

Yela, padi sawah pun tak pernah jejak, inikan pula hendak kenal burung yang semakin pupus ini. Jadi macamana nak tahu Pegar atau Pagar kan?


Bukan ini sahaja yang kita tersalah faham akan maksudnya..

Sebagai contoh..

a)   ' Saling tak tumpah ' sebenarnya 'Salin (se-salin) tak tumpah'


b)  ' Mata keranjang ' sebenarnya ' Mata ke ranjang '... Ranjang bermaksud katil.. atau 'tempat tidur'.


c)  Melepaskan batuk (berdehem) di tangga sebenarnya ' Melepaskan batok (penyedok air) di tangga '

d) Merah Padam.. ada yang sumber yang mengatakan Merah Padma.. Padma adalah sejenis bunga teratai yang berwarna merah.


Sama-samalah kita renungkan bersama.. dan cuba untuk memahami peribahasa dengan lebih mendalam.





 
 
 
 
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com