Thursday, January 29, 2015

Astro Awani 2015 berwajah baru!


Nafas baru, semangat baru.

                       Bukan sahaja pemberitaan yang berbeza dari stesen TV yang lain, tahun 2015 merupakan tahun yang bermakna buat Astro Awani. Hampir lapan tahun, awani kini cuba bertahan dengan konsepnya yang tersendiri.

Dan di sini saya kongsikan sedikit sebanyak koleksi gambar studio Awani yang lebih besar dan cantik. Apa yang lebih penting ialah variasi latar belakang berita tanpa cromaki.


Awani 745 Ashwad Ismail. Pemberita utama AWANI.

Hans Yusoff juga pemberita utama Awani 745

Liputan langsung bersama wartawan Asyraf Hasnan mengenai pasca banjir Kelantan.


Ini pula set untuk Awani 745 di pagi hari. Salah satu set berdiri yang masih dikekal. Pemberita setahun jagung, Nabihah Hamid,

Awani 745 pagi dari sudut lain. Malissa Sahari
Kredit gambar Abang Iskandar Wardrobe


Juga berita di pagi hari. Malissa Sahari

Nisa Kasnoon salah seorang pemberita Awani  wanita yang senior. 



Berita jam 1, Hans Yusoff


Bisnes AWANI Nurul Hana Ismail




Studio lama, untuk jam 9 pagi, Nabihah Hamid

Set Awani 745 yang lama, pemberita Marlina Manaf




Set penuh untuk buletin awani jam 2, Nabihah Hamid




Read More

Saturday, January 10, 2015

Resepi Cendawan Goreng Rangup

Ramai dok tanya macamana nak buat cendawan goreng kan?
Meh sini cikbee kongsi resepi.
1. Tepung jagung 1/2 cawan...
2. Tepung gandum 2 sudu
3. Garam secukup rasa
4. Telur 1/2 biji
  • Pukul tepung dan bahan-bahan tersebut hingga sebati
  • Satu paket Cendawan ikut citarasa.
  • Carik2 cendawan halus. Bahagi kepada tiga bahagian
  • Ia bagi memudahkan cendawan anda lebih garing.
  • Celupkan pada tepung tadi... dan goreng!!!
P/s : Untung hasilkan gorengan yang habis, api kena dalam kena sederhana. Jangan terlampau panas nanti boleh hangit. Tapi jangan pulak terlalu tak panas, nanti cendawan boleh masuk minyak. Nak lebih rangup, letak lebih telur, tapi jangan sampai tepung terlalu cair. Tak perlu kena penambah perisa untuk cendawan. Guna garam pun dah sedap dah. Lebih-lebih lagi bila makan panas-panas.
Mudah kan? Ok jangan wassap cikbee lagi.. sila rujuk blog ini.
Read More

Thursday, January 8, 2015

Drama melayu buntu idea?



Buntu idea

Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan drama melayu dalam industri Malaysia semakin buntu idea. Lihat sahaja drama-drama yang ditayangkan stesen televisyen, kebanyakan kandungan cerita mengisahkan konflik cinta, bisnes Melayu kaya, perkahwinan yang ditentukan keluarga mahupun skandal perkahwinan.

Saya tidak mempunyai masalah dengan drama melayu, namun kandungan cerita yang klise serta babak yang beribu-ribu kali diulang membuatkan saya beralih kepada drama Negara lain yang memberikan kelainan.

Lihat sahaja babak, seorang gadis hamil. Pasti akan ada babak muntah, loya dan pening-pening. Bukan sahaja itu, babak keluarga bergaduh di meja makan juga kerap kali digunakan. Itu belum lagi saya sentuh mengenai babak rogol, putus cinta dan seangkatan dengannya.

Lebih menjengkelkan apabila kebanyakan drama menampilkan babak anak-anak melayu mencari hiburan di kelab malam. Saya tidak nafikan ada juga drama yang berkualiti namun boleh dikira dengan jari.

Novel adaptasi kepada drama

Tatkala drama komedi bersiri Suamiku Encik Sotong yang mengisahkan tentang skandal isteri dengan sepupunya sendiri menjadi perhatian, negara lain lebih kreativiti dengan kandungan cerita.

Ya benar, mengadaptasikan novel kepada drama menjadi trend masa kini dan itu bukan hanya di Malaysia. Drama berteraskan novel yang sedang hangat dan antara yang mendapat sambutan ialah Projek Memikat Suami, Arriana Rose dan terbaru Suamiku Encik Sotong.

Kandungan cerita melayu di Malaysia berbeza sekali dengan negara serantau lain.

Dalam kesibukan industri drama melayu hanya bertumpukan kepada cerita rogol, rempit, golongan maknyah dan sebagainya, drama korea dilihat lebih kehadapan dengan jalan cerita lebih kuat.





Drama Korea unik

Bukan sahaja budaya K-POP dan Running Man berjaya mempengaruhi dan menjadi kegilaan seluruh dunia. Drama Korea kini antara menjadi pilihan anak muda masa kini. Kenapa begitu? Ia mungkin atas faktor jalan cerita yang unik dan berbeza.

Doctor Stranger

 
Drama Korea misalnya menampilkan drama Doctor Stranger dimana konflik dan kisah hidup seorang anak lelaki seorang pakar jantung terkenal yang teraniaya dek politik Korea Selatan dan Utara. Drama yang penuh dengan ilmu perubatan jantung sesungguh memukau penonton.

Walaupun ada babak yang ditampilkan agak tidak logik seperti filem Hindustan namun drama ini berjaya memberikan keunikan dengan animasi perubatan yang diselitkan.
 
Untuk nampak lebih menarik, sudah semestinya watak heroin dan konflik cinta tiga segi diwujudkan. Saya tidak ada masalah dengan elemen cinta dalam setiap drama kerana itu adalah penarik utama dalam sesebuah penceritaan.

Pinocchio

 

Drama Pinocchio juga menarik.  Pinocchio merupakan satu penyakit tersedu sekiranya seseorang itu berbohong. Mengaitkan cerita dengan media di Korea, ia sekaligus menceritakan scenario media di Korea yang tidak mahu mengambil penghidap pinocchio atas alasan tidak sesuai untuk menjadi seorang pemberita.
 
Mesej dalam drama ini menonjolkan bagaimana laporan media yang salah boleh memberikan kesan kepada sesetengah pihak. Disebalik mengejar cita-cita untuk menjadi pemberita dan wartawan, hero drama mempunyai agenda tersendiri iaitu menggunakan peluang sebagai wartawan untuk menyiasat kes kematian bapanya.
 
Pinocchio seperti mana yang kita ketahui merupakan watak kartun dongeng yang hidungnya menjadi panjang setiap kali berbohong. Tetapi Korea mengadaptasikan pinochio dengan kreatif sekali.

Dan disebabkan tidak boleh berbohong, pinocchio tidak diambil bekerja sebagai wartawan atau pemberita kerana bimbang pembohongan beritanya terbongkar.

Bayangkan kalau pemberita tersedu ketika siaran langsung?

Di mana drama melayu kita? 

Maka, dimana kita? Kemana arah filem drama melayu?
 
Drama kebanyakan televisyen tidak habis-habis mahu menunjukkan melayu kaya, makan dirumah guna sudu garfu. Bercinta, meroyan. Skandal. Perkahwinan yang diuruskan keluarga. Adakah kandungan itu yang akan terus ditayangkan dikaca televisyen untuk tontonan penonton?

Kenapa kita hanya tertumpu pada kandungan sebegitu?

Tidak keterlaluan saya katakana, kita masih jauh kebelakang jika dibandingkan negara lain. Ia kerana idea yang cetek dan tidak berfikiran di luar kota sekaligus menjadikan drama melayu sentiasa klise. 

Apa yang perlu dibuat untuk memajukan industri drama melayu? 

Tepuk dada tanya selera.
Read More

Friday, January 2, 2015

Tahun baru tanpa Papa

   
Dari kecil sehingga kini. Kalau tidur mesti akan teringat papa akan tepuk bahu, dodoikan aku. Masa kecil dulu, selagi aku tidak tidur, papa akan tepuk sampai aku terlelap. Papa adalah bapa paling sporting dalam dunia. Dia jarang sekali marah malah tidak pernah tangankan anaknya. 

       Ingat lagi masa umur 6 tahun, aku sanggup lari rumah semata-mata nak cari Papa yang outstation luar KL. Kalau balik, dalam poket tak pernah tiada gula-gula untuk aku. Dan perkara itu diamalkan papa sehingga kepada cucunya.

Namun, Allah lebih sayangkan papa. Tiga hari sebelum raya, bulan Ramadhan papa meninggalkan kami adik beradik. Lebih kurang Sebulan sahaja lagi dari tarikh pernikahan. Tamparan hebat buat aku. Tidak pernah rasa sedih sebegitu rupa.

Rasa janggal hidup tanpa papa. Walaupun dah lebih 100 hari papa meninggal tapi aku masih lagi rasa kehadiran papa dekat rumah. Bilik papa masih lagi sama, baju dalam almari papa masih tergantung. Kerusi malas papa masih ada di tepi pintu. Bekas habuk rokok masih ada. Papa masih ada dalam hati aku dan takkan pernah hilang. 

      Kalau dulu, sampai sahaja di pintu rumah, papa akan beritahu ayat yang wajib.
"Biha baca berita pagi tadi ya? Papa ada rekod tadi," papa cukup bangga bila anak dia sebut Nabihah Hamid dalam TV. Ada namanya yang aku sebut. Dan dia sangat suka. 

Gambar masa aku 3 tahun. Ia diambil di rumah lama Taman Melawati. 
  Gambar ini masa kami adik beradik makan dekat KFC. Sebulan sebelum papa meninggal bulan julai 2014.
         Papa orang yang peramah. Semua panggil dia Pak Hamid. Pernah dulu aku dan Naqiyah bawa papa ke Pulau Tioman. Satu kumpulan diver beri perhatian kat Papa. Itu semua disebabkan sikap peramah dan rendah diri yang disenangi ramai.


          Sayang binatang terutamanya kucing. Perangai kutip kucing jalanan itu aku warisi dari papa. Tapi sekarang ini aku fokus jaga dua ekor kucing sahaja Emak dan Razak. Satu sahaja yang aku tidak gemar dengan papa, dia kuat sangat hisap rokok dan itulah antara punca kenatian menyebabkan jantung papa tersumbat hampir 80peratus. 

        Papa adalah Papa The Best In The World. Tiada siapa mampu ganti papa, dan kasih aku pada papa takkan pudar. Segala apa nasihat papa beri akan aku ikutkan. 

"Biar orang buat jahat dengan kita, tapi kita perlu buat orang suka dan sayang pada kita. Jangan sesekali menimbulkan kebencian orang kerana buruk padahnya,"

Itu pesan yang aku akan ingat. Papa juga pesan, jangan dendam pada orang. Sentiasa maafkan orang dan fikir positif. InshaAllah akan aku pegang.
on

Masa ni bawa papa ke Pulau Tioman. Papa suka sangat berjalan-jalan tengok laut.

Gambar kami sekeluarga waktu aku konvo degree UiTM. 

Dua bulan sekali, aku akan bawa papa check up dekat Klinik Seri Melawati. Cek kencinh manis Papa.

Sebagai anak, aku masih belum puas jaga Papa. Tahun baharu 2015 merupakan tahun pertama tanpa Papa. Tiada lagi suara papa panggil Majid. Tiada lagi orang nak tanya aku baca berita pukul berapa.

Tapi papa, walau apapun. Terima kaseh kerana jadi papa yang paling hebat. Semoga papa tenang mengadap Sang Pencipta. Kami anak-anak akan sentiasa doakan papa. I love you.

Aku bangga jadi anak Pak Hamid.

AL-FATIHAH UNTUK PAPA.. ABDUL HAMID BIN MUSA

2.41 pagi, 2 Januari 2015





Read More

Koleksi gambar Azmin sebagai MB di hari pertama

Kini politik Selangor berakhir selepas pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun, itu bukan perkara yang ingin dibincangkan dalam entry ini, tetapi sekadar mahu berkongsi gambar sewaktu membuat tugasan di Istana dan Bangunan SUK Selangor.


Sidang media pertama Azmin Ali sebagai MB Selangor. 
Lambaian pertama 

Hari pertama

Tugasan pertama saya di Istana

Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com