Wednesday, July 1, 2015

Tiga tahun bersama Astro AWANI, Berita Segenap Dimensi!


Diam tak diam, sudah tiga tahun menjadi wartawan penyiaran di saluran berita nombor satu di Malaysia, Astro AWANI, 501.

Kini sudah masanya, aku mencari nafas baru meskipun sudah selesa dan bahagia di bawah syarikat Astro ini. Banyak pengalaman yang aku perolehi terutamanya apabila diberi kepercayaan untuk menjadi pembaca berita untuk Buletin AWANI.

Memang hati berat hendak meninggalkan sahabat-sahabat di AWANI, tetapi hidup mesti diteruskan dan pilihan telah pun dibuat.

Aku amat berterima kaseh dengan Encik Suhaimi Sulaiman dan Encik Norazam Shairi yang memberi peluang untuk aku menjejakkan kaki menjadi sebahagian daripada keluarga awani. Kini Cik Mi pun sudah tiada dan aku harap penggantinya Encik Razak Chik akan meneruskan legasi untuk menerajui AWANI dengan jayanya.

Di AWANI, meskipun berbeza department tetapi kami semuanya mesra dan bersatu. Dari newsdesk, Cameraman,  newscutter, MCR, PCR, Admin dan maintainance. Semuanya baik-baik belaka.

Aku doakan saluran ini akan terus mengungguli berita tergempar dan terus berkembang.

Dah... jangan sedih-sedih. Meh nak kongsi gambar-gambar di hari terakhir.

Ini tiga sahabat yang selalu berada di saat jatuh bangun aku!





Dari kiri Adlee Kini Trending, dan Shark Bisnes.

Hana Ismail yang sentiasa senyum dan gembira.

Bersama Ashwad Ismail serta kak Zara Hunny Make up Artist.
Tiba-tiba Faizal Tahir datang plak saat aku nak last day ni!

Team malam yang happening.One Newsroom!
Kak Zara yang sporting

Ini dia director Adam dan Alya PCR!

Kak Nisa Kasnoon yang sentiasa sedia membantu.

Geng PCR dan pilot!

Cameraman dan Newscutter Astro AWANI.

Family di AWANI.



Melissa Ong

Zef OE Bisnes

Cik Kamarul Bahrin



Grafix team yang hebat!



MCR!

Abang Nazam Stone IE

Sulin dan Hafiz

Ranjit, AK dan Israr



Read More

Sunday, June 28, 2015

Aman Palestin perlu RM30juta bangunkan Masjid Shafie di Gaza

Majlis Iftar Amal Perdana anjuran Aman Palestin.


Sempena bulan ramadhan, badan bukan kerajaan NGO, Aman Palestin mengambilkan inisiatif mengutip derma dan mengumpulkan dana RM30 juta ringgit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang piut berkata dana itu diperlukan untuk membangunkan semula masjid as-syafie yang musnah akibat dibom tentera israel tahun lalu.

Menurutnya masjid menjadi nadi kepada penduduk Gaza yang menempatkan tahfiz.. pusat zakat dan sebaran ilmu, maka pihaknya akan cuba mempercepatkan proses pembinaan semula.

Pada 27 Jun, satu majlis Iftar Amal Perdana Aman Palestin 2015 diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Majlis turut melancarkan kempen tabung pembinaan semula masjid shafie dan akan digerakkan ke seluruh negara.

Opick sebagai artis jemputan pada Majlis Iftar.

Blogger Kbba : Kelab Blogger Ben Ashaari

Tetamu yang hadir, semua tkerusi habis dijual!

slide yang ditayangkan semasa majlis.

Di lobi hotel turut diadakan pameran yang menunjukkan kekejaman terhadap warga Gaza.



Booth turut dibuka untuk jualan barangan berkaitan Gaza.








Read More

Tuesday, June 23, 2015

RENDANG DENDENG OPAH


Kalau balik kampung, opah mesti ada satu menu wajib iaitu RENDANG DENDENG OPAH! Sekali makan memang nak lagi. Balik kampung, mesti Opah masak meriah, lagi-lagi kalau anak-anak dan cucu dia balik.


Inilah pertama kali aku rasa suasana kampung. Dan ini juga tempat aku tumpang kasih nenek. Maklumlah nenek kedua-dua belah ayah dan mak dah meninggal.

Tumpang kasih opah suami pun jadilah.

 
Ini opah saya yang tercinta. Duduk di Kampung Gugusan Manjoi!


Ok, Meh sini aku kongsikan sikit resepi Rendang Dendeng Opah!



Bahan-bahannya

1. Sekilogram daging (dipotong sederhana, jangan kecil jangan besar)
2. Bawang merah kecil 20 bijik
3. Serai 5 batang
4. Halia seinci
5. Kicap manis
6. Sos Tiram
7. Air rebusan daging
8. Garam dan Gula secukup rasa
9. Cili giling dalam dua genggam direbus dan diblender (masuk belacan dan minyak sikit)


Cara-caranya ;

Daging perap

1. Daging direbus sehingga lembut.
2. Air rebusan disimpan, Jangan buang ya.
3. Setelah rebus daging, toskan dan sejukkan.
4. Setelah sejuk, tumbuk daging. (jangan hancur sangat).
5. Asingkan daging tadi kedalam mangkuk dan campurkan dengan kicap manis.
6. Letak kicap sehingga nampak daging kehitaman.
7. Perapkan selama 20 minit

Setelah perapkan daging tadi dengan kicap, goreng dengan minyak, tos dan asingkan ke mangkuk lain.

 Tumis

1. Kesemua bahan-bahan seperti bawang merah, halia dan serai dipotong halus-halus. Tak digalakkan blender. Kalau nak tumbuk lagi sedap!
2.  Setelah naik bau, letak cili yang diblender tadi. Tumis dibahagian tengah kualiti (sila rujuk gambar).
3. Dah pecah minyak cili tadi, gaulkan kesemua sehingga rata. Letak sedikit garam dan gula. Sedikit sos tiram dan kicap manis.
4. Apabila dah cukup garing dan rata, masukkan daging yang digoreng tadi. Gaul sehingga rata.
5. Dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging yang diasingkan sebelum ini.
6. Goreng sehingga kering.
7. Boleh dihidangkan untuk santapan!

Itu sahaja resepi nya!  Selamat mencuba!
















Read More

Monday, June 22, 2015

Best tak Jurassic World?

LOS ANGELES: Filem aksi "Jurassic World" mencatat rekod baharu dunia, sebagai filem yang mencatat kutipan tertinggi dalam seminggu. Filem itu yang dibintangi Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, hingga kini sudah meraih AS$511 juta pendapatan global serta meraih kedudukan sebagai tayangan hujung minggu terbaik dalam sejarah, yang mana daripada jumlah itu, sejumlah AS$100 juta dari China. "Jurassic World" meraih AS$208.8 juta dalam hujung minggu pertama, sekali gus menjadikan siri keempat 'Jurassic Park' itu mengatasi rekod 'Avengers' pada 2012, mengikut data yang dikeluarkan Exhibitor Relations

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/6156


Alangkah seronoknya, kalau betul ada taman yang menghimpunkan haiwan purba yang pupus tersebut.

Best ke tak? Memang best. Saya bagi 9/10. Sebab tu boleh catat rekod baru dunia.
 
Dalam masa seminggu meraih AS$511 juta pendapatan global serta meraih kedudukan sebagai tayangan hujung minggu terbaik dalam sejarah, yang mana daripada jumlah itu, sejumlah AS$100 juta dari China. "Jurassic World" meraih AS$208.

Filem yang hero heroinnya dibintangi Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, dah atasi rekod 'Avengers' okay!

Permulaan cerita agak perlahan tapi kemuncak di akhir cerita memang best. Lebih-lebih lagi misi raptor menjejak dinasour buatan yang terlepas dari kandangnya.

Shot waktu dalam kereta kaca bulat memang best. Kan best kalau betul-betul ada. Tapi risikonya kalau jadi malapetaka macam filem ini memang masak.



Read More

Monday, June 15, 2015

Kenalpasti lelaki jujur dengan anda

Rasa gembira tak kalau ada orang kata nak meminang kita?
"Betul ke dia suka aku? Sudi ke dia nak kahwin ngan aku? Tak main kayu tiga? Tak curang?"

Persoalan itu, soalan lumrah bagi perempuan yang rasa kurang 'secure' dengan teman lelakinya. Isu ini sudah lama dibincangkan, dan akan terus kekal sampai bila-bila.

Bercakap melalui pengalaman, banyak jenis lelaki yang hidup di dunia ini. Walaupun masih lagi setahun jagung dalam kehidupan tapi sedikit sebanyak kita nak kongsikan apa yang terbuku di hari ni. Haha!

Dari sekolah rendah, menengah, matriks sehinggalah ke universiti. Banyak jenis lelaki yang ada di dalam dunia ini. Ada yang memang baik, ada yang benar jujur, ada yang poyo, dan ada juga yang psyco.Tapi blog ini bukan untuk menceritakan secara terperinci tetapi sekadar berkongsi dari sudut mata aku ni.



1. Hormat wanita

Hormat adalah kunci utamanya. Sekiranya tiada rasa hormat, hubungan antara satu sama lain tidak akan menjadi. Lelaki yang baik adalah lelaki tidak beremosi dan menggunakan kekerasan. Malah, lelaki yang mahu mengahwini kita tidak akan jujur dan tidak menyentuh wanitanya.

Dalam erti kata lain, sebagaimana dia hormat ibunya, sebagai itu jugalah dia hormat pada wanita yang bakal menjadi ibu kepada anak-anaknya.

2. Komited


Lelaki yang ingin mengahwini anda sememangnya bersedia untuk berjumpa keluarga. Mereka tidak berbelah bagi atau memberikan alasan sekiranya dijemput menghadiri majlis berkaitan keluarga anda.

3. Rasional

Sentiasa memberikan pandangan yang rasional, tidak cemburu buta dan memberi nasihat dalam keadaan tidak beremosi.

4. Tidak berahsia
Tiada rahsia di antara anda. Tidak ada masalah sekiranya pasangan mahu melihat telefon bimbitnya. Namun itu bukan modal kita nak jadi obses dan queen control untuk memeriksa setiap sms, whatsapp pasangan kita.

5. Berterus-terang

Sekiranya ada perselisihan atau tidak rasa puas hati. Lelaki tersebut akan lebih berterus terang dan tidak menyembunyikan rasa di hati. Lelaki lebih berbeza daripada perempuan yang suka memendam rasa di dalam hati. (Perkara ini bahaya untuk perempuan, kerana bila meletup satu hari nanti. Pasti terluka)

Namun kesimpulan, persepsi orang mengenai lelaki jujur ini subjektif. Ini hanya pandangan aku sahaja. Tetapi masing-masing ada pengalaman masing-masingkan?

Bagi aku, kalau benar dia untuk kamu, maka dia adalah jodoh kamu. Seperti aku sendiri, pandangan aku, hubungan atau kenal pasangan anda bertahun-tahun, tidak menjamin bahawa dia adalah jodoh anda.

Dan kenal bertahun-tahun tidak semestinya anda kenal pasangan anda.












Read More

Saturday, June 6, 2015

Hanya pakai losyen, boleh turun 2 inci sebulan


Siapa yang mahukan lemak-lemak tak diundang di perut ni kan?
Wanita terutamanya mengalami masalah perut berlipat, lemak pejal dan sebagainya.

Saya juga tidak terkecuali.

Biasalah kan kalau selepas berkahwin, tak kira perempuan ke lelaki ke, kalau dah bahagia mesti naik badan. Tapi sebenarnya, kita kena jaga juga kerana kegemukkan mengundang pelbagai penyakit.


Ini gambar paling terkini selepas pakai losyen Vene


Meh sini kita nak kongsikan produk apa kita pakai sampai turun dua inci dalam masa tak sampai sebulan!


Ini dia! Pengasasnya Kak Vene saya kenal sewaktu membuat temubual segment IKS di Astro AWANI. Dalam pada itu, saya mencuba dan menakjubkan! ia sangat berkesan.



Total turun bulan ini...
2 1/2 inci...
Berkat usaha gigih nak langsing..
Sapu cream #venelotion dua hari sekali di perot
Sit up 20kali sebelum tidur...
Skipping dua minit sehari..
Alhamdulillah!


Ok ni kita nak kongsi gambar kita buat perbezaan pulak ya!

nampak tak beza? kiri tu gambar bulan lepas. turun 2 inci! belah kanan

Nanti saya buat lagi perbezaan gambar. Saya target nak turun lagi seinci. Semoga berhasil!

Harga Vene Lotion ni RM100 satu kotak. Kalau nak beli saya juga jadi dealer. Boleh email saya
di nabihah.hamid@gmail.com

saya akan bagi harga diskaun.. Thank you!


Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com