Sunday, May 12, 2013

Penantian suatu siksa, kepastian suatu penawar.




Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku


Read More

Friday, April 12, 2013

Media macamana nak mohon undi pos?


Anda MEDIA? Nak tahu cara mohon undi pos?

Ini syarat-syaratnya.

Langkah pertama.

a)
Warganegara Malaysia
b)
Pemilih berdaftar
c)
Tergolong dalam salah satu daripada kategori seperti yang berikut :
(i)
Seorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi;
(ii)
Seorang anggota mana-mana pasukan polis atau tentera yang bertugas pada hari mengundi awal
(iii)
Seorang anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; dan
(iv)
Seorang pekerja media yang ditetapkan sebagai Pengundi Pos oleh SPR
 

Langkah kedua.
     
  • Kena isi Borang 1A... nak download? Klik sini 
  •  
  • Hantar borang anda melalui FAKS atau POS ke Pejabat Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya.
  •  
  • Nak tengok alamat Pejabat Pegawai Pengurus? Klik sini
P/s : Pastikan anda sudah periksa mana DUN dan PARLIMEN yang telah Semak Daftar Pemilik SPR... Klik Sini  
 
Pastikan pekerja media mendapat perakuan majikan akan bertugas di luar kawasan.
 
Alamat yang anda tulis dalam borang 1a.. adalah merupakan alamat yang akan SPR pos kertas undi...
 
 
 
Kredit untuk Bos saya.. kerana bagi maklumat mengenai ini....
 
Harap entry ini dapat membantu anda..
 
 
Read More

Tuesday, April 2, 2013

Apa nak dikata?

Apa nak dikata..
   Kalau manusia kejar dunia..
       Kerana kuasa dia leka...
       Sanggup diluka dan dihina...


Apa kau nak kata..
  Kalau hati tiada rasa..
    Kerana cinta tiada makna...
     Bisa mendua tanpa belas..

Siapa kau nak kata..
   Kalau dia tetap buta..
  Kerana dibelai manusia durjana..
Kelak bungkus dengan haloba..

*tak bisa tidur... 2.36 pagi selasa*
Read More

Wednesday, March 6, 2013

GAMBAR 9 MAYAT PENGGANAS DI KAMPUNG TANDUO


Gambar 9 mayat pengganas yang dikebumikan dalam sebuah kubur besar yang ditemui anggota keselamatan.

Sehingga kini 13 pengganas telah disahkan terbunuh.

Ini termasuk seorang yang ditembak mati dalam pertempuran pukul 6.45 pagi tadi.


  
Untuk berita penuh... ikuti laman web ASTRO AWANI
Read More

Tuesday, March 5, 2013

Kami mahu geran tanah kami!


Segelintir penduduk kampung di Perak masih tertanya-tanya status hak milik kediaman mereka. Bagaimana tidak, itu sahaja tempat berlindung hujan dan panas. Apa yang akan jadi pada masa depan mereka sekiranya masih lagi tidak mendapat kepastian?

Kemelut ini amat merunsingkan, penduduk Kampung Kota Baru, Gopeng, Perak.

Pengerusi PERIHATIN, Ibrahim Ahmad
"Jika dahulu MB Nizar telah berjanji untuk menyelesaikan masalah kawasan setinggan, tapi semenjak pemerintahan bertukar. Harapan kami makin tipis," Itu luahan salah Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Mukim Teja PERIHATIN, Ibrahim Ahmad yang saya temui pertengahan Januari lalu.

Status tanah di Kampung Changkat Tualang, Redang Sawa dan Changkat Legong. Masih menemui jalan buntu.
Jawatankuasa Penduduk Perihatin Mukim Teja - PERIHATIN mahukan jawapan dari pihak Kerajaan Negeri Perak.

Keresahan 10 nama penduduk Kampung Changkat Tualang tercicir dari 30 penama yang telah diberikan Borang a5.

Abdul Rahman Halid
"Terbaru kami pegi pejabat tanah, mereka kata kawasan rumah setinggan dah dibeku dulu. Kalau macam ini apa usaha kami dah? Kami merayu sebelum nak dekat pilihanraya ni tolonglah selesaikan kawasan kampung kami", Kata Abdul Rahman Halid.

Segelintir peneroka asal juga mempertikaikan penamaan yang dikatakan tidak adil.

Mereka telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Ipoh Perak.

Saya juga telah cuba mendapatkan maklum balas dari SPRM sendiri, dan kata mereka perkara ini masih lagi dalam siasatan.

Masih lagu isu tanah, permintaan penyusunan semula kampung Redang Sawa masih lagi tidak terjawab.

Azri Lee
Ia disuarakan oleh salah seorang penduduk.

"Kami dah keluar modal bersihkan tanah, dah disukat pun dan bayar RM400. Yelah kawasan kampung kami dah tak tersusun. Jadi kami nak buatlah rumah baru." kata Azri Lee.




Hamidin Tajul Mahmud juga kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menipu penduduk kampung.


Hamidin Tajul Mahmud
"Saya dah buat laporan polis, tapi tiada tindakan. Jadi pihak berkuasa perlu pantau untuk mengelakkan ramai lagi tertipu,"

Hamidin mendakwa beberapa penduduk telah ditipu untuk diberikan tanah dan geran dengan syarat membayar wang pendahuluan.

Hanya satu harapan mereka, iaitu mahukan kepastian. Dan selagi isu ini tidak diselesaikan dari pihak berkenaan, maka ia akan dibangkitkan dalam pilihan raya ke 13 akan datang.


Peta tanah yang dituntut penduduk kampung.


Untuk melihat liputan penuh boleh klik di SINI

Read More

Monday, March 4, 2013

Tian Chua perlu minta maaf!


KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 anggota veteran Skuad VAT-69 hari ini berhimpun secara aman di Tugu Negara bagi membantah kenyataan pemimpin politik yang disifatkan menghina warga polis diraja malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bekas Ketua polis negara, Tan Sri Samshuri Arshad berkata, isu keselamatan Negara perlu ditangani bersama dan tidak seharusnya dipolitikkan.

"Suara orang yang mahu jadi pemimpin, yang kata bahaya ini adalah sandiwara, kita jangan mempermainkan soal kematian dan hanya Allah yang menentukan kematian."

"Tiada siapa menjadi dalang disebalik kematian serta menjadikan ia sebagai sandiwara," katanya Samsuri yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia pada sidang media selepas himpunan tersebut.
  
Untuk berita penuh.. klik sini


Dan ini beberapa gambar yang sempat saya tangkap sewaktu membuat liputan di Tugu Negara pagi untuk dikongsi bersama.

 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






Read More

Wednesday, February 13, 2013

Ada apa dengan Valentine?





Bila tibanya 14 februari.. macam-macam kenyataan yang akan didengari..

JAKIM dengan hukum-hakamnya.. TUKAR TIUB dengan anugerah GAGALIS nya.

Ada apa dengan tarikh ini? Kenapa haram?? Kenapa itu? Kenapa ini?

Mengikut wikipedia, Hari Valentine adalah hari memperingati kekasih dimana sambutan dinama sempena dua martir Kristian purba yang bernama Santo Valentine.

Menurut tradisi, hari ini pasangan meluahkan kasih sayang dengan menghadiahkan bunga, manisan dan kad ucapan.

Itu versi wikipedia...


Aku ada dengar beberapa pendapat dari tokoh agama termasuk Ustaz Azhar Idrus dan Datuk Mashitah.


Yang tu boleh cuba 'google' atau cari dekat youtube.

MAJLIS FATWA kata sambut Valentine adalah HARAM.
Tapi pada hakikatnya, saya tidak kisah pun tak sambut Valentine.. kerana setiap hari adalah hari KEKASIH.
Setiap hari boleh lahirkan rasa sayang, tak perlu tunggu tarikh ini.
 <3<3<3<3<3<3 Aku tujukan lagu ni pada seseorang.... <3<3<3<3<3<3
Hariku                                                                    
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku                                                                
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu                

Alangkah indah                                                     
Jika dirimu sentiasa                                              
Di sisiku sayangku                                                 
Berikanku hanya satu                                           
Hanya satu                                                              
Lagu                                                                        

Hariku                                                                    
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku                                                                
Hanya dipenuhi dengan suaramu 'hero'ku        
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com