Sunday, January 5, 2014

Aku tulang rusukmu?




“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas."

"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya,"

Hadis Bukhari dan Muslim
_______________________________________________________________________________
 
Aku tulang rusukmu?
 
Tatkala Adam lena, tulang rusuknya di'ambil'..
Diciptakan Hawa
 
Dan bila tiba masanya,
rusuknya yang hilang akan dipertemukan semula,
Entah bila, entah siapa..
 
Hanya menanti,
dan menanti...
 
Cantuman kan jadi pelengkap untuk penghujung hari..
Read More

TIKUS LAGI BESAR DAN TAK TAKUT PADA KUCING?





 “Tikus sekarang lebih besar dari kucing, banyak sangat berkeliaran macam tak takut pada kita. Terlalu banyak, lagipun dengan longkang tersumbat. Bau busuk lagi,”

Itulah kata-kata pakcik yang aku temui sewaktu membuat tinjauan di sekitar medan selera di ibu Negara.

 

Berdekah-dekah Philips Mathew ketawa sewaktu ditemu bual.

Ya benar, tikus itu haiwan yang menggelikan. Bagi aku kehadiran haiwan pembawa virus leptospirosis itu semakin membimbangkan. Bagaimana tidak, meskipun statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan penurunan kadar kematian disebabkan jangkitan penyakit itu menurun, namun jumlah kes jangkitan saban tahun meningkat.

Tahun 2012 sahaja kes individu yang dijangkiti bakteria leptospira mencecah kepada 3,665 kes di seluruh Negara.

Sehubungan itu, aku membuat beberapa tinjauan kedai makan di sekitar Kuala Lumpur.

Di sebuah medan selera misalnya, bukan longkang yang tidak diselenggara tersumbat, malah ada juga individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisa makanan juga dibuang merata-rata.

Bahkan tikus-tikus berkeliaran tanpa rasa takut untuk menjamah sisa makanan yang bersepah-sepah.

Premis makanan yang kotor amat tidak menyenangkan mata yang memandang. Dikala hujan bau busuk dari longkang akan menghasilkan satu bau yang amat menyengitkan.


 
“Sampah kotor ini punca tikus membiak. Di mana ada makanan disitulah dia hidup. Peniaga pun kadang-kadang sambil lewa,” kata Nordin Ali yang kesal dengan kebersihan gerai di sekitar Kuala Lumpur.

Ahmad Daud Abu Bakar turut melahirkan kebimbangan yang sama lebih-lebih lagi ada premis makanan yang sekadar kelihatan bersih dibahagian luar premis sahaja.

“Kedai kenalah bersih dan Jabatan Kesihatan kenalah periksa. Ini tidak kita tengok luar bukan main bersih tetapi kalau tengok dekat dapur kotor,”




Sementara itu... Normah Mislan yang bekerja sebagai tukang cuci sudah berputus asa kerana usahanya membanteras pembiakan tikus sia-sia.

"Makcik dah letak racun dekat longkang, tapi tak mati-mati tikus tu. Mungkin mereka sudah imun dengan ubat racun tu,"



Jadi untuk anda semua lihat laporan penuh.. Boleh tengok kat bawah ni!


 








Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com