Wednesday, March 6, 2013

GAMBAR 9 MAYAT PENGGANAS DI KAMPUNG TANDUO


Gambar 9 mayat pengganas yang dikebumikan dalam sebuah kubur besar yang ditemui anggota keselamatan.

Sehingga kini 13 pengganas telah disahkan terbunuh.

Ini termasuk seorang yang ditembak mati dalam pertempuran pukul 6.45 pagi tadi.


  
Untuk berita penuh... ikuti laman web ASTRO AWANI
Read More

Tuesday, March 5, 2013

Kami mahu geran tanah kami!


Segelintir penduduk kampung di Perak masih tertanya-tanya status hak milik kediaman mereka. Bagaimana tidak, itu sahaja tempat berlindung hujan dan panas. Apa yang akan jadi pada masa depan mereka sekiranya masih lagi tidak mendapat kepastian?

Kemelut ini amat merunsingkan, penduduk Kampung Kota Baru, Gopeng, Perak.

Pengerusi PERIHATIN, Ibrahim Ahmad
"Jika dahulu MB Nizar telah berjanji untuk menyelesaikan masalah kawasan setinggan, tapi semenjak pemerintahan bertukar. Harapan kami makin tipis," Itu luahan salah Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Mukim Teja PERIHATIN, Ibrahim Ahmad yang saya temui pertengahan Januari lalu.

Status tanah di Kampung Changkat Tualang, Redang Sawa dan Changkat Legong. Masih menemui jalan buntu.
Jawatankuasa Penduduk Perihatin Mukim Teja - PERIHATIN mahukan jawapan dari pihak Kerajaan Negeri Perak.

Keresahan 10 nama penduduk Kampung Changkat Tualang tercicir dari 30 penama yang telah diberikan Borang a5.

Abdul Rahman Halid
"Terbaru kami pegi pejabat tanah, mereka kata kawasan rumah setinggan dah dibeku dulu. Kalau macam ini apa usaha kami dah? Kami merayu sebelum nak dekat pilihanraya ni tolonglah selesaikan kawasan kampung kami", Kata Abdul Rahman Halid.

Segelintir peneroka asal juga mempertikaikan penamaan yang dikatakan tidak adil.

Mereka telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Ipoh Perak.

Saya juga telah cuba mendapatkan maklum balas dari SPRM sendiri, dan kata mereka perkara ini masih lagi dalam siasatan.

Masih lagu isu tanah, permintaan penyusunan semula kampung Redang Sawa masih lagi tidak terjawab.

Azri Lee
Ia disuarakan oleh salah seorang penduduk.

"Kami dah keluar modal bersihkan tanah, dah disukat pun dan bayar RM400. Yelah kawasan kampung kami dah tak tersusun. Jadi kami nak buatlah rumah baru." kata Azri Lee.




Hamidin Tajul Mahmud juga kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menipu penduduk kampung.


Hamidin Tajul Mahmud
"Saya dah buat laporan polis, tapi tiada tindakan. Jadi pihak berkuasa perlu pantau untuk mengelakkan ramai lagi tertipu,"

Hamidin mendakwa beberapa penduduk telah ditipu untuk diberikan tanah dan geran dengan syarat membayar wang pendahuluan.

Hanya satu harapan mereka, iaitu mahukan kepastian. Dan selagi isu ini tidak diselesaikan dari pihak berkenaan, maka ia akan dibangkitkan dalam pilihan raya ke 13 akan datang.


Peta tanah yang dituntut penduduk kampung.


Untuk melihat liputan penuh boleh klik di SINI

Read More

Monday, March 4, 2013

Tian Chua perlu minta maaf!


KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 anggota veteran Skuad VAT-69 hari ini berhimpun secara aman di Tugu Negara bagi membantah kenyataan pemimpin politik yang disifatkan menghina warga polis diraja malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bekas Ketua polis negara, Tan Sri Samshuri Arshad berkata, isu keselamatan Negara perlu ditangani bersama dan tidak seharusnya dipolitikkan.

"Suara orang yang mahu jadi pemimpin, yang kata bahaya ini adalah sandiwara, kita jangan mempermainkan soal kematian dan hanya Allah yang menentukan kematian."

"Tiada siapa menjadi dalang disebalik kematian serta menjadikan ia sebagai sandiwara," katanya Samsuri yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia pada sidang media selepas himpunan tersebut.
  
Untuk berita penuh.. klik sini


Dan ini beberapa gambar yang sempat saya tangkap sewaktu membuat liputan di Tugu Negara pagi untuk dikongsi bersama.

 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com