Wednesday, July 20, 2011

Rindu Saat Dulu

Aku rindu saat dulu. Kawan-kawan mendampingi. Gelak tawa seolah tiada duka. Semuanya baik-baik belaka..Semuanya Ok saja.. Semua dikongsi bersama..

Di saat kita senang, ramai yang mendampingi. Saat kau susah? Hanya yang setia disisi. Mungkin semuanya dugaan dari Ilahi yang menguji..agar aku menjadi lebih cerdik.

Lalu aku tinggalkan impian aku yang satu ketika dahulu mula berputik dengan harapan bersama teman-teman 'perjuangan. Aku simpan sedikit kenangan untuk sedikit penghargaan.

Segala ketentuan jodoh semua adalah tugas si Dia mengaturkannya...

Aku doakan semuanya sihat belaka.. Terhapus dari dosa dan kupohon juga maaf jika aku secara sengaja ataupun buta melukai kamu semua.

Apa yang selama ini aku kongsikan hanyalah sekadar untuk mencari kepuasan... Cukup sekadar yang sudi untuk menghargai dan mendengari.. Tiada apa yang istimewa hanya lahir dari isi hati untuk dikongsi...
Read More

Thursday, July 14, 2011

Pengundi Hantu : Mati di alam nyata, hidup di alam SPR

Adakah mereka masih hidup dan akan mengundi di PRU13?


Pengundi Hantu, salah siapa?  JPN, SPR atau rakyat Malaysia?

Menurut blog Ahli Parlimen Kota Belud mendakwa rakyat Malaysia yang gagal untuk mendaftarkan kematian keluarganya terhadap Jabatan Pendaftaran Negara kerana sifat kemalasannya. Adakah kesemua nama yang tertera di atas benar-benar wujud?

M.Mahli B Sulong berumur 131 tahun masih hidup?






Adakah ini sekadar kebetulan?



Kenyataannya MpKotaBelud membela SPR kerana seolah-olah menganggap pengundi yang berbeza menggunakan satu alamat adalah perkara biasa.



Bagaimana pula dengan satu alamat yang mempunyai lebih dari 10 nama pengundi?

Untuk mendapatkan kebenaran aku sendiri telah memasukkan Kad pengenalan di dalam laman SPR klik sini dan ternyata lebih dari 10 nama dibawah satu nama. Adakah ia hanya sekadar kebetulan dan kesilapan teknikal SPR?

Tak percaya? Boleh masukkan no ic ini : 1) 3457508  2) 2533841  3)3457508 4)1919129  5) 2396027 6) 830524075744  7) 830530075783  8) 890311016294


Adakah cukup sekadar dengan penafian dan cakap kosong? Perlukah sogokan tak matang dari cybertroopers  UMNO?






Adakah wajar untuk SPR mengenakan caj RM10 kepada penglapor pengundi yang diragui statusnya?

10 nama pengundi RM100. Seribu pengundi?

Sebelum ini, di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dikesan dalam daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Untuk melihat senarai pengundi hantu sila klik sini  dan berikut merupakan 50 senarai pengundi yang berumur 100 tahun ke atas klik sini
Read More

Wednesday, July 13, 2011

Rock The Youth, 23 Julai ini




Jom ke FREE KONSERT di Kompleks 3K Subang Jaya 23 Julai ini, dari pukul 10 pagi sampai 12 malam.
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com