Friday, October 28, 2011

10 Langkah bayar PTPTN guna Cimb Clicks!

Dah 3 hari majlis konvo... sekarang giliran untuk kita jalankan tanggungjawab kita untuk membayar balik pinjaman PTPTN waktu belajar dulu....

Sebenarnya senang je nak bayar PTPTN... Ada banyak cara... anda boleh klik sini ... untuk mengetahui kaedah -kaedah lain membayar PTPTN...

Tapi bagi yang malas nak beratur dekat kaunter BSN.. Pejabat POS.. baiklah bayar online..

 Disini saya cadangkan untuk bayar menggunakan CIMB CLICKS...  Ikut langkah-langkah dibawah...!

Hanya 10 Langkah... tak perlu beratur !!


 

Langkah 1 : Mestilah ada akaun CIMB dan register online CIMB Clicks terlebih dahulu..dan duit
                   dalam akaun kenalah melebihi RM1.

Langkah 2  : Call nombor Hot line PTPTN yang tertera..& dapatkan NOMBOR SURAT TAWARAN PTPTN anda.



Langkah 3 : Login nama anda dalam CIMB CLICKS...

 




Langkah 4 : Klik pada 'Bill Payment'



Langkah 5 :  Select Akaun anda.




Langkah 6 :  Select pada Full Payee List.. pilih 'education'.




Langkah 7 :  Pilihlah PTPTN!








Langkah 8 :  Masukkan No IC, nombor Surat Tawaran dan Jumlah RM yang hendak anda bayar.





Langkah 9 :  Klik 'Proceed to Payment'




Langkah 10 : Klik 'TAC on SMS' untuk kod pengesahan dari telefon bimbit anda.. Masukkan di
                    Transaction Code..dan Klik Confirm!.....



Dan kini anda telah berjaya membayar HUTANG PTPTN anda......!!!!

Caj yang dikenakan hanyalah 50 sen.... Kalau dekat kaunter BSN kena caj RM1.. dah la nak kena beratur lagi kan? Jadi gunakanlah kemudahan yang ada

Selamat Mencuba...

Terima Kaseh CIMB Clicks.... :D
Read More

Friday, October 21, 2011

Tiada penghujung...

Dalam kesunyian... 
menyendiri sepi..
Menanti penghujung yang tak pasti..

Selangkah mimpi..
Selangkah realiti... 
Aku tetap tidak pasti..
Kaseh menyala mulanya..
 semarak apinya..
 memuncak..

Sama kau beri, juga sama kulimpahi..
Sama kau sakiti juga sama kukelari...

Segalanya surut juga..
tidak terbela..
tidak terjaga...

Tiada penghujung..
Tiada kepastian ..
Penuh penantian dan harapan...


Read More

Tuesday, October 11, 2011

Ahmad Jais meninggal dunia.



Penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital DEMC, Shah Alam  kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Allahyarham 75 tahun sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana menghidap asma dan sesak nafas...

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Zohor.

Lagu yang sering dalam ingatan ku.... Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka dan Selamat Hari Raya...




Al-Fatihah....
Read More

Friday, September 30, 2011

Awas! Jangan percaya wanita ini!

Dah nak dekat 2 tahun makcik ni pakai pendakap leher. Takkan tak baik2?
Janganlah kita terpedaya dengan tipu helah makcik ni yang bertahun-tahun dari kereta ke kereta..Meminta belas simpati. Memang orang kata sedekah kena ikhlas.. Tapi jangan sampai orang macam ni ambik kesempatan dan dipergunakan oleh sindiket tertentu.

Wanita2 ini kelihatan berlegar-legar di lebuhraya. Tempat yang selalu menjadi tumpuan di Lebuhraya Persekutuan..Tapi ada nampak jugak di area shah alam,...Lebuhraya sebelum tol RM1.10.

Bila nampak aku nak tangkap gambar, makcik ni terus mengelak.. dan tak berani datang kearah kereta aku untuk minta sedekah.
Ini makcik yang berlainan.. tapi susuk tubuh lebih kurang. Pendatang asing ke ape ni? hmmm

P/s : Mula-mula tertipu jugak dengan helah makcik ni.. tapi kalau asyek nampak muka yang sama. Macam pelik pulak...
Read More

Buwang namaku Buwang...

Dah lama tak jenguk Buwang... dulu selalu teman aku pagi-pagi buta yang last minute buat assignment. Buwanglah peneman aku waktu malam2... Buwanglah tempat lepas geram + marah + sayang... 

Kadang-kadang Buwang main acah2 rambut aku.. panjat atas bahu.. lompat sana.. lompat sini... Sorok belakang TV... Macam2 karenah..

Buwang umur 3 bulan
Tapi aku tak boleh jaga dia selamanya.... Rumah Flat tak sesuai bela kucing.. Lebih-lebih lagi aku yang tak berani bagi Buwang keluar rumah dan buwang perlu bebas.. 

Jadi aku terpaksalah hantar dia ke 'Universiti'....rumah member aku yang lebih sesuai bela kucing..
dia ada 11 ekor kucing.. 




Sekarang Buwang dah besar...Gemuk!


Selamat Tinggal Buwang... :(

Dukung Buwang macam duduk budak.. :D


Read More

Monday, September 12, 2011

Gambar Cute, Pelik dan Ajaib

Telur mata kerbau gergasi.

Sedapnya Hot Dog!

Cawan yang cute!

Model Colgate yang paling hot!

Kuku terpanjang didunia?

Pinggan ter'Slim' di dunia?


Baby Alien... ? Dajal?
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com