Saturday, June 6, 2015

Hanya pakai losyen, boleh turun 2 inci sebulan


Siapa yang mahukan lemak-lemak tak diundang di perut ni kan?
Wanita terutamanya mengalami masalah perut berlipat, lemak pejal dan sebagainya.

Saya juga tidak terkecuali.

Biasalah kan kalau selepas berkahwin, tak kira perempuan ke lelaki ke, kalau dah bahagia mesti naik badan. Tapi sebenarnya, kita kena jaga juga kerana kegemukkan mengundang pelbagai penyakit.


Ini gambar paling terkini selepas pakai losyen Vene


Meh sini kita nak kongsikan produk apa kita pakai sampai turun dua inci dalam masa tak sampai sebulan!


Ini dia! Pengasasnya Kak Vene saya kenal sewaktu membuat temubual segment IKS di Astro AWANI. Dalam pada itu, saya mencuba dan menakjubkan! ia sangat berkesan.



Total turun bulan ini...
2 1/2 inci...
Berkat usaha gigih nak langsing..
Sapu cream #venelotion dua hari sekali di perot
Sit up 20kali sebelum tidur...
Skipping dua minit sehari..
Alhamdulillah!


Ok ni kita nak kongsi gambar kita buat perbezaan pulak ya!

nampak tak beza? kiri tu gambar bulan lepas. turun 2 inci! belah kanan

Nanti saya buat lagi perbezaan gambar. Saya target nak turun lagi seinci. Semoga berhasil!

Harga Vene Lotion ni RM100 satu kotak. Kalau nak beli saya juga jadi dealer. Boleh email saya
di nabihah.hamid@gmail.com

saya akan bagi harga diskaun.. Thank you!


Read More

Friday, June 5, 2015

Gambar gempa bumi Sabah tersebar di media sosial



Ini antara gambar yang tersebar di facebook. 







Bangun pagi tadi jam lapan, wassap group penuh dengan gambar gempa bumi.

Rupanya jam 7 pagi tadi satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala richter, kira-kira 16 kilometer di barad daya Ranau.

Gegaran dikatakan berlaku di kawasan Ranau, Tambunan dan kawasan pedalaman.

Kita doakan tiada gegaran susulan yang berlaku, khususnya di pergunungan. Semoga Allah melindungi bumi Sabah.
Read More

Monday, June 1, 2015

10 Tips untuk majlis perkahwinan anda lancar!


10 tips untuk pastikan majlis kenduri anda tidak kelam-kabut dan berjalan lancar.

Setiap orang mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna, meriah dan berjalan lancar. Namun perlunya seseorang itu membuat persediaan rapi bagi memastikan majlis mereka tiada cacat celanya.

Seperti saya, hanya melangsungkan perkahwinan dua bulan selepas tarikh pernikahan atas sebab-sebab tertentu. Namun, menjadi sesuatu lumrah, ada saja yang tidak kena namun saya anggap semuanya itu dugaan dalam menuju ke alam perkahwinan.

Di bawah beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk tatapan anda.

1. Survey keperluan majlis dengan teliti



Sempat berselfie dulu dengan sahabat masa hari pernikahan.
Di sini, amat penting bagi pasangan masing-masing buat check list. Ia untuk memastikan anda tidak tertinggal benda-benda yang penting. 

a) Jarak kenduri kahwin amat memainkan peranan. Jika pasangan anda berasal jauh dari tempat anda, pastikan sewaktu hari pernikahan, kedua-dua keluarga sudah berada sehari awal. Ia bagi mengelakkan dari perkara tidak diingini seperti masa nikah tertangguh, rombongan lelaki sampai lambat dan sebagainya.

Macam pengalaman saya sendiri, belah lelaki dari utara maka perjalanan jauh, maka belah sana pastikan yang sebelum majlis nikah rombongan dah sampai.

b) Pilih tema yang mudah 
Ini kerana sesetengah pasangan mahukan kelainan, tetapi sekiranya tidak rancang dengan betul, akhirnya ia akan mencacatkan majlis anda. Pilih warna yang senang dicari, dan pastikan warna untuk nikah warna yang lebih lembut. Tapi terpulang juga kan. Tengok lah selera masing-masing macamana. 

c) Tetapkan awal-awal samada mahu bersanding atau tidak. Pastikan ambil pandangan keluarga juga untuk membuat pemilihan. Maklumlah, kadang-kadang benda yang remeh pun boleh bergaduh.

Jadi jagalah hati kedua-dua pihak. Macam saya sendiri, hanya bersanding belah perempuan, belah lelaki lebih santai hanya dengan makan beradab. Oklah tu kan,? Bersanding banyak kali pun penat je.


2. Jangan terpedaya dengan pakej perkahwinan


Resepsi belah perempuan, berjalan bersama flower girl. Bajet romantik lah tu! haha
Sewaktu mencari katering, fotografi dan video. Inilah masa yang paling lama sebenarnya. Kena betul-betul lihat dan pilih. Jangan sesekali terpedaya dengan pakej murah. 

Teliti betul-betul. Lagi satu, selagi anda tidak buat 'food testing' maka janganlah bayar deposit. 

Nanti terkena macam saya, ingat pakej murah tapi jadi mahal bila saya cancel last minit katering pakej tu. Saya kurang berkenan dengan masakan katering dan buat keputusan ambil katering yang lain. Itulah padahnya kalau tak test food dulu dah bayar wang deposit.
Atlast, tolak punya tolak. Lagi mahal saya punya belanja. 

Begitu juga dengan fotografi, selain makanan ini lah yang betul-betul penting. Kadang-kadang baju tak berapa lawa pun, nampak cantik dalam gambar kalau kena pada caranya. haha!

Macam saya, nasib baik ada ramai fotograher yang tak bergaji. Termasuklah bos Astro AWANI sendiri Suhaimi Sulaiman dan Kamarol Bahrin yang memang hobinya tangkap gambar. Kamera pun harga puluh ribu okay!

3. Buat kenduri ikut kemampuan wang

Senaraikan dulu apa yang hendak anda bayar, dan pastikan ia tidak melebihi bajet anda. Misalnya saya belah perempuan lebih meriah dengan pa-system, emcee dan flower girl bagai. Tetapi belah lelaki lebih sederhana, tak payah pa sistem pun. Yang penting ada makanan yang sedap dan mencukupi untuk menjamu tetamu yang hadir.

Seperti saya, dah bajetkan baju untuk dua pasang, rm4000 tidak boleh lebih. Baju nikah siap buat dua design untuk recycle masa majlis lelaki. Macam saya tidak ada masalah, majlis ada extra dua bulan, jadi tak nampak sangat.


Antara gambar yang paling saya suka. Gambar yang diambil oleh Suhaimi Sulaiman merangkap tukang renjis pada majlis itu.
4. Senaraikan nama tetamu, doorgift yang simple

Kalau katering jemputan 1000 orang maknanya, kad hanyalah 500 sahaja. Jadi untuk pastikan tidak ada masalah dengan katering nanti, pastikan anda listkan siapa tetamu. Buat senarai awal-awal. Lebih mudah supaya tiada tertinggal nama.

Doorgift tidak perlu pelik-pelik. Beri doorgift yang mudah dipegang dan lebih senang manisan. Macam saya bagi muffin yang besar. Puas orang makan.


5. Berbincang dengan tok kadi sebelum majlis nikah

Pernah dengar tak tok kadi ceramah sejam sebelum akad nikah bermula? Hah, ini saya dah kena pada majlis saya. Tok kadi mungkin teruja benar bila tengok ramai orang masa akad nikah kot. Lepas tu, naik kematu punggung ni. Dah la baju ni pakai korset hahaha. Senak betul.

Jadi, pihak keluarga perempuan boleh berbincang dengan tok kadi dulu, supaya jangan lama sangat berceramah. Bukan apa, majlis tu ramai orang menunggu. Keluarga pengantin lelaki pun datang dari jauh. Kesian lah kan?

6. Pastikan pelamin selesa dan kukuh

Bila nak pilih pelamin tu nanti, jangan lah pilih yang pelik-pelik. Biar sedap mata memandang. Ikutlah selera masing-masing. Dan pstikan warna pelamin kontra dengan baju pengantin supaya nampak jelas la waktu bersanding nantikan si Raja Sehari tu.. haha!


7. Pastikan arahan dan panduan kepada dua keluarga jelas

Ini kalau tidak bagi dengan jelas. Boleh merosakkan majlis. Maka kena ada orang tengah yang main peranan untuk pastikan maklumat sampai dengan betul. Kalau pukul 11 rombongan sepatutnya sampai, maka rombongan perlulah bergerak dari awal. Ini amat penting dan wakil yang tegas sangat perlu untuk pastikan majlis berjalan lancar.


8. Bahagi tugas kepada keluarga sewaktu majlis

Doorgift. sambut tetamu, duit kaut (hadiah daripada tetamu) perlu dibagi tugas kepada orang tertentu. Untuk memastikan tidak ada masalah, untuk doorgift bagi kepada yang sambut tetamu juga. Bagi terus masa orang datang. Duit kaut pulak, perlu dikumpulkan kepada seseorang sahaja. Maknanya sorang je yang boleh kumpul. Siapa yang terima wang, serahkan kepada orang yang diamanahkan.

Bukan apa, pernah terjadi kes orang kahwin, duit kahwin hilang tau. Perkara duit ini jangan main2. Boleh buat gaduh tau.


9. Beri upah wang ehsan kepada pembantu majlis

Janganlah kedekut, hargailah sedikit sebanyak pada adik sedara, mak sedara yang tolong tadi. Takperlu banyak tapi kalau token RM10 pun dapat jugak beli topup kan?


Nampak je semua perempuan, tapi kaum kerabat Pak Hamid semua nilah banyak membantu menjayakan majlis. Tanpa mereka, apalah akan jadi majlis tu sebelum ini. Alhamdulillah semuanya okay!

10. Photoshoot lokasi yang sesuai

Biasanya photoshoot outdoor akan buat hari yang sama. Yelah taknak bazir make up kan? alang-alang tak payah nak banyak2 baju. Tapi pastikan tempat tu tak jauh dan sesuai dengan baju. Takpayah la nak masuk hutan bagai, kalau da photographer tu pandai, dekat depan masjid pun cantik kan? Ingat tau satu hari dah berlengas dengan baju, takkan kalau kenduri kat ampang, sampai ke Putrajaya nak tangkap gambar kan?

Maka pilih lah tempat yang berdekatan. Takdelah penat sangatkan?

Ok itulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan. Semoga entry ini beri manfaat pada anda semua






Read More

Wednesday, March 25, 2015

Kek Durian, Inovasi Raja Buah





(Nabihah Hamid)

SUNGAI BULOH: Durian terkenal sebagai gelaran raja buah yang sinonim di Rantau Asia terutamanya di Malaysia. Rasanya yang enak dan aromanya yang unik menjadi kegemaran ramai. Durian memiliki bau yang kuat serta mempunyai kulit yang berduri turut jadi tarikan pelancong.



Selain makan begitu sahaja, durian turut dibuat tempoyak, pengat dan bubur. Antara resepi dan ciptaan terbaru yang pernah popular dan mendapat permintaan pasaran adalah Durian Crepe.


Namun berbeza bagi pengasas 'The Lovely Oven', Nasir Chin yang menginovasikan durian menjadi kek.

Menurut Nasir, resepi tiga generasi tersebut diteruskan bersama isterinya Norain Abd Baser dengan menamakannya sebagai 'Gino Durian Cake' untuk menambahkan pendapatan sampingan buat mereka.

"Gino Durian Cake ini resepi nenek moyang saya dan kami teruskan menjualnya. Alhamdulillah semakin hari semakin mendapat sambutan," katanya kepada wartawan.

Bagi Norain, bukan mudah untuk memberi nafas baru kepada produk yang diperbuat daripada durian. Ia lebih-lebih lagi, kedatangan Raja Buah yang bermusim.

Malah katanya, penerimaan terhadap inovasi kek durian turut mengambil masa.  


"Setahun juga kami mengembangkan resepi Gino Durian Cake ini, tapi kini ia semakin dapat tempat. Kami juga sudah buat logo sendiri dan daftar syarikat," kata Ain sambil memberitahu kaedah jualan dibuat melalui kenalan dan juga laman media sosial.

Pastinya antara cabaran dalam produk mereka ialah durian itu sendiri. Namun mereka telah mengenalpasti untuk mendapat bekalan durian dengan membeli durian dingin beku. Mereka juga turut membuatnya sendiri untuk memastikan stok durian berterusan.

"Pada mulanya kami sukar dapat bekalan tapi akhirnya kami mendapat idea menggunakan durian sejuk beku. Kami juga boleh bekukan durian itu sendiri," kata Nasir lagi.

"Kami ada pembekal durian yang tetap dan ia tidak menjadi masalah untuk terus bersaing dalam pasaran," tambah Nasir lagi.

Meskipun masih setahun jagung dalam perniagaan ini, pasangan ini mempunyai misi yang besar untuk meluaskan pasaran kek durian mereka. Namun mereka akur, ia perlu dibuat secara berperingkat.

"Banyak langkah. Kita perlu daftar dan dapatkan sijil. Kami turut sasarkan untuk pasarkan kek kami di pasaraya tempatan, stesen minyak di sekitar Lembah Klang dan kedai 24 jam,"

Kini kek durian dibuat dalam dua saiz. Yang paling kecil dijual dengan harga RM12 manakala kek sekilogram RM150. Mengunakan durian jenis Musang King, pasangan suami isteri ini turut membuat kek cawan.

Tambah Ain lagi, mereka kini dalam perancangan untuk mencipta kek cempedak memandangkan adanya permintaan.

"Mesti semua tertanya, macamana rasanya kek cempedak bukan? Insya-Allah kami akan cuba hasilkannya tidak lama lagi," katanya lagi.

Setiap bulan, mereka mendapat tempahan hampir 50 bungkus kecil. Manakala kek seberat sekilogram hampir lima biji sebulan. Selain itu mereka turut menerima tempahan kek coklat, kek berdekorasi dan sebagainya.


Read More

Monday, March 23, 2015

Gambar Kabin Jet Peribadi ACJ320 yang berkos RM28 juta


KOS NAIKTARAF KABIN JET PERIBADI ACJ320 RM28 JUTA

Jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baru dibeli iaitu ACJ320 mula beroperasi sejak 3 Mei 2011 setelah disiapkan pada 29 Mac 2010.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebelum ini, ia disewakan oleh pemiliknya Comlux Aviation Group dan Kerajaan Malaysia pernah menyewanya bagi kegunaan Perdana Menteri.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN







Read More

Wednesday, March 11, 2015

Cloud Cookies mahu jadi Famous Amos Malaysia

Famous Amos. Siapa tak tahu? Biskutnya mahal tapi bercita rasa tinggi. Buatan US u olsss..

Tapi di Malaysia jangan terkejut, ada juga biskut yang lebih kurang sama.

Cloud Cookies.
Rangup, sedap dan tidak semanis Famous Amos. Pengusahanya Kak Eni. Usahawan muda.  Dulu kerja akauntan dan sekarang fulltime bisnes women.

Aku kagum.


Kenapa aku kagum? Kerana biskutnya sedap dan packagingnya menarik. Berniaga kecil-kecilan dari rumah dan kini dah buka kedai di Ampang. Ingat senang nak meniaga zaman sekarang ni?

Ajen? 18 ejen di semenanjung. Sabah Sarawak on the way.


Sasaran kak eny lepas ni. Nak bukak kiosk macam famous amos dekat shopping mall. InshaAllah kalau kualiti terus kekal, pasti akan tercapai hajat kak eni.

 
Yang lebih sedap telinga mendengar lagi, pekerja kak eni semuanya wanita yang sudah bersara. Ia sekaligus beri pendapatan sampingan pada makcik-makcik ni. Bantu orang kita ada kerja. Takde lah buang masa. Ada juga duit lebih buat biskut. 


Aku doakan Cloud Cookies akan terkenal macam famous amos.. Kita kena support barangan tempatan. Lebih2 lagi bumiputerakan?

Semoga berjaya kak eni.

I wish u success!!


Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com