Anwar dikerumuni media dan penyokong selepas dibebaskan dari tuduhan meliwat. |
Sudah hampir sebulan, kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang masih lagi berlanjutan sehingga kini. Walaupun keputusan penghakiman telah membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat, kesudahannya masih belum diketahui.
Tanggal 9 Januari merupakan hari bersejarah buat negara. Samada bersalah atau tidak, keputusannya pasti dipersoalkan pelbagai pihak. Ianya sedikit sebanyak memberi impak baik positif atau negatif terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terutamanya badan kehakiman negara.
Namun, apa yang pasti, pembebasan Anwar Ibrahim pada hari tersebut mengejutkan ramai pihak. Ini termasuk wartawan arus perdana seperti Bernama mahupun media alternatif.
"Anwar bebas? Biar benar.. Hmm lepas ini mesti aku kena buat story. 'Inilah bukti badan sistem kehakiman telus dan bukannya konspirasi'," kata seorang wartawan.
Macam-macam jenis ada. |
Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka kerana aku juga sudah menjangkakan apa jenis 'follow up' yang aku perlu buat selepas pembebasan ini.
Ternyata, berita tersebut turut tidak dijangka oleh ribuan penyokong yang datang untuk berhimpun di depan Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pagi itu.
Pengumuman 'Anwar telah dibebaskan' mencetuskan kegembiraan kepada rakyat terutamanya kepada mereka yang percaya bahawa kes ini adalah satu konspirasi sejak dari awal lagi.
Aku lihat ada yang menangis tak kira laki atau perempuan dan ada yang melonjak kegembiraan sambil menjerit melaungkan reformasi.
Namun kegembiraan itu tidak lama.
Himpunan tersebut dicemari insiden letupan bom dan juga pergelutan antara penyokong Anwar dan kumpulan penyokong Saiful. Tiga letupan bom berlaku tidak beberapa lama selepas pengumuman mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan Liwat. lima orang cedera akibat letupan bom yang dipercayai buatan sendiri itu.
Aku berada diperkarangan mahkamah waktu itu. Namun aku sedikit hairan dengan lagak beberapa apabila pasukan polis yang bersahaja walaupun mendengar bunyi letupan tersebut.
'Tuan, bunyi apa tu?," tanya seorang penyokong berhampiran aku kepada seorang pegawai polis. Namun polis tersebut terus berlalu pergi sambil mengangkat sedikit bahunya tanda tidak tahu.
Peguam bela Anwar, Karpal Singh keluar dari mahkamah. |
Walaupun insiden itu berlaku, namun penyokong Anwar yang berhimpun di depan Mahkamah masih lagi tidak bersurai. Masing-masing berebut-rebut hendak bersalaman dengan Ketua Umum PKR itu.
Pimpinan pakatan juga ada yang mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri. Inilah masa mereka untuk 'menyuarakan' apa yang hendak di'suarakan'.
Dengan jelas kedengaran pekikan dan laungan Reformasi! Turun BN! Hidup Rakyat!
Walhal pada fikiran aku, Yb-yb dan 'pimpinan' ini sepatutnya bertindak untuk menyuraikan peserta himpunan dan bukannya lebih 'membakar' rakyat. Sungguhpun hendak meraikan kemenangan tapi keselamatan rakyat adalah lebih penting. Hendak bertempik dan berceramah? Ini bukan masanya.
Ayahanda PEKIDA di IPK KL beri amaran. |
Masih aku ingat lagi sewaktu menunggu keputusan dari perundingan PKR bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di IPK KL. Para media didatangi oleh dua orang lelaki. Mereka memberi amaran kepada peserta himpunan 9 Januari agar tidak mengacau program 'dakwah' mereka pada hari tersebut.
Apa pun aku masih bersyukur, keadaan di mahkamah kembali stabil. Walaupun aku sedikit marah ketika waktu tolak menolak di persekitaran bukit. Para-para media nampaknya tidak sabar-sabar ingin mendapatkan kenyataan dari Anwar Ibrahim terhadapa pembebasannya.
Kini kita tunggu dan lihat apakah yang akan terjadi seterusnya. Adakah Saiful Bukhari yang tidak dapat membuktikan Anwar meliwatnya akan bertegas untuk melanjutkan kes ini? Ataupun kes qazaf akan diteruskan.
Rakyat sememangnya sudah jemu dan muak dengan kes sebegini. Banyak lagi perkara yang lebih penting perlu difokuskan untuk membangunkan negara. Banyak lagi yang lebih perlu diberitahu kepada rakyat terutamanya perkembangan ekonomi dan pembangunan Negara.
Kedatangan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di mahkamah. |
Kanak-kanak OKU juga turut serta. |
Seawal jam 7 pagi, penyokong memenuhi parkir mahkamah. |
Ribuan penyokong di parkir Mahkamah |
Anwar memangku cucu keduanya. Sehari sebelum keputusan mahkamah. |
No comments:
Post a Comment