Wednesday, May 16, 2012

Kaum Cina juga sokong PERKASA!



Sebenarnya, cerita ini sudah agak terlambat untuk dimasukkan kedalam blog aku. Namun aku sangat teruja untuk berkongsi bersama-sama rakan-rakan sedikit sebanyak gambar yang telah aku tangkap sewaktu himpunan sebuah NGO yang memperjuangkan bangsa Melayu. 


Selepas perhimpunan Bersih kali ketiga, 28 April lalu, sebuah NGO yang tidak asing lagi iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut mengambilkan kesempatan untuk menunjukkan kekuatan mereka dengan mengadakan perhimpunan keesokkan harinya.


'Ribuan' peserta hadir di padang Kelab Sultan Sulaiman seawal jam 9 pagi untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan PERKASA. Namun kali ini aku dapat lihat beberapa kaum cina memegang bendera menyatakan sokongan terhadap perkasa. 


Bila aku tanya dari mana, mereka hanya sebut "kawan-kawan" dari Cheras.







Sewaktu perhimpunan tersebut, presiden PERKASA Dato' Ibrahim Ali berkata peserta perhimpunan PERKASA datang dengan sukarela tanpa diupah berlainan dengan Bersih yang didakwa telah dibayar RM300 seorang.


Ibrahim Ali turut mengatakan bahawa tindakan polis yang merampas kamera media sewaktu bertugas adalah untuk menyelamatkan media itu sendiri. 


Beliau menambah, orang ramai tidak seharusnya menuding jari terhadap pihak polis yang menjalankan 'tugas' demi menjaga keamanan negara. 


Untuk video mengenai respon kamera wartawan dirampas, sila klik sini  


Dibawah aku senaraikan secara ringkas kenyataan Ibrahim Ali sewaktu ucapannya mahupun pada sidang medianya



  • Rakyat perlu tolak pembangkang dan Pengerusi Bersih S.Ambiga kerana anjurkan perhimpunan yang mempromosikan budaya keganasan sehingga ada anggota polis yang cedera sewaktu bertugas mengawal keadaan.  
  • Peserta PERKASA (29 April) bukan saja datang wang poket sendiri, tetapi kehadiran yang membanggakan. 
  • Status warganegara Ambiga perlu dilucutkan.
  • Ambiga mak Anjing, Anwar kepala Anjing
  • Ambiga konon seorang peguam, langgar undang-undang. langgar perintah mahkamah.
  • Sebahagian peserta Bersih diupah, saya tanya budak-budak naik motor dibayar. Mahu  nak datang sukarela dari Kelantan, dari Kedah. Kalau tak dibayar? tengok PERKASA kita tak bayar sesen pun. Ini semangat.
  • PERKASA adalah badan bertindak secara bebas. Kalau saya kata sokong UMNO, ini persoalan masa depan Negara. 
  • Cina yang turun bersih bukan MCA, tapi ahli DAP. Orang cina banyak sokong kerajaan tak sokong pembangkang.
  • Kalau 70 ribu saya tak heran, kerana ini anjuran parti pembangkang iaitu DAP,PAS dan PKR
  • Mungkin yang biayai BERSIH adalah YAHUDI. 
  • Saya pernah bekerjasama dengan PAS. Mereka pun rasuah, jangan tuduh macam-macam.
  • Saya cadang pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bubar parlimen sekarang kerana saya yakin sokongan pada Najib semakin kuat. 
  • Bukan saja polis dipukul sampai koma, sebab itu polis pun dipukul dirampas senjata, wartawan pun dirampas kamera.
  • Polis rampas kamera wartawan mungkin nak selamatkan kamu. Jangan tudingkan salah pada polis saja. 
untuk lihat full video ucapan Ibrahim Ali boleh klik sini dan melihat video full sidang media bolehlah klik sini 

Ini dia gambar yang aku tangkap.... 






















No comments:

Post a Comment

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com