Thursday, December 20, 2012

BUKU TERBESAR DI DUNIA di BIG BAD WOLF!



Seumur hidup, aku hanya pernah melihat sebuah Quran yang besar. Kali ini aku agak terperanjat apabila melihat buku bergambar KUCING ini..

Harga hanya RM30... Waktu itu sedang membuat liputan di Big Bad Wolf 2012 di The Mines Convention Centre... maka aku simpan niat untuk membeli buku ni..

Tapi malangnya, bila aku datang buat kali kedua untuk membeli-belah.. buku ini sudah kehabisan stok.. Takde rezeki...

Buku terbesar yang pernah aku tengok seumur hidup. Bayangkan buku Hunters Wild itu bersaiz A4.. jadi berapa besar buku CATS tu?

Baiklah sebenarnya.. aku nak cerita mengenai Pesta Buku Terbesar di dunia.. Big Bad Wolf 2012 ataupun BBW 2012.

Kini tinggal lagi EMPAT hari....!! Pesta sudah berlangsung beberapa minggu itu akan berakhir 23 Disember ini...!

Ini dia gambar sewaktu pelancaran penganjur. Mr Andrew Yap, pengusaha Buku Xcess kedai di Amcorp Mall.

Bagi yang masih lagi belum berkesempatan ke Pesta Buku Terbesar di dunia BBW 2012.. ayuh ke Mines Convention Centre Seri Kembangan!

Kenapa aku kata terbesar di dunia? kerana ada 3 juta buku yang dihidangkan dengan diskaun serendah 70% ke 90%.

Big Bad Wolf ataupun BBW merupakan pesta kali ke-5 anjuran BookXcess.. Buku yang diperolehi adalah dari US, UK, Kanada, Australia dan juga Singapura.


2 ribu pengunjung pertama diberikan pas masuk untuk PREVIEW SALES!


Maskot Hero Komik di BBW 2012

 

Pameran kereta BBW... ala-ala BATMAN

 

Beli buku 3 pagi sampai berkampung...

Saya turut mengambil kesempatan membawa anak buah membeli buku kanak2.
Masing-masing teruja membeli buku kesukaan mereka! Buku kanak-kanak boleh didapati dengan serendah RM3.




Walaupun buku tempatan tak berapa banyak, tapi anda tetap boleh mendapatkannya dengan harga RM8.
 
 
 
 
Tak terkecuali novel Ahadiat Akashah.. juga boleh didapati di sini.
 
 
Bagi siapa-siapa yang bosan.. ada juga tempat permainan kanak-kanak di tingkat atas.

 

Ini dia gambar pengunjung BBW pada jualan 63 jam yang pertama. Masa ni pukul 4 pagi.. masih dipenuhi ribuan pengunjung.

Bukan sahaja membeli malah anda boleh menderma apa saja buku yang dibeli disana untuk anak-anak yatim. Anjuran ASTRO KASIH.

Ini dia buku terlaris.. CHEF terkenal Jamie Oliver.. Harga asal RM165 namun hanya boleh dibeli dengan RM30 sahaja.




Antara buku-buku yang dijual di sana...

Ini sahaja koleksi buku untuk tahun ini.. Jumpa lagi di BBW tahun hadapan!

SIAPA YANG BELUM PERGI? JOM KE MINES CONVENTION CENTRE DI SERI KEMBANGAN.. HARI TERAKHIR 23 DISEMBER INI!



2 comments:

  1. perhhhh this year tak sempat nak gi ..... ehhh ada gak buku tempatan ...

    #lama tak dengar Beeha nyanyi ... eh tetiba plak hahahah :P

    ReplyDelete
  2. Akak klo buku yg rm40 dpt brp ringgit?

    ReplyDelete

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com