Segelintir penduduk kampung di Perak masih tertanya-tanya status hak milik kediaman mereka. Bagaimana tidak, itu sahaja tempat berlindung hujan dan panas. Apa yang akan jadi pada masa depan mereka sekiranya masih lagi tidak mendapat kepastian?
Kemelut ini amat merunsingkan, penduduk Kampung Kota Baru, Gopeng, Perak.
Pengerusi PERIHATIN, Ibrahim Ahmad |
Status tanah di Kampung Changkat Tualang, Redang Sawa dan Changkat Legong. Masih menemui jalan buntu.
Jawatankuasa Penduduk Perihatin Mukim Teja - PERIHATIN mahukan jawapan dari pihak Kerajaan Negeri Perak.
Keresahan 10 nama penduduk Kampung Changkat Tualang tercicir dari 30 penama yang telah diberikan Borang a5.
Abdul Rahman Halid |
Segelintir peneroka asal juga mempertikaikan penamaan yang dikatakan tidak adil.
Mereka telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Ipoh Perak.
Saya juga telah cuba mendapatkan maklum balas dari SPRM sendiri, dan kata mereka perkara ini masih lagi dalam siasatan.
Masih lagu isu tanah, permintaan penyusunan semula kampung Redang Sawa masih lagi tidak terjawab.
Azri Lee |
"Kami dah keluar modal bersihkan tanah, dah disukat pun dan bayar RM400. Yelah kawasan kampung kami dah tak tersusun. Jadi kami nak buatlah rumah baru." kata Azri Lee.
Hamidin Tajul Mahmud juga kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menipu penduduk kampung.
Hamidin Tajul Mahmud |
Hamidin mendakwa beberapa penduduk telah ditipu untuk diberikan tanah dan geran dengan syarat membayar wang pendahuluan.
Hanya satu harapan mereka, iaitu mahukan kepastian. Dan selagi isu ini tidak diselesaikan dari pihak berkenaan, maka ia akan dibangkitkan dalam pilihan raya ke 13 akan datang.
Peta tanah yang dituntut penduduk kampung. |
Untuk melihat liputan penuh boleh klik di SINI
No comments:
Post a Comment