Thursday, April 24, 2014

CHAW TEN CHEE hilang sekelip mata, Keluarga menanti kepulangan







Sekelip mata kau tiada di depan mata.

Tempoh untuk kita kehilangan sesuatu terutama yang tersayang dalam sekelip mata pasti memeritkan.
 Namun,itu yang terpaksa ditempuh wanita inin Kui Fui Khyun yang hilang suaminya dalam sekelip mata.

‎Berlaku hanya dengan sekelip mata,kelibat suami Fui Khyun, Chaw Ten Chee hilang dari pandangan.
Meskipun sudah dua tahun, Ten Chee hilang. Ia seolah-olah baru berlaku semalam. Berumur 58 tahun, hilang sejak 14 Jun 2012, usaha mencari masih diteruskan keluarganya. 

Perkongsian tiga dekad Ten Chee bersama isteri menghasilkan tiga orang anak. Ten Chee menghidapi sakit kronik dan sudah nyanyuk.
Lokasi terakhir Ten Chee sebelum hilang adalah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dimana dia sedang ditemani isteri mendapatkan rawatan.


‎Dalam bahasa pasar, Fui Khyun meluah perasaan;
'Saya sudah cari hari itu. Suami saya hilang sekelip mata. Sekejap saja manyak cepat sudah hilang. Tak tahu pergi mana,'

"Kami manyak rindu sama dia. Saya rindu suami saya.  Anak saya pun rindu pak dia,dia hilang sudah dekat dua tahun sampai sekarang takda jumpa.. siapa ada jumpa saya punya suami bagitahu saya, saya banyak terima kaseh" rayu Fui Khyun sambil teresak-esak menangis. 

Pada mulanya isterinya kelihatan tabah, namun setelah berulang kali menatap gambar suaminya. Dia tidak dapat menahan air mata.

Bagaimana seorang isteri yang kehilangan suami mahu meneruskan hidup tanpa suami yang selama ini bersama meneman sisa-sisa kehidupan‎ dan kegembiraan bersama anak-anak?

Salah seorang anaknya, Chaw Men Dat, seorang orang kurang upaya OKU berumur 38 tahun mengharapkan orang ramai membantu keluarga mencari bapanya. 

"Saya harap ada orang yang baik hati jaga bapa saya. Saya harap dia akan pulang kepangkuan kami,"‎ujarnya.

Dan jika ayahnya ditemui, pasti insan OKU ini dapat memeluk manja kembali ayahnya.
Bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi melalui email awanikasih@astro.com.my dan hubungi 03-20702520.



No comments:

Post a Comment

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com