Lukisan Digital dari Amy Hashim |
Kelmarin..
Aku masih belum boleh tidur. Waktu itu jam 3 pagi.
Maka aku belek telefon pintar ini. Godek instagram, godek facebook. Terbaca satu status keluhan sahabat fb.
"Saya dah buat macam-macam untuk cari kerja, saya tidak memilih tapi sampai sekarang tidak dapat,"
Ya benar, tidak semua orang bernasib baik.
Begitu juga dengan diriku.
Habis sahaja pengajian degree di UiTM, aku diterima kerja di sebuah surat khabar parti politik. Gajinya bukan besar mana. Tapi cukuplah untuk menyara diri yang tumpang berteduh di rumah bapa.
Mujur juga hendak diterima kerja, kerana meskipun kau ada degree tapi pengalaman tiada susah juga.
Pokoknya, jangan memilih kerja. Biarpun gaji kecil tapi sekurang-kurangnya kita dapat pengalaman dan berkat kesabaran serta semangat ingin terus belajar. Aku teruskan berpindah bekerja di portal online lain dan seterusnya diterima bekerja di sebuah stesyen TV.
Gaji tiadalah besar mana tapi alhamdulillah aku diberi peluang membuat tugasan yang berlainan.
Betul-betul lari daripada dua kerja yang sebelumnya.
Bercakap mengenai nasib. Bukan semua orang bernasib baik. Seperti aku, wanita biasa yang bercinta bagai nak rak akhirnya mengakhiri hidupku dengan jejaka yang aku kenali hanya 6bulan.
Aku tidak bernasib baik seperti kawan-kawan aku yang lain. Ada yang bercinta 10 tahun dan kini sudah hampir setahun bergelar suami isteri.
Aku juga tidak bernasib baik, kerana papaku meninggal dunia betul-betul sebulan daripada tarikh perkahwinan.
Tapi alhamdulillah aku masih bernasib baik kerana mendapat suami yang sentiasa bersikap sederhana, rasional dan memahami.
Aku juga bernasib baik kerana masih ada adik beradik. Aku juga bernasib baik punyai mami.. Punya anak buah yang comel. Ada anak kucing yang gemuk.
Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar.
Allah menduga dengan pelbagai cara. Mungkin untuk aku sedar dan faham, aku hanya insan yang kerdil. HambaNya yang menumpang di bumi yang tidak fana.
Selepas bernikah bulan ogos, aku disahkan doktor mengandung. Namun aku tidak bernasib baik. Kandunganku tidak dapat diselamatkan. Mungkin masih belum rezeki. Lebih memeritkan bila telinga ini dengar mulut-mulut busuk yang mengata belakang.
Kalau kandungan itu masih ada, ia akan lahir pada bulan Mei. Tapi Allah lebih mengerti takdir yang telah Dia suratkan kepada aku.
Kalau kandungan itu masih ada, ia akan lahir pada bulan Mei. Tapi Allah lebih mengerti takdir yang telah Dia suratkan kepada aku.
Ya itu dugaannya. Aku tidak bernasib baik. Tapi aku redha dan aku sentiasa berdoa agar kau lancarkan segala kehidupan aku.
Aku tidak mahu tahu hal orang. Aku mahu fokus kepada keluarga, dan kerja. Itulah keutamaan ku.
Apa yang aku tahu, aku akan cuba untuk mendapat nasib yang baik. Tidak mahu untuk tidak bernasib baik. Sentiasa positif dan melihat kehadapan.
Sejak kebelakangan ini, aku sering mimpi Papa. Kadang Papa senyum, kadang Papa sedih. Mungkin itu hanya mainan tidur.
Atau mungkin aku terlalu rindu sampai sering mimpi arwah.
Alhamdulillah, semua urusan kubur papa. Tok mek dan kak lani telah aku laksanakan.
Syukur juga, kehidupan selepas bergelar isteri. Aku hidup dengan lebih tenang. Aku lebih ada motivasi untuk teruskan kehidupan.
Semoga Allah panjangkan umur aku dan berikan aku kebahagiaan.

No comments:
Post a Comment