Wednesday, April 18, 2012

Aku Gadis Stand Upper?


Dulu masa di UiTM aku sangat bermasalah untuk membuat Stand Upper di depan kamera. Buktinya..adik aku menyumpah-nyumpah sebab lebih dari sejam dia kena mengadap aku untuk shoot tugasan waktu di UiTM... Waktu tu aku yang konon berangan nak jadi pengacara 999..tapi dua rangkap kena shoot sejam.. haha

Lepas grad.. aku intern di Astro Awani.. Disana aku tak berkesempatan untuk belajar stand upper. Kerana lebih fokus kepada pemberitaan TV. (sebenarnya.. penakut nak mencuba..haha) Awanians banyak mengajar aku. Dan selepas habis intern aku bekerja sebagai reporter online disebuah media alternatif iaitu Keadilan Daily. Di situ pemberitaannya berbeza, anglenya juga berbeza dan aku belajar reporting yang berbeza.

Dan kini bekerja di MobTV..aku mendapat pengalaman yang lebih. MobTV adalah tv versi online yang pertama di Malaysia...Kalau korang rajin.. lawat la www.mobtv.my..  

 Di sini aku dapat cover kedua-duanya baik Kerajaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Yang jelas.. MobTV tidak memihak. 

Dan di tempat kerja baru.. ini.. kesemua "Broadcast Journalist" perlu membuat stand upper setiap kali tugasan. Tak kiralah apa pun.. Dan itu memberikan latihan kepada aku untuk lebih bijak berhadapan dengan kamera. 

Tapi layakkah aku namakan diri ku Gadis Stand Upper? semestinya tidak.. reporter lain macam Zalikha, Nizam dan Yaya sangat bersahaja di depan kamera.. Aku masih lagi diperingkat pertama yang masih perlu belajar dan belajar...


Di Parlimen reporter bertungkus-lumus ketuk story... aku kena stand upper... LOL



Bos aku...kalau benda yang mengaitkan demo je.. mesti akan assign aku... Mungkin muka aku muka demo tak? Nak tahu pasal PPSMI? klik sini 


Setiap kali stand upper.. aku suka ramai-ramai... duduk belakang aku bersorak.. jadi semangat sikit.. nak cakap kan?  Nak tahu full versi pasal Lynas? Klik sini


Masa ni sangat kelakar.. Makcik-makcik ni semangat tau jerit mengatakan sokongan mereka terhadap Shahrizat Jalil yang terlibat dalam skandal NFC. 

Nak tengok? Klik sini 

Dan ini BJ MobTV....

Nizam sewaktu bertugas di Bersih 2.0 9 Julai tahun lalu. 

Yaya dikenali sebagai Puteri LYNAS.... 

Zalikha.... Permaisuri Parlimen... 




Read More

Koleksi gambar 'Demo Mansuh PTPTN '

Koleksi gambar mahasiswa demo gesa pemansuhan PTPTN dan gantikan kepada pendidikan percuma pada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Mahasiswa berkumpul dari Masjid Jamek. berarak ke  Dataran Merdeka.. 


Namun perarakan tidak terus ke Dataran, mahasiswa ubah haluan ke Sogo.


Media temubual peserta himpunan

Ahli Parlimen dari PKR turut serta dalam perhimpunan.

Mahasiswa di depan Sogo 




Gambar Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Pengajian Tinggi di'julang' siswa.



Hisham blogger Tukar Tiub turut beri sokongan mendesak pendidikan percuma.

Kekecohan berlaku apabila DBKL cuba merampas khemah siswa. 






Nik bin Jidan busking... di Dataran Merdeka 
Adakah mereka mampu bertahan sehingga 28 April ini? Tunggguuuu...!
Read More

Saturday, March 10, 2012

Koleksi Gambar : Pemuda Umno/BN bantah kenyataan Anwar sokong Israel

24 Februari lalu, Pemuda Umno membuat satu bantahan mengenai kenyataan Anwar Ibrahim di Akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang dikatakan menyokong keselamatan Israel.

Video penuh boleh dilihat di Pemuda BN Demo manakala berita di Edisi 24 Feb

www.mobtv.my

Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid mengetuai perhimpunan aman ini.


Satu memorandum dihantar 80 pemuda Umno, MIC dan MCA di Ibu Pejabat PKR. Mereka cuba menyerahkan memorandum namun pejabat PKR tersebut tutup dan pegawainya dipercayai berada di Kuantan.


Polis mengawal himpunan... 



Wartawan menunggu dihadapan Ibu Pejabat PKR. Yang sedang 'berasap' itu adalah.....
Read More

Wednesday, March 7, 2012

Nak makan sedap?

Sesungguhnya individu yang tidak pandai menikmati dan menghargai makanan adalah individu yang rugi. Haha..Saya suka makan. Saya suka mencuba bermacam-macam juadah tak kira di restoran,kedai tepi jalan mahupun pasar malam.

Di sini saya nak kongsikan beberapa tempat yang sedap menunya. Walaupun agak mahal, tetapi berbaloi.Tapi sekali sekala bolehlah makan.. hari-hari makan pun tak boleh juga...

Butter Prawn bersama Nasi Goreng Cina...

 Ha! Nak makan Butter Prawn yang sedap... Pergilah ke Kota Damansara.. di Muslim Chinese Cuisine Restaurant... Butter Prawn RM18 untuk dua orang makan. Nasi goreng RM9.90.... Tapi nasi goreng dia biasa je.. Butter prawn je yang sedap...





 JM Beriani
Nak makan beriyani sedap... pergilah JM Beriyani... Nasi kosong saja dalam RM5..Pilih ayam masak merah dalam RM9.20... Kira sebenarnya set dia RM15... air dia dalam RM3 macam tu.. Oklah kalau dua orang makan dalam RM40 macam tu...  Kedai ni ada banyak cawangan.. Ada di Wangsa Maju, Seksyen 7 Shah Alam, Subang Jaya, dekat Tesco pun ada... :)


Nasi Ayam Panggang Thai
 Menu ni paling murah.. Nasi ayam panggang Thai sedap kalau combine dengan Three Layer Tea... Baru dalam RM13 macam tu... Restoran Manggo's Chilies ni menu semuanya masakan Thai. Kebanyakkan menu dia ada kerabu mangga... Try lah!
Read More

Tuesday, February 28, 2012

Reaksi tentang Himpunan Hijau 2.o di Kuantan

Reaksi pimpinan Pakatan Rakyat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan peserta Himpunan Hijau 2.0 yang membantah loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan. Himpunan Hijau 2.0 berlangsung diPadang MPK4 Kuantan...

Boleh layari laman web www.mobtv.my klik di sini untuk video reaksi orang ramai...











Read More

Thursday, January 26, 2012

Pasca 9 Januari, apa seterusnya?

Anwar dikerumuni media dan penyokong selepas dibebaskan dari tuduhan meliwat.



Sudah hampir sebulan, kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang masih lagi berlanjutan sehingga kini. Walaupun keputusan penghakiman telah membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat, kesudahannya masih belum diketahui.

Tanggal 9 Januari merupakan hari bersejarah buat negara. Samada bersalah atau tidak, keputusannya pasti dipersoalkan pelbagai pihak. Ianya sedikit sebanyak memberi impak baik positif atau negatif terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terutamanya badan kehakiman negara.

Namun, apa yang pasti, pembebasan Anwar Ibrahim pada hari tersebut mengejutkan ramai pihak. Ini termasuk wartawan arus perdana seperti Bernama mahupun media alternatif.

"Anwar bebas? Biar benar.. Hmm lepas ini mesti aku kena buat story. 'Inilah bukti badan sistem kehakiman telus dan bukannya konspirasi'," kata seorang wartawan.
Macam-macam jenis ada.

Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka kerana aku juga sudah menjangkakan apa jenis 'follow up' yang aku perlu buat selepas pembebasan ini.

Ternyata, berita tersebut turut tidak dijangka oleh ribuan penyokong yang datang untuk berhimpun di depan Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pagi itu.

Pengumuman 'Anwar telah dibebaskan' mencetuskan kegembiraan kepada rakyat terutamanya kepada mereka yang percaya bahawa kes ini adalah satu konspirasi sejak dari awal lagi.

Aku lihat ada yang menangis tak kira laki atau perempuan dan ada yang melonjak kegembiraan sambil menjerit melaungkan reformasi.

Namun kegembiraan itu tidak lama.

Himpunan tersebut dicemari insiden letupan bom dan juga pergelutan antara penyokong Anwar dan kumpulan penyokong Saiful. Tiga letupan bom berlaku tidak beberapa lama selepas pengumuman mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan Liwat. lima orang cedera akibat letupan bom yang dipercayai buatan sendiri itu.

Aku berada diperkarangan mahkamah waktu itu. Namun aku sedikit hairan dengan lagak beberapa apabila pasukan polis yang bersahaja walaupun mendengar bunyi letupan tersebut.

'Tuan, bunyi apa tu?," tanya seorang penyokong berhampiran aku kepada seorang pegawai polis. Namun polis tersebut terus berlalu pergi sambil mengangkat sedikit bahunya tanda tidak tahu.

Peguam bela Anwar, Karpal Singh keluar dari mahkamah.

Walaupun insiden itu berlaku, namun penyokong Anwar yang berhimpun di depan Mahkamah masih lagi tidak bersurai. Masing-masing berebut-rebut hendak bersalaman dengan Ketua Umum PKR itu.

Pimpinan pakatan juga ada yang mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri. Inilah masa mereka untuk 'menyuarakan' apa yang hendak di'suarakan'.

Dengan jelas kedengaran pekikan dan laungan Reformasi! Turun BN! Hidup Rakyat!


Walhal pada fikiran aku, Yb-yb dan 'pimpinan' ini sepatutnya bertindak untuk menyuraikan peserta himpunan dan bukannya lebih 'membakar' rakyat. Sungguhpun hendak meraikan kemenangan tapi keselamatan rakyat adalah lebih penting. Hendak bertempik dan berceramah? Ini bukan masanya.


Ayahanda PEKIDA di IPK KL beri amaran.
Terdapat juga pertembungan di antara penyokong Anwar dan penyokong Saiful. Namun apa yang lebih himpunan yang dianjurkan untuk menuntut solidariti Saiful tidak mendapat memberangsangkan.

Masih aku ingat lagi sewaktu menunggu keputusan dari perundingan PKR bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di IPK KL. Para media didatangi oleh dua orang lelaki. Mereka memberi amaran kepada peserta himpunan 9 Januari agar tidak mengacau program 'dakwah' mereka pada hari tersebut.

Apa pun aku masih bersyukur, keadaan di mahkamah kembali stabil. Walaupun aku sedikit marah ketika waktu tolak menolak di persekitaran bukit. Para-para media nampaknya tidak sabar-sabar ingin mendapatkan kenyataan dari Anwar Ibrahim terhadapa pembebasannya.

Kini kita tunggu dan lihat apakah yang akan terjadi seterusnya. Adakah Saiful Bukhari yang tidak dapat membuktikan Anwar meliwatnya akan bertegas untuk melanjutkan kes ini? Ataupun kes qazaf akan diteruskan.

Rakyat sememangnya sudah jemu dan muak dengan kes sebegini. Banyak lagi perkara yang lebih penting perlu difokuskan untuk membangunkan negara. Banyak lagi yang lebih perlu diberitahu kepada rakyat terutamanya perkembangan ekonomi dan pembangunan Negara.



Kedatangan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di mahkamah.


Kanak-kanak OKU juga turut serta.
Seawal jam 7 pagi, penyokong memenuhi parkir mahkamah.


Ribuan penyokong di parkir Mahkamah



Anwar memangku cucu keduanya. Sehari sebelum keputusan mahkamah.
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com