Thursday, April 24, 2014

CHAW TEN CHEE hilang sekelip mata, Keluarga menanti kepulangan







Sekelip mata kau tiada di depan mata.

Tempoh untuk kita kehilangan sesuatu terutama yang tersayang dalam sekelip mata pasti memeritkan.
 Namun,itu yang terpaksa ditempuh wanita inin Kui Fui Khyun yang hilang suaminya dalam sekelip mata.

‎Berlaku hanya dengan sekelip mata,kelibat suami Fui Khyun, Chaw Ten Chee hilang dari pandangan.
Meskipun sudah dua tahun, Ten Chee hilang. Ia seolah-olah baru berlaku semalam. Berumur 58 tahun, hilang sejak 14 Jun 2012, usaha mencari masih diteruskan keluarganya. 

Perkongsian tiga dekad Ten Chee bersama isteri menghasilkan tiga orang anak. Ten Chee menghidapi sakit kronik dan sudah nyanyuk.
Lokasi terakhir Ten Chee sebelum hilang adalah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dimana dia sedang ditemani isteri mendapatkan rawatan.


‎Dalam bahasa pasar, Fui Khyun meluah perasaan;
'Saya sudah cari hari itu. Suami saya hilang sekelip mata. Sekejap saja manyak cepat sudah hilang. Tak tahu pergi mana,'

"Kami manyak rindu sama dia. Saya rindu suami saya.  Anak saya pun rindu pak dia,dia hilang sudah dekat dua tahun sampai sekarang takda jumpa.. siapa ada jumpa saya punya suami bagitahu saya, saya banyak terima kaseh" rayu Fui Khyun sambil teresak-esak menangis. 

Pada mulanya isterinya kelihatan tabah, namun setelah berulang kali menatap gambar suaminya. Dia tidak dapat menahan air mata.

Bagaimana seorang isteri yang kehilangan suami mahu meneruskan hidup tanpa suami yang selama ini bersama meneman sisa-sisa kehidupan‎ dan kegembiraan bersama anak-anak?

Salah seorang anaknya, Chaw Men Dat, seorang orang kurang upaya OKU berumur 38 tahun mengharapkan orang ramai membantu keluarga mencari bapanya. 

"Saya harap ada orang yang baik hati jaga bapa saya. Saya harap dia akan pulang kepangkuan kami,"‎ujarnya.

Dan jika ayahnya ditemui, pasti insan OKU ini dapat memeluk manja kembali ayahnya.
Bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi melalui email awanikasih@astro.com.my dan hubungi 03-20702520.


Read More

Sunday, January 5, 2014

Aku tulang rusukmu?




“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas."

"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya,"

Hadis Bukhari dan Muslim
_______________________________________________________________________________
 
Aku tulang rusukmu?
 
Tatkala Adam lena, tulang rusuknya di'ambil'..
Diciptakan Hawa
 
Dan bila tiba masanya,
rusuknya yang hilang akan dipertemukan semula,
Entah bila, entah siapa..
 
Hanya menanti,
dan menanti...
 
Cantuman kan jadi pelengkap untuk penghujung hari..
Read More

TIKUS LAGI BESAR DAN TAK TAKUT PADA KUCING?





 “Tikus sekarang lebih besar dari kucing, banyak sangat berkeliaran macam tak takut pada kita. Terlalu banyak, lagipun dengan longkang tersumbat. Bau busuk lagi,”

Itulah kata-kata pakcik yang aku temui sewaktu membuat tinjauan di sekitar medan selera di ibu Negara.

 

Berdekah-dekah Philips Mathew ketawa sewaktu ditemu bual.

Ya benar, tikus itu haiwan yang menggelikan. Bagi aku kehadiran haiwan pembawa virus leptospirosis itu semakin membimbangkan. Bagaimana tidak, meskipun statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan penurunan kadar kematian disebabkan jangkitan penyakit itu menurun, namun jumlah kes jangkitan saban tahun meningkat.

Tahun 2012 sahaja kes individu yang dijangkiti bakteria leptospira mencecah kepada 3,665 kes di seluruh Negara.

Sehubungan itu, aku membuat beberapa tinjauan kedai makan di sekitar Kuala Lumpur.

Di sebuah medan selera misalnya, bukan longkang yang tidak diselenggara tersumbat, malah ada juga individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisa makanan juga dibuang merata-rata.

Bahkan tikus-tikus berkeliaran tanpa rasa takut untuk menjamah sisa makanan yang bersepah-sepah.

Premis makanan yang kotor amat tidak menyenangkan mata yang memandang. Dikala hujan bau busuk dari longkang akan menghasilkan satu bau yang amat menyengitkan.


 
“Sampah kotor ini punca tikus membiak. Di mana ada makanan disitulah dia hidup. Peniaga pun kadang-kadang sambil lewa,” kata Nordin Ali yang kesal dengan kebersihan gerai di sekitar Kuala Lumpur.

Ahmad Daud Abu Bakar turut melahirkan kebimbangan yang sama lebih-lebih lagi ada premis makanan yang sekadar kelihatan bersih dibahagian luar premis sahaja.

“Kedai kenalah bersih dan Jabatan Kesihatan kenalah periksa. Ini tidak kita tengok luar bukan main bersih tetapi kalau tengok dekat dapur kotor,”




Sementara itu... Normah Mislan yang bekerja sebagai tukang cuci sudah berputus asa kerana usahanya membanteras pembiakan tikus sia-sia.

"Makcik dah letak racun dekat longkang, tapi tak mati-mati tikus tu. Mungkin mereka sudah imun dengan ubat racun tu,"



Jadi untuk anda semua lihat laporan penuh.. Boleh tengok kat bawah ni!


 








Read More

Sunday, May 12, 2013

Penantian suatu siksa, kepastian suatu penawar.




Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku


Read More

Friday, April 12, 2013

Media macamana nak mohon undi pos?


Anda MEDIA? Nak tahu cara mohon undi pos?

Ini syarat-syaratnya.

Langkah pertama.

a)
Warganegara Malaysia
b)
Pemilih berdaftar
c)
Tergolong dalam salah satu daripada kategori seperti yang berikut :
(i)
Seorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi;
(ii)
Seorang anggota mana-mana pasukan polis atau tentera yang bertugas pada hari mengundi awal
(iii)
Seorang anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; dan
(iv)
Seorang pekerja media yang ditetapkan sebagai Pengundi Pos oleh SPR
 

Langkah kedua.
     
  • Kena isi Borang 1A... nak download? Klik sini 
  •  
  • Hantar borang anda melalui FAKS atau POS ke Pejabat Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya.
  •  
  • Nak tengok alamat Pejabat Pegawai Pengurus? Klik sini
P/s : Pastikan anda sudah periksa mana DUN dan PARLIMEN yang telah Semak Daftar Pemilik SPR... Klik Sini  
 
Pastikan pekerja media mendapat perakuan majikan akan bertugas di luar kawasan.
 
Alamat yang anda tulis dalam borang 1a.. adalah merupakan alamat yang akan SPR pos kertas undi...
 
 
 
Kredit untuk Bos saya.. kerana bagi maklumat mengenai ini....
 
Harap entry ini dapat membantu anda..
 
 
Read More

Tuesday, April 2, 2013

Apa nak dikata?

Apa nak dikata..
   Kalau manusia kejar dunia..
       Kerana kuasa dia leka...
       Sanggup diluka dan dihina...


Apa kau nak kata..
  Kalau hati tiada rasa..
    Kerana cinta tiada makna...
     Bisa mendua tanpa belas..

Siapa kau nak kata..
   Kalau dia tetap buta..
  Kerana dibelai manusia durjana..
Kelak bungkus dengan haloba..

*tak bisa tidur... 2.36 pagi selasa*
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com