Sunday, August 17, 2014

Cinta 3 segi Kucing

 
 
 
Ini kucing aku. Dia betina. Aku bagi nama dia KOBIS.. sebab jumpa dia waktu beli sayur kobis dekat pasar. Dia kucing versi Siam.
 
Tapi dia dah hilang.. tak tahu kemana.... rindu kobis :(
 
 
"Hai, saya Kobis. Comel tak aiii? "
 




Majid adalah antara kucing yang aku paling saying. Kalau dulu, masa aku dalam bilik.. Majid akan setia tunggu depan pintu bilik. Majid sukakan kobis, Majid sangat jinak dan comel.

 
Majid : U sayang aii tak? Kobishhh..
Kobis : Hurm.... Aii saying u... tapi.....




 

Kobis : I suka SATE jugak! Sorry Majid!

Yang si tompok itu sate.. aku jumpa dia dekat Satay Station.. maka sebab itulah namanya SATE!
Tapi tiga-tiga kucing ni dah tak ada. Kobis hilang, Sate hilang.. Majid kadang-kadang pulang. :(

Read More

Thursday, July 10, 2014

Rindu nak diving lagi!




Dulu aku suka menyanyi.. main gitar. Tapi sekarang aku ada hobi baru dan hobi ini hobi orang kaya iaitu diving! Dah setahun berlalu, lesen aku ambil dekat Pulau Tioman.

Masa itu siap ambik dengan adik aku Naqiyah. Alang-alang bawa Pak Hamid tersayang pergi bercuti.


Pak Hamid bercuti di Pulau Tioman bersama anak-anaknya. Comelkan Pak Hamid?

Ini dia tukang ajar. Seamonkey dive master. Sangat cool.





Ketam butter yang enak dan murah. Setiap hari bantai makan ketam. Sampai nak 5kg mendadak.



Siamil Island, antara pulau yang terindah di Sabah.




Read More

Thursday, April 24, 2014

CHAW TEN CHEE hilang sekelip mata, Keluarga menanti kepulangan







Sekelip mata kau tiada di depan mata.

Tempoh untuk kita kehilangan sesuatu terutama yang tersayang dalam sekelip mata pasti memeritkan.
 Namun,itu yang terpaksa ditempuh wanita inin Kui Fui Khyun yang hilang suaminya dalam sekelip mata.

‎Berlaku hanya dengan sekelip mata,kelibat suami Fui Khyun, Chaw Ten Chee hilang dari pandangan.
Meskipun sudah dua tahun, Ten Chee hilang. Ia seolah-olah baru berlaku semalam. Berumur 58 tahun, hilang sejak 14 Jun 2012, usaha mencari masih diteruskan keluarganya. 

Perkongsian tiga dekad Ten Chee bersama isteri menghasilkan tiga orang anak. Ten Chee menghidapi sakit kronik dan sudah nyanyuk.
Lokasi terakhir Ten Chee sebelum hilang adalah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dimana dia sedang ditemani isteri mendapatkan rawatan.


‎Dalam bahasa pasar, Fui Khyun meluah perasaan;
'Saya sudah cari hari itu. Suami saya hilang sekelip mata. Sekejap saja manyak cepat sudah hilang. Tak tahu pergi mana,'

"Kami manyak rindu sama dia. Saya rindu suami saya.  Anak saya pun rindu pak dia,dia hilang sudah dekat dua tahun sampai sekarang takda jumpa.. siapa ada jumpa saya punya suami bagitahu saya, saya banyak terima kaseh" rayu Fui Khyun sambil teresak-esak menangis. 

Pada mulanya isterinya kelihatan tabah, namun setelah berulang kali menatap gambar suaminya. Dia tidak dapat menahan air mata.

Bagaimana seorang isteri yang kehilangan suami mahu meneruskan hidup tanpa suami yang selama ini bersama meneman sisa-sisa kehidupan‎ dan kegembiraan bersama anak-anak?

Salah seorang anaknya, Chaw Men Dat, seorang orang kurang upaya OKU berumur 38 tahun mengharapkan orang ramai membantu keluarga mencari bapanya. 

"Saya harap ada orang yang baik hati jaga bapa saya. Saya harap dia akan pulang kepangkuan kami,"‎ujarnya.

Dan jika ayahnya ditemui, pasti insan OKU ini dapat memeluk manja kembali ayahnya.
Bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi melalui email awanikasih@astro.com.my dan hubungi 03-20702520.


Read More

Sunday, January 5, 2014

Aku tulang rusukmu?




“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas."

"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya,"

Hadis Bukhari dan Muslim
_______________________________________________________________________________
 
Aku tulang rusukmu?
 
Tatkala Adam lena, tulang rusuknya di'ambil'..
Diciptakan Hawa
 
Dan bila tiba masanya,
rusuknya yang hilang akan dipertemukan semula,
Entah bila, entah siapa..
 
Hanya menanti,
dan menanti...
 
Cantuman kan jadi pelengkap untuk penghujung hari..
Read More

TIKUS LAGI BESAR DAN TAK TAKUT PADA KUCING?





 “Tikus sekarang lebih besar dari kucing, banyak sangat berkeliaran macam tak takut pada kita. Terlalu banyak, lagipun dengan longkang tersumbat. Bau busuk lagi,”

Itulah kata-kata pakcik yang aku temui sewaktu membuat tinjauan di sekitar medan selera di ibu Negara.

 

Berdekah-dekah Philips Mathew ketawa sewaktu ditemu bual.

Ya benar, tikus itu haiwan yang menggelikan. Bagi aku kehadiran haiwan pembawa virus leptospirosis itu semakin membimbangkan. Bagaimana tidak, meskipun statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan penurunan kadar kematian disebabkan jangkitan penyakit itu menurun, namun jumlah kes jangkitan saban tahun meningkat.

Tahun 2012 sahaja kes individu yang dijangkiti bakteria leptospira mencecah kepada 3,665 kes di seluruh Negara.

Sehubungan itu, aku membuat beberapa tinjauan kedai makan di sekitar Kuala Lumpur.

Di sebuah medan selera misalnya, bukan longkang yang tidak diselenggara tersumbat, malah ada juga individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisa makanan juga dibuang merata-rata.

Bahkan tikus-tikus berkeliaran tanpa rasa takut untuk menjamah sisa makanan yang bersepah-sepah.

Premis makanan yang kotor amat tidak menyenangkan mata yang memandang. Dikala hujan bau busuk dari longkang akan menghasilkan satu bau yang amat menyengitkan.


 
“Sampah kotor ini punca tikus membiak. Di mana ada makanan disitulah dia hidup. Peniaga pun kadang-kadang sambil lewa,” kata Nordin Ali yang kesal dengan kebersihan gerai di sekitar Kuala Lumpur.

Ahmad Daud Abu Bakar turut melahirkan kebimbangan yang sama lebih-lebih lagi ada premis makanan yang sekadar kelihatan bersih dibahagian luar premis sahaja.

“Kedai kenalah bersih dan Jabatan Kesihatan kenalah periksa. Ini tidak kita tengok luar bukan main bersih tetapi kalau tengok dekat dapur kotor,”




Sementara itu... Normah Mislan yang bekerja sebagai tukang cuci sudah berputus asa kerana usahanya membanteras pembiakan tikus sia-sia.

"Makcik dah letak racun dekat longkang, tapi tak mati-mati tikus tu. Mungkin mereka sudah imun dengan ubat racun tu,"



Jadi untuk anda semua lihat laporan penuh.. Boleh tengok kat bawah ni!


 








Read More

Sunday, May 12, 2013

Penantian suatu siksa, kepastian suatu penawar.




Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku


Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com