Friday, March 4, 2011

Ikhlas ke?


Susah nak tau orang ni ikhlas atau tak.. dulu beriya2 nak tangkap gambar.. dulu.. beriya2 buatkan video..
support sana sini.. nak 'tolong'.. sanggup buat kan itu buatkan ini..

tapi sekarang? 

:(

Read More

Tuesday, March 1, 2011

Saat, Bila , Pulang...

Saat kau tiada aku
resah, gundah, gelisah..

Saat kau rebah,
 aku kalah, punah,

Bila kau bangun,
aku berlari sepi.. Mengecapi..

Bila kau titis, aku nangis,
kerdil.. Tersisih...

Pulanglah sayang kepangkuanku,
Agar hatiku tenang tak melayang..

Pulanglah kaseh pada ku yg merintih,
Agar termamah hatiku pedih...



1.48 am, berembun dibawah pelikat
Read More

Saturday, February 26, 2011

Auditorium Memorial TAR indah khabar dari rupa...

Pagi-pagi mencelikkan mata.. menuju ke kuala lumpur membuat liputan suatu majlis yg diadakan di auditorium Tunku Abdul Rahman.....
Ternyata.. tempat yang sepatutnya menjadi tarikan pengunjung itu lengang dan mengecewakan...

kereta antik TAR


gambar yang menjadi hiasan 
 cantek!

tapi dalam banyak-banyak tempat...ini yang paling menyedihkan aku... takkan organisasi tak dapat peruntukkan untuk membaikpulih bahagian yang rosak?


Mengalahkan tandas awam

Malu aku kalau pelancong asing tengok..


Apa sebenarnya fungsi tempat-tempat macam kalau tiada pengunjung? Kan lebih baik kalau uruskan untuk sesuatu yang lebih memberi manfaat?
Sedih aku lihat tempat ni.. tempat ni sepatutnya menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung.. Macamana nak ada pengunjung kalau tandas pun macam tu rupa?

hmmmmmmmmmmmm....
Read More

Tuesday, February 22, 2011

Orang kata...

Bila bermimpi laut.. Orang kata nak dapat rezeki.. tapi tengok jugak.. tapi kejernihan air laut memainkan peranan..atau lebih tepat lagi kalau air tu keruh.. mungkin rezeki dapat tak berapa nak elok...

tapi setakat ni.. bila aku mimpi laut.. alhamdulilah.. adelah rezekinya.. apa pun rezeki ditangan TUHAN..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila bermimpi makan babi.... huishhh Orang kata bakal mendapat duit haram.. tapi bergantung kepada perbuatan seseorang jugak..

tapi pernah aku mimpi makan babi tahun lepas... dan esoknya aku gatal2 tengok suratkhabar STAR.. rupe2 nye no ic aku ade tertera menang saguhati MAGNUM... ayo.. bahaya jugak tu haha!  jangan sesekali mencuba kalo mimpi makan babi..

moral of the story.. jauhkan diri dari judi...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila tangkap gambar kucing.. Orang kata.. jangan.. nanti kucing kau cepat mati...hmmm... karut betul..

selama aku tangkap gambar kucing2 aku.. sehat je diorang.. siap dah beranak pinak... haha~

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila nak bagi hadiah pada kekaseh... Orang kata.. jangan hadiahkan baju.... nanti hubungan tak bkekalan..
haih... apalah kena mengena baju tu dengan hubungan ?? haha

jadi.. janganlah percaya benda karut mengarut ni... ahahaha

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila anak dara duduk dekat dapur.. Orang kata.. jangan menyanyi kat dapur.. terutama bila tengah memasak... nanti dapat suami TUA.. hahahaha

ha..... yang ni aku musykil.. macam betul pun ade... Siti Nurhaliza suka nyanyi kat dapur ke? hehehehe
tapi mungkin kebetulan je kot..  sebenarnya orang dulu nak suruh anak dara bersopan bila kat dapur.. tu je..
Read More

Monday, February 21, 2011

Jom kita tolong minah hot ini SELESAIKAN GAME SUAI DAN PADAN!



Sila namakan calon dengan memadankan nombor gambar dan kriteria berikut..

1. Orang yang PANDAI bercakap TAK PANDAI buat...

2. Orang yang TAK PANDAI bercakap tapi PANDAI BUAT..

3. Orang yang PANDAI bercakap.. PANDAI buat...

4.Orang yang TAK PANDAI bercakap dan TAK PANDAI buat.

5. Orang yang TAK PANDAI buat.. tapi BUAT-BUAT PANDAI..

6.Orang yang MEMANDAI-MANDAI..

7.Orang yang memang TAK PANDAI tapi TAK BUAT APE2..

8. Orang yang TAK PERNAH PANDAI DAN TAKKAN PANDAI

CONTOH...
1-A 2-B 3-C 4-D 5-E 6-F 7-G 8-H

A

B



C

D


E
F










                                       


H

G




Read More

Sunday, February 20, 2011

Lagu doremon versi Melayu




Siapa yang tak kenal dengan Doremon.. inilah kartun yang wajib aku tonton..masa kecik.. pukul 7 dah mengadap dekat TV..

Kalau 10 tahun dulu.. waktu Maghrib dalam 7.20.. so bila azan je.. mak aku jerit suruh solat maghrib! sampai kena kejarlah satu rumah.. haha!

So, aku selalu miss ending cite doremon.. hmmm..
dan lagu doremon versi melayu ni la yang aku akan nyanyi time kecik2 dulu..
sampai sekarang.. :)

jadi aku nak berkongsi dengan korang... lagu versi melayu... jom nyanyi! 

Pada suatu hari,
ditempat Nobita belajar...
ada seekor makhluk yang berwarna..
biru tua...

Badannya bulat-bulat..
dan suka makan donut..
Apabila nampak tikus dia pun terus..
melompat...

Nobita ketawa, dia rasa Malu...
Ang Ha Tep Kop Ta...
Ang Ang Ang ...
Makhluk itu bernama...
DORAEMON.....
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com