Tuesday, February 22, 2011

Orang kata...

Bila bermimpi laut.. Orang kata nak dapat rezeki.. tapi tengok jugak.. tapi kejernihan air laut memainkan peranan..atau lebih tepat lagi kalau air tu keruh.. mungkin rezeki dapat tak berapa nak elok...

tapi setakat ni.. bila aku mimpi laut.. alhamdulilah.. adelah rezekinya.. apa pun rezeki ditangan TUHAN..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila bermimpi makan babi.... huishhh Orang kata bakal mendapat duit haram.. tapi bergantung kepada perbuatan seseorang jugak..

tapi pernah aku mimpi makan babi tahun lepas... dan esoknya aku gatal2 tengok suratkhabar STAR.. rupe2 nye no ic aku ade tertera menang saguhati MAGNUM... ayo.. bahaya jugak tu haha!  jangan sesekali mencuba kalo mimpi makan babi..

moral of the story.. jauhkan diri dari judi...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila tangkap gambar kucing.. Orang kata.. jangan.. nanti kucing kau cepat mati...hmmm... karut betul..

selama aku tangkap gambar kucing2 aku.. sehat je diorang.. siap dah beranak pinak... haha~

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila nak bagi hadiah pada kekaseh... Orang kata.. jangan hadiahkan baju.... nanti hubungan tak bkekalan..
haih... apalah kena mengena baju tu dengan hubungan ?? haha

jadi.. janganlah percaya benda karut mengarut ni... ahahaha

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila anak dara duduk dekat dapur.. Orang kata.. jangan menyanyi kat dapur.. terutama bila tengah memasak... nanti dapat suami TUA.. hahahaha

ha..... yang ni aku musykil.. macam betul pun ade... Siti Nurhaliza suka nyanyi kat dapur ke? hehehehe
tapi mungkin kebetulan je kot..  sebenarnya orang dulu nak suruh anak dara bersopan bila kat dapur.. tu je..

No comments:

Post a Comment

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com