Thursday, October 11, 2012

Salah erti peribahasa Melayu, salah siapa?

 
Bila cakap pasal peribahasa, simpulan bahasa... mesti ramai yang keliru.. kenapa pembayang macam tak logik? Kenapa itu? Kenapa ini?

Banyak sebenarnya peribahasa yang perlu diperbetulkan penyampaiannya.

Contohnya,

1. "Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi" VS  "Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi"

Setelah sekian lama kita mendengar peribahasa ini.. Jika difikirkan apa logiknya pagar makan padi? Ada pagar di sawah padi?

Tergerak aku mencari maksud sebenarnya apabila seorang kawan memberitahu.. Bukan Pagar, tapi PEGAR... Pegar adalah spesies burung yang dahulu kalanya diharapkan memakan serangga perosak padi.

Boleh lihat di sini






Kesalahan seperti ini terjadi apabila penterjemahan jawi kepada rumi telah disalahertikan. Apa yang lebih pasti ialah apabila orang ramai tidak mengetahui kewujudan burung ini.



Barisan pertama dipercayai tulisan jawi peribahasa asal sebelum diterjemahkan kepada rumi.

Barisan kedua merupakan kesilapan ejaan jawi yang telah dilakukan.

Persoalannya di sini siapa sebenarnya yang perlu dipersalahkan? Adakah Cikgu Bahasa disekolah yang tak betul-betul faham dengan maksud peribahasa? Dewan Bahasa dan Pustaka?

Peredaran zaman?

Sasterawan Negara, Pak Samad?

Atau modul pendidikan Bahasa Melayu?

Yela, padi sawah pun tak pernah jejak, inikan pula hendak kenal burung yang semakin pupus ini. Jadi macamana nak tahu Pegar atau Pagar kan?


Bukan ini sahaja yang kita tersalah faham akan maksudnya..

Sebagai contoh..

a)   ' Saling tak tumpah ' sebenarnya 'Salin (se-salin) tak tumpah'


b)  ' Mata keranjang ' sebenarnya ' Mata ke ranjang '... Ranjang bermaksud katil.. atau 'tempat tidur'.


c)  Melepaskan batuk (berdehem) di tangga sebenarnya ' Melepaskan batok (penyedok air) di tangga '

d) Merah Padam.. ada yang sumber yang mengatakan Merah Padma.. Padma adalah sejenis bunga teratai yang berwarna merah.


Sama-samalah kita renungkan bersama.. dan cuba untuk memahami peribahasa dengan lebih mendalam.





 
 
 
 
Read More

Wednesday, September 12, 2012

MobTV.MY dalam ingatan!


Kenangan di MOBTV...

I'm gonna miss u......!

Banyak perkara yang aku dapat belajar di MOBTV. Walaupun tak sampai setahun di sini, banyak pengalaman manis dan pahit aku perolehi.

Doakan MOBTV.MY sukses dan menjadi TV online tersohor dalam Negara...

Ini semua staff MobTV yang comel2 belaka!

Ini dia tiga orang BJ Mobtv yang datang dengan pelbagai 'pakej'! Hehe 

Sempat bergambar sewaktu rakaman Hari Raya MOBTV

Ini dia CEO MOBTV... Super duper senior MassComunication ITM.... En Abdul Hamid Mohamed

Ini dia 'Sound Engineer' MOBTV... Selalu aku mintak tolong dia kalau nak buat VO... 

Gigih jurukamera MOBTV setting kamera untuk shooting Hari Raya... 

Teringat masa awal2 dekat Parlimen aku minta Tok Him buat ucapan Raya awal2. Haha!

Ini dia kuih raya office bagi... Sampai sekarang ada stok lagi dekat rumah haha!

Itu dia Kameraman MOBTV duduk gigih... 

Ini dia antara orang yang terpenting dalam MOBTV... 

Bergambar bersama Azizi dan Didi sewaktu 'Bank Islam Treasure Hunt' di Kuantan.

Permaisuri Parlimen gigih buat stand upper! 


Ajax.. Antara kameraman yang berpengalaman dalam MOBTV... Waktu ini kami menemubual pandangan AMINAH RHAPOR mengenai isu 'penglibatan Artis dalam politik'. 

Nasib aku kurang baik, tayar ku pancit di tengah jalan. Nasib baik dah selesai tugasan...





Read More

Friday, September 7, 2012

9 LANGKAH BAYAR PTPTN DENGAN MUDAH

Selalu aku dengar kawan aku duk merungut nak bayar PTPTN. Ada yang dah dua tahun kerja pun masih lagi tak start bayar pinjaman mereka.

Aku faham kerana difikiran mereka. Mereka serabut nak fikir pasal nak pergi bayar dekat KL Sentral, nak beratur.. jalan jem.. tak tahu macamana nak check. Kalau call Hot Line PTPTN, selalu busy je talian.

Tapi takpe, kalau sebelum ini aku pernah bagitahu cara macamana nak bayar guna CIMB CLICKS, kali ini aku bagitahu cara mudah nak bayar dari laman web PTPTN sendiri. 

Anda bukan sahaja dapat bayar dengan hanya dikenakan caj 50sen, tapi anda boleh tengok berapa penyata baki yang sebenarnya. Bagi individu yang nak bayar melalui online, anda sekurang-kurangnya mempunyai akaun seperti maybank2u  cimbclicks , Hongleong Online, Bank Islam dan lain-lain. 


LANGKAH PERTAMA 

1. Pergi ke laman web PTPTN, dan klik pada LAMAN WEB RASMI 


LANGKAH KEDUA 

1. Ini dia website rasmi PTPTN, maka.. pergi ke bahagian bawah dan klik E-FES 



LANGKAH KETIGA

1. Bila dah klik pada EFES tu.. anda perlu masukkan nombor kat pengenalan anda dan klik semak. Pembayaran yang tidak mendapat Ujrah akan ditulis sebagai PENYATA KIRA KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL. Seperti contoh dibawah, aku ada dua pinjaman iaitu diploma dan ijazah. Dua-dua adalah perjanjian yang berlainan.




LANGKAH KEEMPAT

1. Selepas anda telah memasukkan nombor kad pengenalan.. Anda perlu mengisikan semula ruang untuk no ic dan no pinjaman. Untuk mengetahui nombor pinjaman, anda boleh menghubungi operator PTPN di nombor talian PTPTN 03-20804455. Sila minta 'NO SEMAKAN PINJAMAN'



LANGKAH KELIMA

Setelah masukkan nombor ic dan no pinjaman. Anda akan dapat melihat penyata terbaru pinjaman PTPTN anda. Untuk membuat pembayaran pergi klik di bahagian kotak kosong dibahagian bawah kiri dan masukkan berapa angka yang anda hendak bayar. Klik pada butang bayar dibahagian kanan.



LANGKAH KEENAM 

1. Ini gambar bila anda dah tekan bayar, Akan keluar satu slip PTPTN lengkap dengan nombor rujukan dan jumlah bayaran.


LANGKAH KETUJUH

1. Pilih akaun banking yang anda miliki. Kalau ada Bank Islam, guna Bank Islam.. Kalau ada Maybank2u click pada maybank... Mereka hanya akan kenakan caj sebanyak 50 sen sahaja.





LANGKAH KELAPAN 

Jika anda gunakan mayban2u.. Log in la seperti yang disuruh.







LANGKAH KESEMBILAN 

1. Dan kini anda sudah menunaikan tanggungjawab anda dengan membayar PTPTN!



SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA!!










Read More

Friday, August 31, 2012

KOLEKSI GAMBAR SAMBUTAN MERDEKA SELANGOR DI SHAH ALAM


Di sini saya kongsikan bersama koleksi gambar sambutan kemerdekaan peringkat Negeri Selangor. Sempat saya dan Zulaika (wartawan Malaysiakini) bergambar...

Kualiti gambar kurang memuaskan, maaf ya!

_______________________________________________________________________________

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan orang ramai bakal menyaksikan kemuncak acaranya iaitu pertunjukan bunga api selama tujuh minit.

Pengunjung dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan persembahan band daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ada juga persembahan perbarisan dari PBT dan pancaragam. 

Yang hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan isteri. Turut hadir Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 























Read More

Monday, June 25, 2012

"LEFTENAN ADNAN, AWAN NANO & HERO DRAMA SEMBILU BERKONGSI PENTAS!

"Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip?"



Forum yang julung-julung kali diadakan dalam sejarah Malaysia. Kali ini sebuah badan bebas, Akademi Pak Sako menampilkan 

Mereka akan berkongsi pentas untuk memberikan pandangan dan perspektif tersendiri mengenai forum yang bertajuk


 "Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip?".




JOM SAMA-SAMA KE DEWAN CINA KUALA LUMPUR BERTEMPAT DI JALAN MAHARAJALELA, KUALA LUMPUR. 

28 JUN, KHAMIS , 8.30 MALAM. 

TEMPAT TERHAD, MASUK ADALAH PERCUMA!
Read More

Thursday, June 14, 2012

Welcome to Najib Razak Club (NRC)


Kalau Anwar Ibrahim ada Anwar Ibrahim Club (AIC), Najib juga ada  Najib Razak Club (NRC).

Perdana Menteri menyatakan rasa teruja apabila berada dihadapan ribuan Belia di Icity Shah Alam yang hadir dari seluruh pelusuk negara untuk merasmikan kelab ini. 

Video penuh event ini boleh dilihat di mobtv dengan Himpunan Evolusi Najib Razak Club (NRC) 4B Malaysia

Datuk Seri Najib Razak sewaktu berucap berkata pilihanraya akan datang akan perlulah diadakan dengan telus dan adil. Ini kerana Kerajaan Barisan Nasional tidak mahu menang pilihanraya dengan penipuan tetapi dengan sokongan padu rakyat. 

Beliau juga menyifatkan peranan anak muda masa kini amat penting untuk melakukan perubahan dalam negara


























Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com