Friday, February 4, 2011

Beeha Di Alam Baru

kini aku sedang BERJUANG untuk praktikal 4 bulan bagi melengkapkan semester akhir untuk memperolehi segulung IJAZAH dalam jurusan penyiaran di uitm... minat dalam nyanyian DIBEKUKAN sementara.. :D


niat aku sebenarnya nak buat praktikal di sebuah production di JAKARTA tapi tak kesampaian apabila uitm membuat tawaran untuk menghantar aku ke universiti Ohio. US.. namun aku membuat keputusan untuk menolak tawaran itu dan membuat praktikal di stesyen tv local sahaja.

kalau aku diberi peluang ke jakarta. mungkin aku akan dapat membawa balik satu pengalaman baru untuk aku aplikasikan dari apa yang aku blaja selama ni (broadcasting)... sebab production filem mereka agak meluas..


tapi aku tetap bersyukur dapat membuat praktikal di Astro AWANI di unit berita. Aku diberi tugas untuk berkhidmat sebagai WARTAWAN PENYIARAN.. tapi adakalanya aku suka menyebok dibahagian teknikal...

Secara Langsung Analisis PRU Awani

Di sini aku belajar selok belok kehidupan seorang WARTAWAN dimana mereka perlu bertungkus lumus untuk mencari berita dan menyampaikan maklumat.  MenCABAR sebenarnya jadi wartawan ni.
Salah lapor pun susah.. tak dapat maklumat pun susah.. Wartawan perlu cekap untuk mencari dan mencungkil maklumat yang berkaitan dengan isu semasa.

 
Membuat tinjauan orang ramai di Lebuhraya MRR2




Di Astro Awani, mereka memberi peluang dan kepercayaan kepada Praktikal student untuk membuat liputan ke luar. Pada hari kedua saja aku telah mendapat tugasan untuk membuat liputan di Mahkamah.  Aku juga diberi peluang membuat liputan ucapan menteri. Banyaklah menteri yang dah interview kalau nak cerita :) 
                             

 
Sidang Media Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Khalid Nordin

Apa pun aku sangat RINDUkan pentas NYANYIAN.. rasa SEBAK bila berada di atas pentas.. ada SEGELINTIR yang menyanyikan lagu aku bersama.. terharu... namun apakan daya. sesungguhnya bila dah praktikal ni.. Masa sangat suntuk dan cuti aku dihabiskan untuk berehat. 

 
Kes Saman Mahkamah Dr Jeyakumar
Aku MINTA MAAF kerana terpaksa MENOLAK beberapa jemputan dinner dan gigs. :(   



Kadang-kadang aku terfikir.. NYANYI pun takdelah sesusah membuat BERITA.. namun aku kena sahut cabaran ini dan tak boleh berputus asa.. Aku perlu gigih menghadapi ALAM BARU yang mungkin akan menjadikan aku insan yang lebih berguna dan berfikir.

MAJULAH BEEHA DI ALAM BARU HEHEH

8.09 PM



6 comments:

  1. yg penting nyanyi dari hati, lirik dari hati. baru penyampaian sampai ke hati pendengar =)

    pape pn jd la wartawan yg berpegang pd prinsip. aku da lame boikot media mainstream sbb dah bosan dgn retorik yg dimain kan.tak habis2 politik. bila nk utara kan isu2 sebenar? selamat berjuang beeha =)

    ReplyDelete
  2. btul2... tp lg elok ko x berharap pd 1 mende je. wat byk mende pun seronok jugak tp penat je la masalahyer

    ReplyDelete
  3. cam best jer jd wartawan ni...:)

    ReplyDelete

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com