Friday, May 25, 2012

APA ITU PENYENARAIAN FELDA DAN KENAPA DIBANTAH?






SKUAD MOB merupakan satu program baru oleh MOBTV yang menfokuskan isu-isu semasa. Ia merupakan laporan khas yang berkonsepkan penyiasatan membangkit persoalan dalam sesetengah isu seperti penyenaraian Felda. 

Isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia bukan saja mengelirukan orang ramai, malah peneroka dan warga felda sendiri kurang mengerti dengan apa sebenarnya yang sedang berlaku. 

Skuad Mob memaparkan inisiatif kerajaan dan konflik  serta bantahan yang telah dibuat oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pembangkang.

Antara persoalan yang dibangkitkan ialah 

  • Proses penyamaan ekuiti saham majoriti 51% peneroka dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) 
  • Apakah jaminan Kerajaan selepas penyenaraian
  • Durian runtuh peneroka yang mencurigakan 
Untuk dapatkan penjelasan, SKUADMOB membuat tinjauan peneroka di Sungai Tengi. Kami juga telah menemubual beberapa individu antara pemegang saham tertinggi di dalam KPF.


Layari LAMAN WEB MOBTV.MY untuk ikuti dan mengetahui apa yang sebenarnya yang dikatakan PENYENARAIAN FELDA

Banyak lagi pendedahan dan penyiasatan seperti LYNAS akan menyusul untuk tontonan anda. 
Sebarang komen dan cadangan bolehlah emailkan kepada saya!
nabihahamid@mobtv.my 



 
Read More

Tuesday, May 22, 2012

Debat KJ vs RAFIZI



Debat antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli sepatutnya berlangsung 3 Mei lalu bakal menjadi kenyataan malam ini.

Malam ini Ketua Pemuda Umno dan Pengarah Strategi PKR itu bakal berdebat mengenai isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Jika anda tidak mempunyai ASTRO dirumah tetapi mempunyai kemudahan internet? Ataupun anda ada ASTRO tapi tak subscribe ASTRO AWANI?

Nak lihat debat ini? Boleh  layari web yang setia menyiarkan WACANA SINAR HARIAN
 di MOBTV.MY secara langsung debat pada jam 10 malam ini.

Bagi yang terlepas WACANA SINAR yang sebelumnya.. Boleh klik SINI untuk menontonnya.

Selamat menonton!


Read More

Wednesday, May 16, 2012

Kaum Cina juga sokong PERKASA!



Sebenarnya, cerita ini sudah agak terlambat untuk dimasukkan kedalam blog aku. Namun aku sangat teruja untuk berkongsi bersama-sama rakan-rakan sedikit sebanyak gambar yang telah aku tangkap sewaktu himpunan sebuah NGO yang memperjuangkan bangsa Melayu. 


Selepas perhimpunan Bersih kali ketiga, 28 April lalu, sebuah NGO yang tidak asing lagi iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut mengambilkan kesempatan untuk menunjukkan kekuatan mereka dengan mengadakan perhimpunan keesokkan harinya.


'Ribuan' peserta hadir di padang Kelab Sultan Sulaiman seawal jam 9 pagi untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan PERKASA. Namun kali ini aku dapat lihat beberapa kaum cina memegang bendera menyatakan sokongan terhadap perkasa. 


Bila aku tanya dari mana, mereka hanya sebut "kawan-kawan" dari Cheras.







Sewaktu perhimpunan tersebut, presiden PERKASA Dato' Ibrahim Ali berkata peserta perhimpunan PERKASA datang dengan sukarela tanpa diupah berlainan dengan Bersih yang didakwa telah dibayar RM300 seorang.


Ibrahim Ali turut mengatakan bahawa tindakan polis yang merampas kamera media sewaktu bertugas adalah untuk menyelamatkan media itu sendiri. 


Beliau menambah, orang ramai tidak seharusnya menuding jari terhadap pihak polis yang menjalankan 'tugas' demi menjaga keamanan negara. 


Untuk video mengenai respon kamera wartawan dirampas, sila klik sini  


Dibawah aku senaraikan secara ringkas kenyataan Ibrahim Ali sewaktu ucapannya mahupun pada sidang medianya



  • Rakyat perlu tolak pembangkang dan Pengerusi Bersih S.Ambiga kerana anjurkan perhimpunan yang mempromosikan budaya keganasan sehingga ada anggota polis yang cedera sewaktu bertugas mengawal keadaan.  
  • Peserta PERKASA (29 April) bukan saja datang wang poket sendiri, tetapi kehadiran yang membanggakan. 
  • Status warganegara Ambiga perlu dilucutkan.
  • Ambiga mak Anjing, Anwar kepala Anjing
  • Ambiga konon seorang peguam, langgar undang-undang. langgar perintah mahkamah.
  • Sebahagian peserta Bersih diupah, saya tanya budak-budak naik motor dibayar. Mahu  nak datang sukarela dari Kelantan, dari Kedah. Kalau tak dibayar? tengok PERKASA kita tak bayar sesen pun. Ini semangat.
  • PERKASA adalah badan bertindak secara bebas. Kalau saya kata sokong UMNO, ini persoalan masa depan Negara. 
  • Cina yang turun bersih bukan MCA, tapi ahli DAP. Orang cina banyak sokong kerajaan tak sokong pembangkang.
  • Kalau 70 ribu saya tak heran, kerana ini anjuran parti pembangkang iaitu DAP,PAS dan PKR
  • Mungkin yang biayai BERSIH adalah YAHUDI. 
  • Saya pernah bekerjasama dengan PAS. Mereka pun rasuah, jangan tuduh macam-macam.
  • Saya cadang pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bubar parlimen sekarang kerana saya yakin sokongan pada Najib semakin kuat. 
  • Bukan saja polis dipukul sampai koma, sebab itu polis pun dipukul dirampas senjata, wartawan pun dirampas kamera.
  • Polis rampas kamera wartawan mungkin nak selamatkan kamu. Jangan tudingkan salah pada polis saja. 
untuk lihat full video ucapan Ibrahim Ali boleh klik sini dan melihat video full sidang media bolehlah klik sini 

Ini dia gambar yang aku tangkap.... 





















Read More

Tuesday, May 15, 2012

13 Mei hari permulaan Demo MANSUHKAN TOL!


Bila sebut 13 Mei.. semua akan ingat tragedi rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969. 

Bila sebut 13 Mei.. perkataan darurat berkait rapat. 

Tarikh keramat ini telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa serta harta benda yang menjadi titik hitam kepada sejarah dalam negara.

Namun, kali ini 13 Mei disambut dengan berbeza di sekitar lebuhraya persekutuan Batu Tiga Shah Alam. 

Satu demonstrasi diadakan oleh beberapa parti komponen Pakatan Rakyat  menuntut Kerajaan agar menutup operasi tol di Batu tiga dan Sungai Rasau, Klang.

Tarikh ini hanyalah permulaan kerana banyak lagi demo bantahan akan menyusul.

Mereka mendakwa bahawa kos lebuhraya RM357 juta telah pun dicapai dan dikembalikan dalam masa tiga tahun. Tol ini telah mula beroperasi pada tahun 1993 dan kontrak pengutipan tol adalah sehingga tahun 2018. 

Secara jujur, aku sebagai rakyat Malaysia bersetuju dengan desakan ini. Ini kerana alasan tol tersebut dibina adalah untuk membiayai kos lebuhraya tersebut dan bukannya untuk menjana pendapatan negara. 

Tidak kira siapa yang bakal memerintah di masa hadapan, mungkin BN mungkin PR. Bebanan rakyat perlu dikurangkan. Tol tersebut perlu dihapuskan. 

Demo tersebut pada asalnya berjalan seperti sedia kala sehinggalah mereka membuat sedikit kekecohan. Mungkin terlalu teruja untuk menyuarakan bantahan mereka sehingga membuatkan pengguna jalan raya dan beberapa wartawan tidak selesa.

Aku sama sekali tidak bersetuju dengan insiden tol 5 minit percuma kira-kira jam 3 petang yang aku anggap kurang bijak. 

Disini aku berkongsi dengan kalian gambar-gambar yang aku ambil sewaktu demo tersebut berlangsung. 

Jika anda berhasrat untuk melihat video penuh demo ini.. Klik sini 





Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri ketika ditemui wartawan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika di temubual oleh Mobtv 



Siapakah gerangan di sebalik topeng ini??

ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie melekatkan pelekat kereta kepada pengguna tol Batu tiga. 


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turun menyatakan sokongan demo bantahan tol. 

.

Exco Negeri Ronie Liew memberikan pelekat percuma. 



Ketua AMK, Shamsul Iskandar meletakkan pelekat "No Tol, Just Go" di kereta pengguna jalan raya tol batu 3. 

Wartawan bertugas pun sempat bergambar... 







Add caption






Read More

Friday, May 4, 2012

Bersih 3.0 : Lihat sendiri dengan mata kepala anda.

Bersih 3.0, himpunan ribuan rakyat yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 28 April lalu sebagai satu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Himpunan 'gulingkan' kerajaan ini mendapat pelbagai reaksi dan hujah terutamanya menerusi laman sosial twitter dan facebook. Baik positif atau negatif mereka ada hak untuk menyatakan pendapat mereka.

Secara jujur, aku bukanlah kaki demo. Aku juga sebelum ini tidak pernah mengetahui apa-apa tentang perhimpunan Bersih yang pertama. Mungkin waktu itu, peranan media alternatif masih tidak meluas. Dan semestinya media arus perdana telah menggelapkan tentang matlamat perhimpunan ini.

Liputan TV3 langsung tidak menyebutkan lapan tuntutan. Takkan diorang taktahu buat story kena ada background kot? Yang ditonjolkan hanyalah yang buruk-buruk saja. Tiada langsung yang aman.

Sayang sekali, siapa yang sememangnya tidak pernah turun dan melihat dengan matanya sendiri tidak akan mengetahui apa yang sebenar-benarnya berlaku. Mereka hanya tahu menyalahkan dan menuding jari kepada pihak tertentu.

Tapi aku tidak juga salahkan media arus perdana yang 'blackout' segala keamanan pada Bersih 3.0. Aku salahkan pada mereka yang percaya dan terima bulat-bulat semuanya.

Sebab itu tanpa usul periksa, tanpa segan silu mereka membuat kesimpulan bahawa Bersih hanyalah menyusahkan.

Aku faham dengan sesetengah anggota polis yang tertekan kerana perlu buat 'overtime' semata-mata perlu menghadap dan mendengar pekikkan ribuan baju kuning dan hijau ini. Namun itu bukan lesen bagi mereka memperlakukan orang awam macam anjing.

Dan lebih teruk kali ini turut dibelasah dan dipukul adalah media sendiri. Tindakan polis membelasah wartawan dan jurukamera sewaktu liputan adalah satu tindakan yang memberikan kesan buruk terhadap pihak polis dan Kerajaan sendiri.

Aku tidak mahu berceloteh panjang. Disini aku ingin kongsikan video perhimpunan yang telah dibuat oleh sekumpulan media bagi membantah keganasan yang telah dilakukan oleh polis 28 April lalu.

Mereka menyambut Hari Kebebasan Media Sedunia dengan berpakaian serba hitam bagi menunjukkan gelapnya media dalam negara.

Untuk video penuh mengenai Perhimpunan sekumpulan wartawan... Klik sini 



Bagi sesiapa yang ingin melihat video penuh bersih.. boleh lah layari ke www.mobtv.my

Disitu banyak video dari segala tempat dan haluan seperti di Masjid Negara, Brickfields, Dataran Merdeka dan KLCC.




Read More

Wednesday, May 2, 2012

Bersih 3.0 : Mengganas atau berpesta?


 BERSIH 3.0 

28 April lalu merupakan satu tarikh yang ditunggu-tunggu ribuan penyokong dari seluruh Negara. Aku sendiri seakan tidak percaya kerana dalam seumur hidup aku. Ini yang pertama aku lihat pelbagai kaum dari Melayu, Cina dan India berhimpun di Kuala Lumpur.

Tidak perlu berceloteh panjang, di sini ingin aku kongsi bersama.

Mobtv ada banyak koleksi video untuk semua..klik dibawah...

DATARAN MERDEKA
MASJID NEGARA
BRICKFIELDS
KLCC

Anda nilai sendiri gambar-gambar sebelum gas dilepaskan. Mereka mengganas atau tidak?

Ini gambar dari Masjid Negara. 12 tengahari 
Perhimpunan turut disertai oleh wanita yang berkumpul di perkarangan Masjid Negara. 12.30 Tengahari






Mob TV dengan warwatawan penyiarannya Zalikha Mohd interview Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Mereka menunaikan solat Zuhur sebelum berarak ke Dataran Merdeka. 

Pemerhati  Pilihan Raya Bersih wakil dari Antarabangsa.

Mereka mula berarak... kira-kira jam 1.30 petang 


Sempat bergambar dengan Julian Schumaker  pemerhati dari Jerman  

Peace..!

Peniaga Cina yang sangat teruja melaungkan slogan Bersih! Bersih !

Pimpinan Pakatan Rakyat bersama pemerhati dari India dan Indonesia.

Ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 


Mereka duduk dan Bantah di Jalan Tun Perak..

Pimpinan ketika ditemui wartawan..
Di perkarangan Masjid Jamek... Mereka seolah-olah sedang berada dalam stadium bola sambil menyanyikan lagu Bersih..Jam 2.30 petang  

Sempat lagi tunjuk PEACE minah ni.. 

betul-betul 2 minit sebelum ditembak gas pemedih mata dari arah Dataran Merdeka.

Selepas polis menembak gas pemedih mata... Segala pesta berakhir dengan jeritan. Dan aku turut hampir pengsan dan telah kehilangan sebelah kasut.


Jonah juga kena tear gas... 

keadaan sedikit reda..dan beransur dan aku sempat bergambar bersama wartawan Sinar Harian.

Mereka sambung berpesta.. busking di tepi jalan. Menghiburkan peserta yang terkena gas pemedih mata. 



Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com