Friday, January 2, 2015

Tahun baru tanpa Papa

   
Dari kecil sehingga kini. Kalau tidur mesti akan teringat papa akan tepuk bahu, dodoikan aku. Masa kecil dulu, selagi aku tidak tidur, papa akan tepuk sampai aku terlelap. Papa adalah bapa paling sporting dalam dunia. Dia jarang sekali marah malah tidak pernah tangankan anaknya. 

       Ingat lagi masa umur 6 tahun, aku sanggup lari rumah semata-mata nak cari Papa yang outstation luar KL. Kalau balik, dalam poket tak pernah tiada gula-gula untuk aku. Dan perkara itu diamalkan papa sehingga kepada cucunya.

Namun, Allah lebih sayangkan papa. Tiga hari sebelum raya, bulan Ramadhan papa meninggalkan kami adik beradik. Lebih kurang Sebulan sahaja lagi dari tarikh pernikahan. Tamparan hebat buat aku. Tidak pernah rasa sedih sebegitu rupa.

Rasa janggal hidup tanpa papa. Walaupun dah lebih 100 hari papa meninggal tapi aku masih lagi rasa kehadiran papa dekat rumah. Bilik papa masih lagi sama, baju dalam almari papa masih tergantung. Kerusi malas papa masih ada di tepi pintu. Bekas habuk rokok masih ada. Papa masih ada dalam hati aku dan takkan pernah hilang. 

      Kalau dulu, sampai sahaja di pintu rumah, papa akan beritahu ayat yang wajib.
"Biha baca berita pagi tadi ya? Papa ada rekod tadi," papa cukup bangga bila anak dia sebut Nabihah Hamid dalam TV. Ada namanya yang aku sebut. Dan dia sangat suka. 

Gambar masa aku 3 tahun. Ia diambil di rumah lama Taman Melawati. 
  Gambar ini masa kami adik beradik makan dekat KFC. Sebulan sebelum papa meninggal bulan julai 2014.
         Papa orang yang peramah. Semua panggil dia Pak Hamid. Pernah dulu aku dan Naqiyah bawa papa ke Pulau Tioman. Satu kumpulan diver beri perhatian kat Papa. Itu semua disebabkan sikap peramah dan rendah diri yang disenangi ramai.


          Sayang binatang terutamanya kucing. Perangai kutip kucing jalanan itu aku warisi dari papa. Tapi sekarang ini aku fokus jaga dua ekor kucing sahaja Emak dan Razak. Satu sahaja yang aku tidak gemar dengan papa, dia kuat sangat hisap rokok dan itulah antara punca kenatian menyebabkan jantung papa tersumbat hampir 80peratus. 

        Papa adalah Papa The Best In The World. Tiada siapa mampu ganti papa, dan kasih aku pada papa takkan pudar. Segala apa nasihat papa beri akan aku ikutkan. 

"Biar orang buat jahat dengan kita, tapi kita perlu buat orang suka dan sayang pada kita. Jangan sesekali menimbulkan kebencian orang kerana buruk padahnya,"

Itu pesan yang aku akan ingat. Papa juga pesan, jangan dendam pada orang. Sentiasa maafkan orang dan fikir positif. InshaAllah akan aku pegang.
on

Masa ni bawa papa ke Pulau Tioman. Papa suka sangat berjalan-jalan tengok laut.

Gambar kami sekeluarga waktu aku konvo degree UiTM. 

Dua bulan sekali, aku akan bawa papa check up dekat Klinik Seri Melawati. Cek kencinh manis Papa.

Sebagai anak, aku masih belum puas jaga Papa. Tahun baharu 2015 merupakan tahun pertama tanpa Papa. Tiada lagi suara papa panggil Majid. Tiada lagi orang nak tanya aku baca berita pukul berapa.

Tapi papa, walau apapun. Terima kaseh kerana jadi papa yang paling hebat. Semoga papa tenang mengadap Sang Pencipta. Kami anak-anak akan sentiasa doakan papa. I love you.

Aku bangga jadi anak Pak Hamid.

AL-FATIHAH UNTUK PAPA.. ABDUL HAMID BIN MUSA

2.41 pagi, 2 Januari 2015






No comments:

Post a Comment

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com