Saturday, February 26, 2011

Auditorium Memorial TAR indah khabar dari rupa...

Pagi-pagi mencelikkan mata.. menuju ke kuala lumpur membuat liputan suatu majlis yg diadakan di auditorium Tunku Abdul Rahman.....
Ternyata.. tempat yang sepatutnya menjadi tarikan pengunjung itu lengang dan mengecewakan...

kereta antik TAR


gambar yang menjadi hiasan 
 cantek!

tapi dalam banyak-banyak tempat...ini yang paling menyedihkan aku... takkan organisasi tak dapat peruntukkan untuk membaikpulih bahagian yang rosak?


Mengalahkan tandas awam

Malu aku kalau pelancong asing tengok..


Apa sebenarnya fungsi tempat-tempat macam kalau tiada pengunjung? Kan lebih baik kalau uruskan untuk sesuatu yang lebih memberi manfaat?
Sedih aku lihat tempat ni.. tempat ni sepatutnya menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung.. Macamana nak ada pengunjung kalau tandas pun macam tu rupa?

hmmmmmmmmmmmm....
Read More

Tuesday, February 22, 2011

Orang kata...

Bila bermimpi laut.. Orang kata nak dapat rezeki.. tapi tengok jugak.. tapi kejernihan air laut memainkan peranan..atau lebih tepat lagi kalau air tu keruh.. mungkin rezeki dapat tak berapa nak elok...

tapi setakat ni.. bila aku mimpi laut.. alhamdulilah.. adelah rezekinya.. apa pun rezeki ditangan TUHAN..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila bermimpi makan babi.... huishhh Orang kata bakal mendapat duit haram.. tapi bergantung kepada perbuatan seseorang jugak..

tapi pernah aku mimpi makan babi tahun lepas... dan esoknya aku gatal2 tengok suratkhabar STAR.. rupe2 nye no ic aku ade tertera menang saguhati MAGNUM... ayo.. bahaya jugak tu haha!  jangan sesekali mencuba kalo mimpi makan babi..

moral of the story.. jauhkan diri dari judi...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila tangkap gambar kucing.. Orang kata.. jangan.. nanti kucing kau cepat mati...hmmm... karut betul..

selama aku tangkap gambar kucing2 aku.. sehat je diorang.. siap dah beranak pinak... haha~

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila nak bagi hadiah pada kekaseh... Orang kata.. jangan hadiahkan baju.... nanti hubungan tak bkekalan..
haih... apalah kena mengena baju tu dengan hubungan ?? haha

jadi.. janganlah percaya benda karut mengarut ni... ahahaha

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila anak dara duduk dekat dapur.. Orang kata.. jangan menyanyi kat dapur.. terutama bila tengah memasak... nanti dapat suami TUA.. hahahaha

ha..... yang ni aku musykil.. macam betul pun ade... Siti Nurhaliza suka nyanyi kat dapur ke? hehehehe
tapi mungkin kebetulan je kot..  sebenarnya orang dulu nak suruh anak dara bersopan bila kat dapur.. tu je..
Read More

Monday, February 21, 2011

Jom kita tolong minah hot ini SELESAIKAN GAME SUAI DAN PADAN!



Sila namakan calon dengan memadankan nombor gambar dan kriteria berikut..

1. Orang yang PANDAI bercakap TAK PANDAI buat...

2. Orang yang TAK PANDAI bercakap tapi PANDAI BUAT..

3. Orang yang PANDAI bercakap.. PANDAI buat...

4.Orang yang TAK PANDAI bercakap dan TAK PANDAI buat.

5. Orang yang TAK PANDAI buat.. tapi BUAT-BUAT PANDAI..

6.Orang yang MEMANDAI-MANDAI..

7.Orang yang memang TAK PANDAI tapi TAK BUAT APE2..

8. Orang yang TAK PERNAH PANDAI DAN TAKKAN PANDAI

CONTOH...
1-A 2-B 3-C 4-D 5-E 6-F 7-G 8-H

A

B



C

D


E
F










                                       


H

G




Read More

Sunday, February 20, 2011

Lagu doremon versi Melayu




Siapa yang tak kenal dengan Doremon.. inilah kartun yang wajib aku tonton..masa kecik.. pukul 7 dah mengadap dekat TV..

Kalau 10 tahun dulu.. waktu Maghrib dalam 7.20.. so bila azan je.. mak aku jerit suruh solat maghrib! sampai kena kejarlah satu rumah.. haha!

So, aku selalu miss ending cite doremon.. hmmm..
dan lagu doremon versi melayu ni la yang aku akan nyanyi time kecik2 dulu..
sampai sekarang.. :)

jadi aku nak berkongsi dengan korang... lagu versi melayu... jom nyanyi! 

Pada suatu hari,
ditempat Nobita belajar...
ada seekor makhluk yang berwarna..
biru tua...

Badannya bulat-bulat..
dan suka makan donut..
Apabila nampak tikus dia pun terus..
melompat...

Nobita ketawa, dia rasa Malu...
Ang Ha Tep Kop Ta...
Ang Ang Ang ...
Makhluk itu bernama...
DORAEMON.....
Read More

Monday, February 14, 2011

Pengalaman di Mahkamah Tinggi

Pagi lagi sudah kucelikkan mata.. bersiap sedia mengharungi sesak di jalan raya..

Sangat janggal berada di dalam mahkamah.. mendengar celoteh peguam dan saksi yang berada di dalam kandang saksi..

Kerja aku.. mengekor Pembaca Berita Astro Awani yang Hot dan Sporting.. "Nisa Kasnon" sudi memberikan tunjuk ajar..


Misi : Mencari Pembunuh TBH dan si tuan punya AIR MANI..! haha



ketibaan MB Selangor menghadiri perbicaraan Kes liwat Anwar dan Teoh Beng Hock


Media berasak-asak ingin mendapatkan reaksi Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock


Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual dengan Keluarga Mendiang di Cafe





Read More

Guitar Chord

c g am
matahari yang menyinari... walau ku tahu...
f g
semuanya tak pasti
c g
bulan yang berlalu pergi
am f g
namun hatiku... masih di sini
f g
aku lah pari2 bukan nya matahari





***
c g am c g am
disini aku terbang rentasi bulan bintang 2x
f fm
oh akulah pari2 kertas
c g
kertas kertas
am f g
akulah pari2 kertas


aku yang sentiasa berlari
mengejar mimpi masih disini
aku bukannya fantasi
aku realiti tiada peduli...

ulang*** :)
Read More

Wednesday, February 9, 2011

Ketika Itu...

ketika itu,
jantung degup kencang...
kesesakkan tiada terucap...

ketika itu,
aku dikasihankan..
kerana dianggap retak,,,

ketika itu,
aku hanya ingin menyalahkan Tuhan...
kerana dilahirkan penuh kecelakaan...

ketika itu,
aku keliru dalam dosaku...
hati aku tiada salutan benang keimanan sedikit pun...

ketika itu,
gersang melanda...
tiada tergambar...

ketika itu,
bagai dirasuk..
fikiran kosong...

ketika itu,
buntu dengan diri...
yang bakal menyendiri...
tidak dicintai hanya dikasihani...

Gua CAsper..
3.28pm
Read More

Awak ni wartawan sukan atau politik?

Itu yang ditanya oleh salah seorang kameraman dari TV3 kepada aku..

Mana taknye.. time dalam PC aku tanya soalan yang tak de berkaitan dengan sukan. Dah banyak kali dah kena.. Biasalah media kalau datang nak tanya mestilah yang berkaitan dengan isu semasa.

Tapi oleh kerana ini kali pertama aku dapat tugasan berkaitan dengan sukan. so, kenalah cover 2 cerita.

Dapat saja tugasan untuk membuat liputan di perasmian Majlis Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi di IOI Resort.

 Yang menariknya kalau dapat tugasan macam ni, dapat makan... selamatlah juga duit Lunch aku untuk hari ini.. boleh tahan la makanannya..

berlumba2 orang nak cedok lauk..
                                                                                    
wartawan kosmo yg peramah dan sudi beri tunjuk ajar..











 Walaupun sedikit kekok sewaktu sidang media.. tapi aku tetap memberanikan diri nak bertanya.. pertanyaan aku langsung tidak berkaitan dengan sukan..

"alamak.... nape wartawan lain senyap je... aku mula mengajukan soalan "

tapi dari situ aku perolehi maklumat bahawa.. Pelajar yang pulang dari Mesir akan menghadapi peperiksaan lagi dua minggu. Jadi KPT akan membuat perbincangan di beberapa buah universiti di Mesir samada bersetuju untuk membenarkan pelajar Malaysia mengambilnya di dalam negara sahaja..


Pelajar Malaysia berdoa kerana selamat pulang ke tanah air.

Gambar hiasan pelajar Malaysia yg pulang dari Mesir.

kesian diorang.. dah la tempat ada rusuhan.. pembelajaran tergendala.. periksa pun tak dapat nak ambil..
so apa akan jadi dengan masa depan diorang?

mana Malaysia nak tempatkan 5000 pelajar perubatan dan 6000 jurusan agama?

dan adakah mereka dianggap seperti hero sehingga disambut oleh Perdana Menteri?
sama-sama kita renungkan.... :D




       
Read More

Tuesday, February 8, 2011

kata² standard

Apa kata²standard yg org akan cakap pada kau jika kau berkata sebegini?

"Sial punya manusia..susah kalau berhadapan dgn
Manusia yg hipokrit ni!"

"Dan susah kalau org mghakimi kita tanpa mengenali"

Kata² standard yg org akan cakap pd kau..

"Biarkan apa orang nk kata..biar.. Diorang tak tahu
apa yg kita rasa.."

Walhal orang yg bcakap itu sendiri pun ✗rasa apa yg dirasa..

Jika kau berkata begini..

"Pedihnya..pedih sangat Ya Tuhan"

"Kadang² terasa diri yg paling malang..."

Kata² standard yg akan org akn cakap dkt kau..

"Tak baik ckp mcm tu, ada org lebih malang dr kita"

Dan jika kau berkata begini pula..

" §Î±kit ati aku kalau org mengungkit2 ni, berkira
bukan main.. Suka ambik kesempatan!"

Kata² standard yg diorang akan cakap kat kau..

"Ala, org nak berkira biarlah..bawak bersabar.
Biarlah..anggap je la sedekah..jgn ikut perasaan"

HABIS TU, KALAU ORG PANDANG RENDAH PADA KITA?
Kita biarkan saje?
HABIS TU KAlAU ORG MHAKIMI TANPA MENGENALI?
Kita biarkan saje?
Biarkan org mengata,mghina dan mengambil kesempatan?

So, kata² standard ni sebenarnya bukan
Memberi motivasi..
Membuatkan orang mcm aku jadi lemah dan sering tertindas.

1.40 pagi
Read More

Sunday, February 6, 2011

Bersesak di Lebuhraya Karak

Walaupun hari ini adalah hari cuti namun tidak bagi aku. Hari ahad masa aku diluangkan di Neraka Beku di dalam ofis. hehe.. selepas bersarapan pagi bersama kekaseh.. aku terus bergerak ke ofis dan sampai dalam jam 11tengahari..

Hari ini, aku diberi tugasan untuk membuat tinjauan di Lebuhraya Plus untuk meninjau kesesakan lalu lintas... sebelum aku pergi aku perlu mendapatkan lebih info dan fakta trafik dari talian
1800 88 0000.
tapi ternyata talian tersebut langsung tidak berfungsi. buang masa sahaja.. baik takyah bukak talian.. hmm

jadi, aku bersama cameraman memilih untuk bersesak di Lebuhraya Karak di tol gombak. mak ai.. banyaknya kereta... panas betul waktu tu.. dah la aku pakai sweater.. huhu.
 
Di sana aku melihat pelbagai ragam manusia.

Ada yang dok hon-hon kami sebab tak pernah nampak kameraman agaknya

dan ada yang melambai-lambai ingin menarik perhatian kami untuk mengambil gambar mereka.(dah macam penyokong bola ha3) ..

ada yang muka tensen bebenor sebab trafik jem.

 ternyata selepas tinjauan yang aku buat, kesemuanya mengeluh dengan keadaan trafik.
Siap sorang uncle ni cakap ...

"haiya..sudah 3jam wo dari jem.. bayar tot mahat-mahat tara guna.."

aku dan kameraman tergelak melihat gelagat uncle tu.. 


 
sempat juga aku interview satu pasangan yang menaiki moto..

 "saya sebenarnya tunggu bapak saya dari kelantan.. dia tolak kul 7 pagi tadi.. sekarang baru kat tol bentong yang pertama"

Selepas selesai membuat tugasan, kami bergegas pulang.. dan terperangkap di dalam jem. nasib kameraman licik bawak kereta. sempat jugalah aku sampai untuk membuat laporan kepada editor dan menulis berita untuk berita 7.45 malam.

best juga buat tugasan ni.. walau berpeluh-peluh dan panas. kuteruskan juga tapi kesian pengguna lebuhraya yang bayar tol mahal2 tapi masih terperangkap dalam jem. Semua muka toye sebab berejam menghadap buntut kereta. tiada pemandangan yang indah haha. nasiblah kampung aku dekat ulu kelang jek. takpayah nak pikir nak balik jauh-jauh..

wah.. esok tugasan apalah pulak yang menanti ye?

selamat malam.. pari-pari kertas mahu terbang diiringi sang bayu... :)

9.31 malam
bangku merah







Read More

Friday, February 4, 2011

Beeha Di Alam Baru

kini aku sedang BERJUANG untuk praktikal 4 bulan bagi melengkapkan semester akhir untuk memperolehi segulung IJAZAH dalam jurusan penyiaran di uitm... minat dalam nyanyian DIBEKUKAN sementara.. :D


niat aku sebenarnya nak buat praktikal di sebuah production di JAKARTA tapi tak kesampaian apabila uitm membuat tawaran untuk menghantar aku ke universiti Ohio. US.. namun aku membuat keputusan untuk menolak tawaran itu dan membuat praktikal di stesyen tv local sahaja.

kalau aku diberi peluang ke jakarta. mungkin aku akan dapat membawa balik satu pengalaman baru untuk aku aplikasikan dari apa yang aku blaja selama ni (broadcasting)... sebab production filem mereka agak meluas..


tapi aku tetap bersyukur dapat membuat praktikal di Astro AWANI di unit berita. Aku diberi tugas untuk berkhidmat sebagai WARTAWAN PENYIARAN.. tapi adakalanya aku suka menyebok dibahagian teknikal...

Secara Langsung Analisis PRU Awani

Di sini aku belajar selok belok kehidupan seorang WARTAWAN dimana mereka perlu bertungkus lumus untuk mencari berita dan menyampaikan maklumat.  MenCABAR sebenarnya jadi wartawan ni.
Salah lapor pun susah.. tak dapat maklumat pun susah.. Wartawan perlu cekap untuk mencari dan mencungkil maklumat yang berkaitan dengan isu semasa.

 
Membuat tinjauan orang ramai di Lebuhraya MRR2




Di Astro Awani, mereka memberi peluang dan kepercayaan kepada Praktikal student untuk membuat liputan ke luar. Pada hari kedua saja aku telah mendapat tugasan untuk membuat liputan di Mahkamah.  Aku juga diberi peluang membuat liputan ucapan menteri. Banyaklah menteri yang dah interview kalau nak cerita :) 
                             

 
Sidang Media Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Khalid Nordin

Apa pun aku sangat RINDUkan pentas NYANYIAN.. rasa SEBAK bila berada di atas pentas.. ada SEGELINTIR yang menyanyikan lagu aku bersama.. terharu... namun apakan daya. sesungguhnya bila dah praktikal ni.. Masa sangat suntuk dan cuti aku dihabiskan untuk berehat. 

 
Kes Saman Mahkamah Dr Jeyakumar
Aku MINTA MAAF kerana terpaksa MENOLAK beberapa jemputan dinner dan gigs. :(   



Kadang-kadang aku terfikir.. NYANYI pun takdelah sesusah membuat BERITA.. namun aku kena sahut cabaran ini dan tak boleh berputus asa.. Aku perlu gigih menghadapi ALAM BARU yang mungkin akan menjadikan aku insan yang lebih berguna dan berfikir.

MAJULAH BEEHA DI ALAM BARU HEHEH

8.09 PM


Read More

Belum Terlambat

Rasanya masih belum terlambat untuk aku nak mulakan penulisan blog. Sebelum ini, aku tak mempunyai kesempatan untuk mengupdate blog.. (sebenarnya tak berapa familiar dengan blog)

blog yang lame tu pun dah lupa pasword.. :)

Jadi hari ini aku amik kesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak tulisan aku..
harap anda terhibur....

wassalam...
Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com