Friday, October 28, 2011

Isabella oh... Isabella...

Aku umur 4 tahun, bergambar bersama Arwah Kak Lani..

Aku anak kesayangan papa. Bukan anak kesayangan mami. Sebab mami suka bebel. Mami suka jerit-jerit. Mami kata aku nakal. Mami kata aku masam.

 Ingat lagi ayat mami.. "Masamnya dia.." Tapi aku pelik. Kalau aku masam kenapa ibu cium aku tak henti-henti?

Satu hari, mami marah aku. Kali ini marahnya berbeza. Aku kecik hati sangat. Papa pulak 'out station'. Jadi aku ambil keputusan hendak melarikan diri dari rumah. Nak cari papa. Semalam papa bagitahu dia ada kerja dekat Johor.

Mami tengah goreng karipap, sedap bau kuih tu sampai sekarang aku ingat. Tapi sebab nak lari rumah punya pasal aku nekad nak larikan diri. Nak mengadu kat papa.

Senyap-senyap aku naik bilik dengan mata yang berkaca. Tadi waktu kena marah, aku tak nangis. Konon-konon nak tunjuk kuat. Bila sampai dalam bilik, aku tengok cermin. Tetap tak menangis. Hati saja yang menjerit.

Di sudut bilik, bersepah-sepah mainan. Kebanyakannya pistol air dan kereta. Aku masukkan kembali dalam bakul. Hanya 'Marry' satu-satunya anak patung aku yang diperbuat dari kain aku bawak. Aku bawak juga dua helai baju dan yang paling penting botol susu! 

Bawah katil ada tabung tembikai. Aku pecahkan dan ambil semua wang tabunganku. Aku tak ingat berapa, tapi aku rasa cukup tambang tu untuk ke Johor.

Aku turun tangga perlahan-lahan, intai mami di dapur. Dengar mami leka goreng karipap sambil nyanyi... "Malam ini kaseh... teringat aku padamu...."

Ha.. tu lagu kegemaran mami..! sebab tu jugaklah aku suka lagu tu... sampai sekarang.. 

Mami tengah leka, aku pun keluar...

“Isabella.... isabella nak pegi mana tu?...  Dengar suara lelaki dari arah belakang.

Aku langsung tak toleh.. lagi cepat aku jalan... tapi suara itu tetap memanggil...

"Isabella.... nak pergi mana tu? Nanti kena tangkap dengan orang jahat."

Aku toleh belakang. Rupanya abang Lan Canai. Jiran sebelah rumahku.

 “Isabella nak cari papa, dia 'out station' dekat johor.” jawab aku dengan mata yang bergenang.

"La... nak pergi Johor kenapa pergi sorang-sorang? Mami mana?" tanya Abang Lan..

Aku geleng kepala. Senyap dan teruskan berjalan. Abang Lan Canai panggil aku Isabella. Ini kerana rambutku dulu ikal mayang mirip heroin Filem Isabella. Filem yang sedang meletup era 90an. Waktu tu pun lagu isabella nyanyian Amy Search sangat popular. Aku sering nyanyi lagu tu sebelum tidur malah hafal setiap bait liriknya.

Aku cukup bangga orang panggil aku Isabella..  Sampaikan bila orang tanya.. Siapa nama awak? Aku akan jawab Isabella.. Semuanya sebab filem itu.. :)

"Jom Isabella, Abang Lan hantar dekat papa." pujuk Abang Lan.

Aku langsung tak hiraukan pujukan pada jam yang pertama. Agak jauh juga aku berjalan waktu tu. Semuanya semata-mata nak cari papa.

Hari dah nak senja, batang hidung papa langsung aku tak nampak. Abang Lan dari tadi ikut aku dari belakang.

Akibat terlalu letih, aku mengalah. Abang Lan pimpin tangan aku, hantar kerumah. Dalam hati sebenarnya takut. Mesti mami marah sebab aku larikan diri.

Paling aku takut, mami akan capai 'hanger' atau rotan untuk rotan aku. Tapi selalunya mami baru pukul sikit aku dah melalak melebih-lebih.

Tapi kali ini berbeza.. mungkin mami baru tersedar kalau-kalau anak perempuan dia yang seorang ini betul-betul hilang.

Aku dapat lihat mami menangis. Mami sebenarnya bimbang.

Sayang jugak mami aku dekat aku...  :)



Dan kini aku dah memiliki Ijazah.. Harap mami dan papa gembira dan bangga...... <3
Read More

10 Langkah bayar PTPTN guna Cimb Clicks!

Dah 3 hari majlis konvo... sekarang giliran untuk kita jalankan tanggungjawab kita untuk membayar balik pinjaman PTPTN waktu belajar dulu....

Sebenarnya senang je nak bayar PTPTN... Ada banyak cara... anda boleh klik sini ... untuk mengetahui kaedah -kaedah lain membayar PTPTN...

Tapi bagi yang malas nak beratur dekat kaunter BSN.. Pejabat POS.. baiklah bayar online..

 Disini saya cadangkan untuk bayar menggunakan CIMB CLICKS...  Ikut langkah-langkah dibawah...!

Hanya 10 Langkah... tak perlu beratur !!


 

Langkah 1 : Mestilah ada akaun CIMB dan register online CIMB Clicks terlebih dahulu..dan duit
                   dalam akaun kenalah melebihi RM1.

Langkah 2  : Call nombor Hot line PTPTN yang tertera..& dapatkan NOMBOR SURAT TAWARAN PTPTN anda.



Langkah 3 : Login nama anda dalam CIMB CLICKS...

 




Langkah 4 : Klik pada 'Bill Payment'



Langkah 5 :  Select Akaun anda.




Langkah 6 :  Select pada Full Payee List.. pilih 'education'.




Langkah 7 :  Pilihlah PTPTN!








Langkah 8 :  Masukkan No IC, nombor Surat Tawaran dan Jumlah RM yang hendak anda bayar.





Langkah 9 :  Klik 'Proceed to Payment'




Langkah 10 : Klik 'TAC on SMS' untuk kod pengesahan dari telefon bimbit anda.. Masukkan di
                    Transaction Code..dan Klik Confirm!.....



Dan kini anda telah berjaya membayar HUTANG PTPTN anda......!!!!

Caj yang dikenakan hanyalah 50 sen.... Kalau dekat kaunter BSN kena caj RM1.. dah la nak kena beratur lagi kan? Jadi gunakanlah kemudahan yang ada

Selamat Mencuba...

Terima Kaseh CIMB Clicks.... :D
Read More

Friday, October 21, 2011

Tiada penghujung...

Dalam kesunyian... 
menyendiri sepi..
Menanti penghujung yang tak pasti..

Selangkah mimpi..
Selangkah realiti... 
Aku tetap tidak pasti..
Kaseh menyala mulanya..
 semarak apinya..
 memuncak..

Sama kau beri, juga sama kulimpahi..
Sama kau sakiti juga sama kukelari...

Segalanya surut juga..
tidak terbela..
tidak terjaga...

Tiada penghujung..
Tiada kepastian ..
Penuh penantian dan harapan...


Read More

Tuesday, October 11, 2011

Ahmad Jais meninggal dunia.



Penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital DEMC, Shah Alam  kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Allahyarham 75 tahun sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana menghidap asma dan sesak nafas...

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Zohor.

Lagu yang sering dalam ingatan ku.... Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka dan Selamat Hari Raya...




Al-Fatihah....
Read More

Friday, September 30, 2011

Awas! Jangan percaya wanita ini!

Dah nak dekat 2 tahun makcik ni pakai pendakap leher. Takkan tak baik2?
Janganlah kita terpedaya dengan tipu helah makcik ni yang bertahun-tahun dari kereta ke kereta..Meminta belas simpati. Memang orang kata sedekah kena ikhlas.. Tapi jangan sampai orang macam ni ambik kesempatan dan dipergunakan oleh sindiket tertentu.

Wanita2 ini kelihatan berlegar-legar di lebuhraya. Tempat yang selalu menjadi tumpuan di Lebuhraya Persekutuan..Tapi ada nampak jugak di area shah alam,...Lebuhraya sebelum tol RM1.10.

Bila nampak aku nak tangkap gambar, makcik ni terus mengelak.. dan tak berani datang kearah kereta aku untuk minta sedekah.
Ini makcik yang berlainan.. tapi susuk tubuh lebih kurang. Pendatang asing ke ape ni? hmmm

P/s : Mula-mula tertipu jugak dengan helah makcik ni.. tapi kalau asyek nampak muka yang sama. Macam pelik pulak...
Read More

Buwang namaku Buwang...

Dah lama tak jenguk Buwang... dulu selalu teman aku pagi-pagi buta yang last minute buat assignment. Buwanglah peneman aku waktu malam2... Buwanglah tempat lepas geram + marah + sayang... 

Kadang-kadang Buwang main acah2 rambut aku.. panjat atas bahu.. lompat sana.. lompat sini... Sorok belakang TV... Macam2 karenah..

Buwang umur 3 bulan
Tapi aku tak boleh jaga dia selamanya.... Rumah Flat tak sesuai bela kucing.. Lebih-lebih lagi aku yang tak berani bagi Buwang keluar rumah dan buwang perlu bebas.. 

Jadi aku terpaksalah hantar dia ke 'Universiti'....rumah member aku yang lebih sesuai bela kucing..
dia ada 11 ekor kucing.. 




Sekarang Buwang dah besar...Gemuk!


Selamat Tinggal Buwang... :(

Dukung Buwang macam duduk budak.. :D


Read More

Monday, September 12, 2011

Gambar Cute, Pelik dan Ajaib

Telur mata kerbau gergasi.

Sedapnya Hot Dog!

Cawan yang cute!

Model Colgate yang paling hot!

Kuku terpanjang didunia?

Pinggan ter'Slim' di dunia?


Baby Alien... ? Dajal?
Read More

Wednesday, August 24, 2011

Adik Safiah perlu RM25 ribu untuk bedah jantung.



Safiah Mardhiah Binti Mohd Zulfadzli berumur 5 tahun akan menjalani pembedahan ‘open heart surgery’ bagi menutup lubang pada jantungnya.


Sumbangan boleh disalurkan terus akaun peribadi bapanya. 

Read More

Wednesday, July 20, 2011

Rindu Saat Dulu

Aku rindu saat dulu. Kawan-kawan mendampingi. Gelak tawa seolah tiada duka. Semuanya baik-baik belaka..Semuanya Ok saja.. Semua dikongsi bersama..

Di saat kita senang, ramai yang mendampingi. Saat kau susah? Hanya yang setia disisi. Mungkin semuanya dugaan dari Ilahi yang menguji..agar aku menjadi lebih cerdik.

Lalu aku tinggalkan impian aku yang satu ketika dahulu mula berputik dengan harapan bersama teman-teman 'perjuangan. Aku simpan sedikit kenangan untuk sedikit penghargaan.

Segala ketentuan jodoh semua adalah tugas si Dia mengaturkannya...

Aku doakan semuanya sihat belaka.. Terhapus dari dosa dan kupohon juga maaf jika aku secara sengaja ataupun buta melukai kamu semua.

Apa yang selama ini aku kongsikan hanyalah sekadar untuk mencari kepuasan... Cukup sekadar yang sudi untuk menghargai dan mendengari.. Tiada apa yang istimewa hanya lahir dari isi hati untuk dikongsi...
Read More

Thursday, July 14, 2011

Pengundi Hantu : Mati di alam nyata, hidup di alam SPR

Adakah mereka masih hidup dan akan mengundi di PRU13?


Pengundi Hantu, salah siapa?  JPN, SPR atau rakyat Malaysia?

Menurut blog Ahli Parlimen Kota Belud mendakwa rakyat Malaysia yang gagal untuk mendaftarkan kematian keluarganya terhadap Jabatan Pendaftaran Negara kerana sifat kemalasannya. Adakah kesemua nama yang tertera di atas benar-benar wujud?

M.Mahli B Sulong berumur 131 tahun masih hidup?






Adakah ini sekadar kebetulan?



Kenyataannya MpKotaBelud membela SPR kerana seolah-olah menganggap pengundi yang berbeza menggunakan satu alamat adalah perkara biasa.



Bagaimana pula dengan satu alamat yang mempunyai lebih dari 10 nama pengundi?

Untuk mendapatkan kebenaran aku sendiri telah memasukkan Kad pengenalan di dalam laman SPR klik sini dan ternyata lebih dari 10 nama dibawah satu nama. Adakah ia hanya sekadar kebetulan dan kesilapan teknikal SPR?

Tak percaya? Boleh masukkan no ic ini : 1) 3457508  2) 2533841  3)3457508 4)1919129  5) 2396027 6) 830524075744  7) 830530075783  8) 890311016294


Adakah cukup sekadar dengan penafian dan cakap kosong? Perlukah sogokan tak matang dari cybertroopers  UMNO?






Adakah wajar untuk SPR mengenakan caj RM10 kepada penglapor pengundi yang diragui statusnya?

10 nama pengundi RM100. Seribu pengundi?

Sebelum ini, di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dikesan dalam daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Untuk melihat senarai pengundi hantu sila klik sini  dan berikut merupakan 50 senarai pengundi yang berumur 100 tahun ke atas klik sini
Read More

Wednesday, July 13, 2011

Rock The Youth, 23 Julai ini




Jom ke FREE KONSERT di Kompleks 3K Subang Jaya 23 Julai ini, dari pukul 10 pagi sampai 12 malam.
Read More

Wednesday, May 18, 2011

Beeha Romantikalasofa


Lukisan Picasso menghiasi dinding...
retak 1ooo di sekeliling,
Buat hatiku tidur tak lena...
menanti hadir penglipur lara..
walau selut lumpur..
aku redah jua
apa yang penting hanya kerjasama
cinta antara kita berdua
cinta romantikalasofa
Read More

Beeha - Bunga Tisu

Read More

Monday, May 9, 2011

If u want me, satisfy me versi melayu.



Versi Melayu

Masih engkau.. depan mataku,..
atau ku sekadar bermimpi..

Sekian lama..hilang bayangmu..
 takmampu lagi untuk ku berdiri..

dan bila ku bersendiri..
panggilan mu tiada beerti..
dan keluhan mu ditutupi..
senyuman mu dan egomu..

if you want me..
satisfy me..
dan kau pasti? tuk percayai?
walau yang lain meragui..

masihkah engkau terus membenci..?
walau telah ku cuba..

jadi yang terbaik.. tuk dirimu..
kerna kau satu bagiku..

dan kuturuti kemahuanmu..
lepaskanlah.. sayang

if you want me..
satisfy me..

original song : Marketa Iglova
Read More

Saturday, April 16, 2011

Nur Haram

Khayal...
TerBuka...TerJejak...
Terkunci...

Separuh Tersedar...
Biasan yang kelihatan..
Masih Terkunci...

Sedar...
Merangkak-rangkak..
Tersadung...
Gelap...

Terjaga...
Kau di Sisi..
Tak Tercapai..
Belum..Masih..Sudah..?

Hanya Satu
tidak terbias..
Jelas...

Garis Lurus..
Tiada kanan kiri...
Tiada Penjuru...
Tak Bersegi...

Dingin..
Luas..
Curiga..
Seram..
Takut..
Gersang..
Indah..
Nikmat..
Bersalah..
Gundah...
Amarah..
Puas..
Syukur..
Usaha..
Pasrah..
Tawakal..
Read More

Friday, April 15, 2011

Beeha Fb Page Di Hacked ??

Agak terkilan sebenarnya apabila Beeha Fan page aku di Sabotaj.. Apalah dosa aku orang yang berkenaan buat macam tu kan? Ade effect yang besar sangat ke Beeha Page yang hanya 8000 orang like dekat dunia ni sampai hilang?

Takkan Fb dengki kot? Gile Tak secure sistem fb kalau macam ni..

Kenapa taknak hacked page orang2 lain yang suka membuat status maki-makian atau memburukkan orang?

Aku rasa status aku kat beeha tu banyak yang syok sendiri dan sekadar menghiburkan dan berkongsi pendapat dengan kawan2..

Semua jenis status ada yang aku update.. baik darisegi cinta, emosi.. sosial.. politik... semualah....

Cuma status pasal performance je dah kurang.. sebab aku memang dah dua bulan tak perform kat mane2..
Aku cume nak fokus pada praktikal aku...

Aku rasa aku takde kacau orang.. takde plak terniat nak sakitkan hati orang..

Ntah2.. lepas ni Twitter aku pun tak boleh nak pakai....
Read More

Tuesday, March 22, 2011

Sakit Buah Pinggang

Di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan tentang penyakit yang dihadapi oleh makcikku kini sedang mendapatkan rawatan rada di ICU, Hospital Besar Segamat, Johor.


Jadi aku terdetik untuk memberitahu sedikit sebanyak yang aku tahu tentang penyakit ini..kerana penyakit buah pinggang ini adalah satu penyakit yang serius.
_____________________________________________________________________


Ginjal berfungsi membersihkan bahan dan cecair yang berlebihan dari dalam darah. Disitu.. ginjal menapis darah...benda yang beri mafaat disimpan dan tak penting di buang.


Jika ginjal kita rosak.. ia akan membuatkan badan kita tidak berupaya menolak keluar air secukupnya


ia akan membuatkan air dalam badan bertambah dan menyebabkan tisu2 membengkak..


Penyakit ginjal bukanlah satu jenis je... ia juga terdapat berbagai-bagai penyakit yang berbeza seperti infeksi saluran kencing ...saluran kencing tersenkat, (misalnya batu dalan ginjal) ...tekanan darah tinggi (hypertension)
dan juga kencing manis ( kerosakan akibat kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain)

tanda2 penyakit buah pinggang ialah kita akan merasa pedih atau kesulitan semasa buang air kencing
  1. kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
  2. mengeluarkan kencing berdarah
  3. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
  4. kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)

    Buah pinggang yg rosak kerana salur darah tersumbat.
    *aku amek gambar ni dari tenet*
    Buah pinggang yang gagal berfungsi...
    Jadi kalau korang taknak kena macam ni.. sama2 lah kita menjaga kesihatan... Amalkan pemakanan yang sihat...elakkan dari mendapat penyakit seperti ini.... kalau ada tanda2 yang macam di atas tu.. cepat2lah buat pemeriksaan doktor!! :)
Read More

Friday, March 18, 2011

Gelagat Intern dan Awanians...

Astro Awani.. Berita Segenap Dimensi


Anchor Awani.. Nisa Kasnoon buat Voice Over

Cerenna manickam dan Juliana sedang sibuk menyiapkan berita.

En Nor Azam Shairi.. Senior editor sempat berposing.. 
Busy bekerja.. AP Awani.. Fiza nampak macam tensen.. :)


Intern bergambar bersama Kak Marlina Manaf dan Wartawan Gala, Elly

Ain sedang membuat panggilan telefon.. Azhar awat tutup hidung? haha

 
awat la si kecik monyok. dok teringat Abang botak ka? tanya Maisarah.. haha

Intern bergambar bersama Suhaimi Sulaiman



sempat lagi berposing dengan Maisarah haha


Lunch time...!

Read More

Sunday, March 13, 2011

Hari Cuti...

Lagu ini aku dapat ilham waktu saat cuti yang membosankan... maggi menjadi menu utama!!!
tapi lagu ni takde time la plak nak recordkan... hmmm :(

Aku tujukan khas buat Sang Bayu... <3<3<3<3

Maggie yang mengenyangkan! haha

Hari ini aku cuti,
Duduk di depan tv,
Sambil makan maggi,
Menghabiskan off dayku.

Duduk termenung dari tadi,
Malas pula aku nak mandi,
Bila bf sampai nanti,
"eh honey.. tak siap lagi?."

perempuan macam aku..
memang sukar difahami..
sebulan sekali memang moody..
"well..memang semulajadi"

Owh kekasih ada satu pesan utkmu,
Jgn lah lekas cemburu,
Kurangkan sifat egomu,
moga kita kan bersatu..

Satu ku pinta darimu..
Terima hati aku yang satu..
Buang semua curigamu..
Dalam hatiku hanya kamu...

perempuan macam aku...
tak suka dimanipulasi...
setiap hari menagih janji..
dari kekaseh yang sejati...



 
Read More

Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Sebuah filem yang diterbitkan oleh KRU... Hikayat Merong Mahawangsa... Rugi aku tak produce filem tentang Zine Hikayat Pari-Pari Kertas aku... huhuh..

Aku membeli tiket tersebut awal sehari di Summit dengan anggapan bahawa tiket tersebut akan laris dijual. namun ternyata di sana panggung wayang tidak dipenuhi penonton. Mungkin dekat summit memang tak ramai orang tengok kot..

Permulaan cerita yang agak slow kerana dialog dan pertemuan Putera Rom bersama seorang Peniaga India di Goa dikejutkan dengan perlawanan  Merong Mahawangsa yang diberi peluang bertarung nasib untuk hidup. Dipercayai, Merong ni suka mengorat anak dara orang..

haha.. walaupun dia menang dalam pertarungan tersebut namun Merong diselamatkan oleh Putera Rom dengan balasan Merong akan menemaninya berlayar bagi berjumpa dengan Puteri China untuk dikahwini.

Ditengah jalan cerita agak bosan kerana scene romantis Putera Rom dan Puteri Cina yang sedikit lama. Tapi nasib baik ade inangnya Ying ying yang menceriakan keadaan.

Puak Garuda yang aku anggap sebagai ( lanun ) memspoilkan keadaan apabila mereka membuat kacau di penempatan puteri cina tersebut. Dah kena culik plak si puteri ni...

Tapi memang tak bley blah lakonan ganas Khir Rahman dalam watak Kamawas, si botak yang tebal jika memakai tangkal. 

Ternyata Puak Garuda telah menang dalam pertempuran dan menjadikan Puteri Cina sebagai tebusan untuk mendapatkan emas dari China.

Merong yang cedera parah ketika bertempur di selamatkan oleh Pak Kesum. Pawang yang hebat dari Langkasuka.Kira si Merong ni dah jumpa kampung halamannyalah... Umie Aida yang merupakan ibu Merong bernama Lang.

Pak Kesum melatih Merong untuk menuntut pembalasan dari Puak Garuda yang selama ini menindas orang kampung.  Laksamana China dan Putera Rom yang terselamat dalam pertempuran juga datang untuk meminta bantuan si Merong ni,...

Senang cerita... si Merong dan orang kampung menuntut pembelaan dan menyerang penempatan Garuda.. Alang2 selamatkan Puteri China sekali..

Taknak berceloteh panjang.. tapi kalau nak bagi rating mungkin 7 per 10.. CGI filemnya cantek.. tapi cuma aku tak berapa gemar dengan kelajuan bila mereka berlawan.

Dah macam kartun dah aku tengok.. Macam dalam game pun ade.. bila laju nampak pelik. mungkin lepas ni boleh perbaiki..

Darisegi muzik latar plak.. kadang2 tak kena dengan scene.. mungkin Edry perlu lebih prihatin untuk memilih yang lebih sesuai.

Darisegi hero dan pelakon? memang market.. cuma bila dialek Mat Salleh nya yang tak hilang memspoilkan keadaan. mungkin kalau dubbing suara orang lain yang lebih sesuai...  Khir Rahman berjaya membawa watak ganaz... Puteri Cina dia tak nampak macam dari Shang Hai pun.. tapi mungkin sebab muka dia mirip seorang reporter hiburan Astro Awani kot. haha

pelakon lain semua ok jeeee.... :)

Darisegi make up.. oklah.. darah takde la nampak tak real sangat... tapi yang tak bley blah rambut palsu Datuk Razali yang bagi aku over... tapi kan.. kesian Jehan Miskin takde dialog dalam filem ni hehe

Darisegi Skrip? agak bagus.. :) 

tapi apa pun.. aku takde lah menyesal tengok filem ni...Aku sentiasa support filem melayu kita..

Syabas KRU kerana berani sekali lagi mengeluarkan Filem CGI...

8bilion kan modal kalau tak silap? Eh bukan 8juta lah!!

p/s : agak2 zine Hikayat Pari-Pari Kertas tu boleh buat filem tak? hehehe
Read More

Saturday, March 5, 2011

BEEHA BERAMBUT JENGLOT!

Sekarang rambut aku di landa kerosakkan... tgk ni ha!



 jadi nak mintak korang vote.. aku nak potong style macamane!!! please!


macam ni ka?



ni dah macam pengkid la plak.. hahaha



ada gaya seksi sikit...


beeha bieber... hahahah!



dah macam tomok je...




minah wondergurls versi tua! hahaha


pilih jalan tak pilihhh!

Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com