Wednesday, September 12, 2012

MobTV.MY dalam ingatan!


Kenangan di MOBTV...

I'm gonna miss u......!

Banyak perkara yang aku dapat belajar di MOBTV. Walaupun tak sampai setahun di sini, banyak pengalaman manis dan pahit aku perolehi.

Doakan MOBTV.MY sukses dan menjadi TV online tersohor dalam Negara...

Ini semua staff MobTV yang comel2 belaka!

Ini dia tiga orang BJ Mobtv yang datang dengan pelbagai 'pakej'! Hehe 

Sempat bergambar sewaktu rakaman Hari Raya MOBTV

Ini dia CEO MOBTV... Super duper senior MassComunication ITM.... En Abdul Hamid Mohamed

Ini dia 'Sound Engineer' MOBTV... Selalu aku mintak tolong dia kalau nak buat VO... 

Gigih jurukamera MOBTV setting kamera untuk shooting Hari Raya... 

Teringat masa awal2 dekat Parlimen aku minta Tok Him buat ucapan Raya awal2. Haha!

Ini dia kuih raya office bagi... Sampai sekarang ada stok lagi dekat rumah haha!

Itu dia Kameraman MOBTV duduk gigih... 

Ini dia antara orang yang terpenting dalam MOBTV... 

Bergambar bersama Azizi dan Didi sewaktu 'Bank Islam Treasure Hunt' di Kuantan.

Permaisuri Parlimen gigih buat stand upper! 


Ajax.. Antara kameraman yang berpengalaman dalam MOBTV... Waktu ini kami menemubual pandangan AMINAH RHAPOR mengenai isu 'penglibatan Artis dalam politik'. 

Nasib aku kurang baik, tayar ku pancit di tengah jalan. Nasib baik dah selesai tugasan...





Read More

Friday, September 7, 2012

9 LANGKAH BAYAR PTPTN DENGAN MUDAH

Selalu aku dengar kawan aku duk merungut nak bayar PTPTN. Ada yang dah dua tahun kerja pun masih lagi tak start bayar pinjaman mereka.

Aku faham kerana difikiran mereka. Mereka serabut nak fikir pasal nak pergi bayar dekat KL Sentral, nak beratur.. jalan jem.. tak tahu macamana nak check. Kalau call Hot Line PTPTN, selalu busy je talian.

Tapi takpe, kalau sebelum ini aku pernah bagitahu cara macamana nak bayar guna CIMB CLICKS, kali ini aku bagitahu cara mudah nak bayar dari laman web PTPTN sendiri. 

Anda bukan sahaja dapat bayar dengan hanya dikenakan caj 50sen, tapi anda boleh tengok berapa penyata baki yang sebenarnya. Bagi individu yang nak bayar melalui online, anda sekurang-kurangnya mempunyai akaun seperti maybank2u  cimbclicks , Hongleong Online, Bank Islam dan lain-lain. 


LANGKAH PERTAMA 

1. Pergi ke laman web PTPTN, dan klik pada LAMAN WEB RASMI 


LANGKAH KEDUA 

1. Ini dia website rasmi PTPTN, maka.. pergi ke bahagian bawah dan klik E-FES 



LANGKAH KETIGA

1. Bila dah klik pada EFES tu.. anda perlu masukkan nombor kat pengenalan anda dan klik semak. Pembayaran yang tidak mendapat Ujrah akan ditulis sebagai PENYATA KIRA KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL. Seperti contoh dibawah, aku ada dua pinjaman iaitu diploma dan ijazah. Dua-dua adalah perjanjian yang berlainan.




LANGKAH KEEMPAT

1. Selepas anda telah memasukkan nombor kad pengenalan.. Anda perlu mengisikan semula ruang untuk no ic dan no pinjaman. Untuk mengetahui nombor pinjaman, anda boleh menghubungi operator PTPN di nombor talian PTPTN 03-20804455. Sila minta 'NO SEMAKAN PINJAMAN'



LANGKAH KELIMA

Setelah masukkan nombor ic dan no pinjaman. Anda akan dapat melihat penyata terbaru pinjaman PTPTN anda. Untuk membuat pembayaran pergi klik di bahagian kotak kosong dibahagian bawah kiri dan masukkan berapa angka yang anda hendak bayar. Klik pada butang bayar dibahagian kanan.



LANGKAH KEENAM 

1. Ini gambar bila anda dah tekan bayar, Akan keluar satu slip PTPTN lengkap dengan nombor rujukan dan jumlah bayaran.


LANGKAH KETUJUH

1. Pilih akaun banking yang anda miliki. Kalau ada Bank Islam, guna Bank Islam.. Kalau ada Maybank2u click pada maybank... Mereka hanya akan kenakan caj sebanyak 50 sen sahaja.





LANGKAH KELAPAN 

Jika anda gunakan mayban2u.. Log in la seperti yang disuruh.







LANGKAH KESEMBILAN 

1. Dan kini anda sudah menunaikan tanggungjawab anda dengan membayar PTPTN!



SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA!!










Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com