Sunday, June 28, 2015

Aman Palestin perlu RM30juta bangunkan Masjid Shafie di Gaza

Majlis Iftar Amal Perdana anjuran Aman Palestin.


Sempena bulan ramadhan, badan bukan kerajaan NGO, Aman Palestin mengambilkan inisiatif mengutip derma dan mengumpulkan dana RM30 juta ringgit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang piut berkata dana itu diperlukan untuk membangunkan semula masjid as-syafie yang musnah akibat dibom tentera israel tahun lalu.

Menurutnya masjid menjadi nadi kepada penduduk Gaza yang menempatkan tahfiz.. pusat zakat dan sebaran ilmu, maka pihaknya akan cuba mempercepatkan proses pembinaan semula.

Pada 27 Jun, satu majlis Iftar Amal Perdana Aman Palestin 2015 diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Majlis turut melancarkan kempen tabung pembinaan semula masjid shafie dan akan digerakkan ke seluruh negara.

Opick sebagai artis jemputan pada Majlis Iftar.

Blogger Kbba : Kelab Blogger Ben Ashaari

Tetamu yang hadir, semua tkerusi habis dijual!

slide yang ditayangkan semasa majlis.

Di lobi hotel turut diadakan pameran yang menunjukkan kekejaman terhadap warga Gaza.



Booth turut dibuka untuk jualan barangan berkaitan Gaza.








Read More

Tuesday, June 23, 2015

RENDANG DENDENG OPAH


Kalau balik kampung, opah mesti ada satu menu wajib iaitu RENDANG DENDENG OPAH! Sekali makan memang nak lagi. Balik kampung, mesti Opah masak meriah, lagi-lagi kalau anak-anak dan cucu dia balik.


Inilah pertama kali aku rasa suasana kampung. Dan ini juga tempat aku tumpang kasih nenek. Maklumlah nenek kedua-dua belah ayah dan mak dah meninggal.

Tumpang kasih opah suami pun jadilah.

 
Ini opah saya yang tercinta. Duduk di Kampung Gugusan Manjoi!


Ok, Meh sini aku kongsikan sikit resepi Rendang Dendeng Opah!



Bahan-bahannya

1. Sekilogram daging (dipotong sederhana, jangan kecil jangan besar)
2. Bawang merah kecil 20 bijik
3. Serai 5 batang
4. Halia seinci
5. Kicap manis
6. Sos Tiram
7. Air rebusan daging
8. Garam dan Gula secukup rasa
9. Cili giling dalam dua genggam direbus dan diblender (masuk belacan dan minyak sikit)


Cara-caranya ;

Daging perap

1. Daging direbus sehingga lembut.
2. Air rebusan disimpan, Jangan buang ya.
3. Setelah rebus daging, toskan dan sejukkan.
4. Setelah sejuk, tumbuk daging. (jangan hancur sangat).
5. Asingkan daging tadi kedalam mangkuk dan campurkan dengan kicap manis.
6. Letak kicap sehingga nampak daging kehitaman.
7. Perapkan selama 20 minit

Setelah perapkan daging tadi dengan kicap, goreng dengan minyak, tos dan asingkan ke mangkuk lain.

 Tumis

1. Kesemua bahan-bahan seperti bawang merah, halia dan serai dipotong halus-halus. Tak digalakkan blender. Kalau nak tumbuk lagi sedap!
2.  Setelah naik bau, letak cili yang diblender tadi. Tumis dibahagian tengah kualiti (sila rujuk gambar).
3. Dah pecah minyak cili tadi, gaulkan kesemua sehingga rata. Letak sedikit garam dan gula. Sedikit sos tiram dan kicap manis.
4. Apabila dah cukup garing dan rata, masukkan daging yang digoreng tadi. Gaul sehingga rata.
5. Dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging yang diasingkan sebelum ini.
6. Goreng sehingga kering.
7. Boleh dihidangkan untuk santapan!

Itu sahaja resepi nya!  Selamat mencuba!
















Read More

Monday, June 22, 2015

Best tak Jurassic World?

LOS ANGELES: Filem aksi "Jurassic World" mencatat rekod baharu dunia, sebagai filem yang mencatat kutipan tertinggi dalam seminggu. Filem itu yang dibintangi Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, hingga kini sudah meraih AS$511 juta pendapatan global serta meraih kedudukan sebagai tayangan hujung minggu terbaik dalam sejarah, yang mana daripada jumlah itu, sejumlah AS$100 juta dari China. "Jurassic World" meraih AS$208.8 juta dalam hujung minggu pertama, sekali gus menjadikan siri keempat 'Jurassic Park' itu mengatasi rekod 'Avengers' pada 2012, mengikut data yang dikeluarkan Exhibitor Relations

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/6156


Alangkah seronoknya, kalau betul ada taman yang menghimpunkan haiwan purba yang pupus tersebut.

Best ke tak? Memang best. Saya bagi 9/10. Sebab tu boleh catat rekod baru dunia.
 
Dalam masa seminggu meraih AS$511 juta pendapatan global serta meraih kedudukan sebagai tayangan hujung minggu terbaik dalam sejarah, yang mana daripada jumlah itu, sejumlah AS$100 juta dari China. "Jurassic World" meraih AS$208.

Filem yang hero heroinnya dibintangi Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, dah atasi rekod 'Avengers' okay!

Permulaan cerita agak perlahan tapi kemuncak di akhir cerita memang best. Lebih-lebih lagi misi raptor menjejak dinasour buatan yang terlepas dari kandangnya.

Shot waktu dalam kereta kaca bulat memang best. Kan best kalau betul-betul ada. Tapi risikonya kalau jadi malapetaka macam filem ini memang masak.



Read More

Monday, June 15, 2015

Kenalpasti lelaki jujur dengan anda

Rasa gembira tak kalau ada orang kata nak meminang kita?
"Betul ke dia suka aku? Sudi ke dia nak kahwin ngan aku? Tak main kayu tiga? Tak curang?"

Persoalan itu, soalan lumrah bagi perempuan yang rasa kurang 'secure' dengan teman lelakinya. Isu ini sudah lama dibincangkan, dan akan terus kekal sampai bila-bila.

Bercakap melalui pengalaman, banyak jenis lelaki yang hidup di dunia ini. Walaupun masih lagi setahun jagung dalam kehidupan tapi sedikit sebanyak kita nak kongsikan apa yang terbuku di hari ni. Haha!

Dari sekolah rendah, menengah, matriks sehinggalah ke universiti. Banyak jenis lelaki yang ada di dalam dunia ini. Ada yang memang baik, ada yang benar jujur, ada yang poyo, dan ada juga yang psyco.Tapi blog ini bukan untuk menceritakan secara terperinci tetapi sekadar berkongsi dari sudut mata aku ni.



1. Hormat wanita

Hormat adalah kunci utamanya. Sekiranya tiada rasa hormat, hubungan antara satu sama lain tidak akan menjadi. Lelaki yang baik adalah lelaki tidak beremosi dan menggunakan kekerasan. Malah, lelaki yang mahu mengahwini kita tidak akan jujur dan tidak menyentuh wanitanya.

Dalam erti kata lain, sebagaimana dia hormat ibunya, sebagai itu jugalah dia hormat pada wanita yang bakal menjadi ibu kepada anak-anaknya.

2. Komited


Lelaki yang ingin mengahwini anda sememangnya bersedia untuk berjumpa keluarga. Mereka tidak berbelah bagi atau memberikan alasan sekiranya dijemput menghadiri majlis berkaitan keluarga anda.

3. Rasional

Sentiasa memberikan pandangan yang rasional, tidak cemburu buta dan memberi nasihat dalam keadaan tidak beremosi.

4. Tidak berahsia
Tiada rahsia di antara anda. Tidak ada masalah sekiranya pasangan mahu melihat telefon bimbitnya. Namun itu bukan modal kita nak jadi obses dan queen control untuk memeriksa setiap sms, whatsapp pasangan kita.

5. Berterus-terang

Sekiranya ada perselisihan atau tidak rasa puas hati. Lelaki tersebut akan lebih berterus terang dan tidak menyembunyikan rasa di hati. Lelaki lebih berbeza daripada perempuan yang suka memendam rasa di dalam hati. (Perkara ini bahaya untuk perempuan, kerana bila meletup satu hari nanti. Pasti terluka)

Namun kesimpulan, persepsi orang mengenai lelaki jujur ini subjektif. Ini hanya pandangan aku sahaja. Tetapi masing-masing ada pengalaman masing-masingkan?

Bagi aku, kalau benar dia untuk kamu, maka dia adalah jodoh kamu. Seperti aku sendiri, pandangan aku, hubungan atau kenal pasangan anda bertahun-tahun, tidak menjamin bahawa dia adalah jodoh anda.

Dan kenal bertahun-tahun tidak semestinya anda kenal pasangan anda.












Read More

Saturday, June 6, 2015

Hanya pakai losyen, boleh turun 2 inci sebulan


Siapa yang mahukan lemak-lemak tak diundang di perut ni kan?
Wanita terutamanya mengalami masalah perut berlipat, lemak pejal dan sebagainya.

Saya juga tidak terkecuali.

Biasalah kan kalau selepas berkahwin, tak kira perempuan ke lelaki ke, kalau dah bahagia mesti naik badan. Tapi sebenarnya, kita kena jaga juga kerana kegemukkan mengundang pelbagai penyakit.


Ini gambar paling terkini selepas pakai losyen Vene


Meh sini kita nak kongsikan produk apa kita pakai sampai turun dua inci dalam masa tak sampai sebulan!


Ini dia! Pengasasnya Kak Vene saya kenal sewaktu membuat temubual segment IKS di Astro AWANI. Dalam pada itu, saya mencuba dan menakjubkan! ia sangat berkesan.



Total turun bulan ini...
2 1/2 inci...
Berkat usaha gigih nak langsing..
Sapu cream #venelotion dua hari sekali di perot
Sit up 20kali sebelum tidur...
Skipping dua minit sehari..
Alhamdulillah!


Ok ni kita nak kongsi gambar kita buat perbezaan pulak ya!

nampak tak beza? kiri tu gambar bulan lepas. turun 2 inci! belah kanan

Nanti saya buat lagi perbezaan gambar. Saya target nak turun lagi seinci. Semoga berhasil!

Harga Vene Lotion ni RM100 satu kotak. Kalau nak beli saya juga jadi dealer. Boleh email saya
di nabihah.hamid@gmail.com

saya akan bagi harga diskaun.. Thank you!


Read More

Friday, June 5, 2015

Gambar gempa bumi Sabah tersebar di media sosial



Ini antara gambar yang tersebar di facebook. 







Bangun pagi tadi jam lapan, wassap group penuh dengan gambar gempa bumi.

Rupanya jam 7 pagi tadi satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala richter, kira-kira 16 kilometer di barad daya Ranau.

Gegaran dikatakan berlaku di kawasan Ranau, Tambunan dan kawasan pedalaman.

Kita doakan tiada gegaran susulan yang berlaku, khususnya di pergunungan. Semoga Allah melindungi bumi Sabah.
Read More

Monday, June 1, 2015

10 Tips untuk majlis perkahwinan anda lancar!


10 tips untuk pastikan majlis kenduri anda tidak kelam-kabut dan berjalan lancar.

Setiap orang mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna, meriah dan berjalan lancar. Namun perlunya seseorang itu membuat persediaan rapi bagi memastikan majlis mereka tiada cacat celanya.

Seperti saya, hanya melangsungkan perkahwinan dua bulan selepas tarikh pernikahan atas sebab-sebab tertentu. Namun, menjadi sesuatu lumrah, ada saja yang tidak kena namun saya anggap semuanya itu dugaan dalam menuju ke alam perkahwinan.

Di bawah beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk tatapan anda.

1. Survey keperluan majlis dengan teliti



Sempat berselfie dulu dengan sahabat masa hari pernikahan.
Di sini, amat penting bagi pasangan masing-masing buat check list. Ia untuk memastikan anda tidak tertinggal benda-benda yang penting. 

a) Jarak kenduri kahwin amat memainkan peranan. Jika pasangan anda berasal jauh dari tempat anda, pastikan sewaktu hari pernikahan, kedua-dua keluarga sudah berada sehari awal. Ia bagi mengelakkan dari perkara tidak diingini seperti masa nikah tertangguh, rombongan lelaki sampai lambat dan sebagainya.

Macam pengalaman saya sendiri, belah lelaki dari utara maka perjalanan jauh, maka belah sana pastikan yang sebelum majlis nikah rombongan dah sampai.

b) Pilih tema yang mudah 
Ini kerana sesetengah pasangan mahukan kelainan, tetapi sekiranya tidak rancang dengan betul, akhirnya ia akan mencacatkan majlis anda. Pilih warna yang senang dicari, dan pastikan warna untuk nikah warna yang lebih lembut. Tapi terpulang juga kan. Tengok lah selera masing-masing macamana. 

c) Tetapkan awal-awal samada mahu bersanding atau tidak. Pastikan ambil pandangan keluarga juga untuk membuat pemilihan. Maklumlah, kadang-kadang benda yang remeh pun boleh bergaduh.

Jadi jagalah hati kedua-dua pihak. Macam saya sendiri, hanya bersanding belah perempuan, belah lelaki lebih santai hanya dengan makan beradab. Oklah tu kan,? Bersanding banyak kali pun penat je.


2. Jangan terpedaya dengan pakej perkahwinan


Resepsi belah perempuan, berjalan bersama flower girl. Bajet romantik lah tu! haha
Sewaktu mencari katering, fotografi dan video. Inilah masa yang paling lama sebenarnya. Kena betul-betul lihat dan pilih. Jangan sesekali terpedaya dengan pakej murah. 

Teliti betul-betul. Lagi satu, selagi anda tidak buat 'food testing' maka janganlah bayar deposit. 

Nanti terkena macam saya, ingat pakej murah tapi jadi mahal bila saya cancel last minit katering pakej tu. Saya kurang berkenan dengan masakan katering dan buat keputusan ambil katering yang lain. Itulah padahnya kalau tak test food dulu dah bayar wang deposit.
Atlast, tolak punya tolak. Lagi mahal saya punya belanja. 

Begitu juga dengan fotografi, selain makanan ini lah yang betul-betul penting. Kadang-kadang baju tak berapa lawa pun, nampak cantik dalam gambar kalau kena pada caranya. haha!

Macam saya, nasib baik ada ramai fotograher yang tak bergaji. Termasuklah bos Astro AWANI sendiri Suhaimi Sulaiman dan Kamarol Bahrin yang memang hobinya tangkap gambar. Kamera pun harga puluh ribu okay!

3. Buat kenduri ikut kemampuan wang

Senaraikan dulu apa yang hendak anda bayar, dan pastikan ia tidak melebihi bajet anda. Misalnya saya belah perempuan lebih meriah dengan pa-system, emcee dan flower girl bagai. Tetapi belah lelaki lebih sederhana, tak payah pa sistem pun. Yang penting ada makanan yang sedap dan mencukupi untuk menjamu tetamu yang hadir.

Seperti saya, dah bajetkan baju untuk dua pasang, rm4000 tidak boleh lebih. Baju nikah siap buat dua design untuk recycle masa majlis lelaki. Macam saya tidak ada masalah, majlis ada extra dua bulan, jadi tak nampak sangat.


Antara gambar yang paling saya suka. Gambar yang diambil oleh Suhaimi Sulaiman merangkap tukang renjis pada majlis itu.
4. Senaraikan nama tetamu, doorgift yang simple

Kalau katering jemputan 1000 orang maknanya, kad hanyalah 500 sahaja. Jadi untuk pastikan tidak ada masalah dengan katering nanti, pastikan anda listkan siapa tetamu. Buat senarai awal-awal. Lebih mudah supaya tiada tertinggal nama.

Doorgift tidak perlu pelik-pelik. Beri doorgift yang mudah dipegang dan lebih senang manisan. Macam saya bagi muffin yang besar. Puas orang makan.


5. Berbincang dengan tok kadi sebelum majlis nikah

Pernah dengar tak tok kadi ceramah sejam sebelum akad nikah bermula? Hah, ini saya dah kena pada majlis saya. Tok kadi mungkin teruja benar bila tengok ramai orang masa akad nikah kot. Lepas tu, naik kematu punggung ni. Dah la baju ni pakai korset hahaha. Senak betul.

Jadi, pihak keluarga perempuan boleh berbincang dengan tok kadi dulu, supaya jangan lama sangat berceramah. Bukan apa, majlis tu ramai orang menunggu. Keluarga pengantin lelaki pun datang dari jauh. Kesian lah kan?

6. Pastikan pelamin selesa dan kukuh

Bila nak pilih pelamin tu nanti, jangan lah pilih yang pelik-pelik. Biar sedap mata memandang. Ikutlah selera masing-masing. Dan pstikan warna pelamin kontra dengan baju pengantin supaya nampak jelas la waktu bersanding nantikan si Raja Sehari tu.. haha!


7. Pastikan arahan dan panduan kepada dua keluarga jelas

Ini kalau tidak bagi dengan jelas. Boleh merosakkan majlis. Maka kena ada orang tengah yang main peranan untuk pastikan maklumat sampai dengan betul. Kalau pukul 11 rombongan sepatutnya sampai, maka rombongan perlulah bergerak dari awal. Ini amat penting dan wakil yang tegas sangat perlu untuk pastikan majlis berjalan lancar.


8. Bahagi tugas kepada keluarga sewaktu majlis

Doorgift. sambut tetamu, duit kaut (hadiah daripada tetamu) perlu dibagi tugas kepada orang tertentu. Untuk memastikan tidak ada masalah, untuk doorgift bagi kepada yang sambut tetamu juga. Bagi terus masa orang datang. Duit kaut pulak, perlu dikumpulkan kepada seseorang sahaja. Maknanya sorang je yang boleh kumpul. Siapa yang terima wang, serahkan kepada orang yang diamanahkan.

Bukan apa, pernah terjadi kes orang kahwin, duit kahwin hilang tau. Perkara duit ini jangan main2. Boleh buat gaduh tau.


9. Beri upah wang ehsan kepada pembantu majlis

Janganlah kedekut, hargailah sedikit sebanyak pada adik sedara, mak sedara yang tolong tadi. Takperlu banyak tapi kalau token RM10 pun dapat jugak beli topup kan?


Nampak je semua perempuan, tapi kaum kerabat Pak Hamid semua nilah banyak membantu menjayakan majlis. Tanpa mereka, apalah akan jadi majlis tu sebelum ini. Alhamdulillah semuanya okay!

10. Photoshoot lokasi yang sesuai

Biasanya photoshoot outdoor akan buat hari yang sama. Yelah taknak bazir make up kan? alang-alang tak payah nak banyak2 baju. Tapi pastikan tempat tu tak jauh dan sesuai dengan baju. Takpayah la nak masuk hutan bagai, kalau da photographer tu pandai, dekat depan masjid pun cantik kan? Ingat tau satu hari dah berlengas dengan baju, takkan kalau kenduri kat ampang, sampai ke Putrajaya nak tangkap gambar kan?

Maka pilih lah tempat yang berdekatan. Takdelah penat sangatkan?

Ok itulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan. Semoga entry ini beri manfaat pada anda semua






Read More

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com