Wednesday, February 9, 2011

Awak ni wartawan sukan atau politik?

Itu yang ditanya oleh salah seorang kameraman dari TV3 kepada aku..

Mana taknye.. time dalam PC aku tanya soalan yang tak de berkaitan dengan sukan. Dah banyak kali dah kena.. Biasalah media kalau datang nak tanya mestilah yang berkaitan dengan isu semasa.

Tapi oleh kerana ini kali pertama aku dapat tugasan berkaitan dengan sukan. so, kenalah cover 2 cerita.

Dapat saja tugasan untuk membuat liputan di perasmian Majlis Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi di IOI Resort.

 Yang menariknya kalau dapat tugasan macam ni, dapat makan... selamatlah juga duit Lunch aku untuk hari ini.. boleh tahan la makanannya..

berlumba2 orang nak cedok lauk..
                                                                                    
wartawan kosmo yg peramah dan sudi beri tunjuk ajar..











 Walaupun sedikit kekok sewaktu sidang media.. tapi aku tetap memberanikan diri nak bertanya.. pertanyaan aku langsung tidak berkaitan dengan sukan..

"alamak.... nape wartawan lain senyap je... aku mula mengajukan soalan "

tapi dari situ aku perolehi maklumat bahawa.. Pelajar yang pulang dari Mesir akan menghadapi peperiksaan lagi dua minggu. Jadi KPT akan membuat perbincangan di beberapa buah universiti di Mesir samada bersetuju untuk membenarkan pelajar Malaysia mengambilnya di dalam negara sahaja..


Pelajar Malaysia berdoa kerana selamat pulang ke tanah air.

Gambar hiasan pelajar Malaysia yg pulang dari Mesir.

kesian diorang.. dah la tempat ada rusuhan.. pembelajaran tergendala.. periksa pun tak dapat nak ambil..
so apa akan jadi dengan masa depan diorang?

mana Malaysia nak tempatkan 5000 pelajar perubatan dan 6000 jurusan agama?

dan adakah mereka dianggap seperti hero sehingga disambut oleh Perdana Menteri?
sama-sama kita renungkan.... :D




       

3 comments:

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com