Sunday, February 6, 2011

Bersesak di Lebuhraya Karak

Walaupun hari ini adalah hari cuti namun tidak bagi aku. Hari ahad masa aku diluangkan di Neraka Beku di dalam ofis. hehe.. selepas bersarapan pagi bersama kekaseh.. aku terus bergerak ke ofis dan sampai dalam jam 11tengahari..

Hari ini, aku diberi tugasan untuk membuat tinjauan di Lebuhraya Plus untuk meninjau kesesakan lalu lintas... sebelum aku pergi aku perlu mendapatkan lebih info dan fakta trafik dari talian
1800 88 0000.
tapi ternyata talian tersebut langsung tidak berfungsi. buang masa sahaja.. baik takyah bukak talian.. hmm

jadi, aku bersama cameraman memilih untuk bersesak di Lebuhraya Karak di tol gombak. mak ai.. banyaknya kereta... panas betul waktu tu.. dah la aku pakai sweater.. huhu.
 
Di sana aku melihat pelbagai ragam manusia.

Ada yang dok hon-hon kami sebab tak pernah nampak kameraman agaknya

dan ada yang melambai-lambai ingin menarik perhatian kami untuk mengambil gambar mereka.(dah macam penyokong bola ha3) ..

ada yang muka tensen bebenor sebab trafik jem.

 ternyata selepas tinjauan yang aku buat, kesemuanya mengeluh dengan keadaan trafik.
Siap sorang uncle ni cakap ...

"haiya..sudah 3jam wo dari jem.. bayar tot mahat-mahat tara guna.."

aku dan kameraman tergelak melihat gelagat uncle tu.. 


 
sempat juga aku interview satu pasangan yang menaiki moto..

 "saya sebenarnya tunggu bapak saya dari kelantan.. dia tolak kul 7 pagi tadi.. sekarang baru kat tol bentong yang pertama"

Selepas selesai membuat tugasan, kami bergegas pulang.. dan terperangkap di dalam jem. nasib kameraman licik bawak kereta. sempat jugalah aku sampai untuk membuat laporan kepada editor dan menulis berita untuk berita 7.45 malam.

best juga buat tugasan ni.. walau berpeluh-peluh dan panas. kuteruskan juga tapi kesian pengguna lebuhraya yang bayar tol mahal2 tapi masih terperangkap dalam jem. Semua muka toye sebab berejam menghadap buntut kereta. tiada pemandangan yang indah haha. nasiblah kampung aku dekat ulu kelang jek. takpayah nak pikir nak balik jauh-jauh..

wah.. esok tugasan apalah pulak yang menanti ye?

selamat malam.. pari-pari kertas mahu terbang diiringi sang bayu... :)

9.31 malam
bangku merah








2 comments:

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com