Thursday, July 14, 2011

Pengundi Hantu : Mati di alam nyata, hidup di alam SPR

Adakah mereka masih hidup dan akan mengundi di PRU13?


Pengundi Hantu, salah siapa?  JPN, SPR atau rakyat Malaysia?

Menurut blog Ahli Parlimen Kota Belud mendakwa rakyat Malaysia yang gagal untuk mendaftarkan kematian keluarganya terhadap Jabatan Pendaftaran Negara kerana sifat kemalasannya. Adakah kesemua nama yang tertera di atas benar-benar wujud?

M.Mahli B Sulong berumur 131 tahun masih hidup?






Adakah ini sekadar kebetulan?



Kenyataannya MpKotaBelud membela SPR kerana seolah-olah menganggap pengundi yang berbeza menggunakan satu alamat adalah perkara biasa.



Bagaimana pula dengan satu alamat yang mempunyai lebih dari 10 nama pengundi?

Untuk mendapatkan kebenaran aku sendiri telah memasukkan Kad pengenalan di dalam laman SPR klik sini dan ternyata lebih dari 10 nama dibawah satu nama. Adakah ia hanya sekadar kebetulan dan kesilapan teknikal SPR?

Tak percaya? Boleh masukkan no ic ini : 1) 3457508  2) 2533841  3)3457508 4)1919129  5) 2396027 6) 830524075744  7) 830530075783  8) 890311016294


Adakah cukup sekadar dengan penafian dan cakap kosong? Perlukah sogokan tak matang dari cybertroopers  UMNO?






Adakah wajar untuk SPR mengenakan caj RM10 kepada penglapor pengundi yang diragui statusnya?

10 nama pengundi RM100. Seribu pengundi?

Sebelum ini, di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dikesan dalam daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Untuk melihat senarai pengundi hantu sila klik sini  dan berikut merupakan 50 senarai pengundi yang berumur 100 tahun ke atas klik sini

4 comments:

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com