Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Sebuah filem yang diterbitkan oleh KRU... Hikayat Merong Mahawangsa... Rugi aku tak produce filem tentang Zine Hikayat Pari-Pari Kertas aku... huhuh..

Aku membeli tiket tersebut awal sehari di Summit dengan anggapan bahawa tiket tersebut akan laris dijual. namun ternyata di sana panggung wayang tidak dipenuhi penonton. Mungkin dekat summit memang tak ramai orang tengok kot..

Permulaan cerita yang agak slow kerana dialog dan pertemuan Putera Rom bersama seorang Peniaga India di Goa dikejutkan dengan perlawanan  Merong Mahawangsa yang diberi peluang bertarung nasib untuk hidup. Dipercayai, Merong ni suka mengorat anak dara orang..

haha.. walaupun dia menang dalam pertarungan tersebut namun Merong diselamatkan oleh Putera Rom dengan balasan Merong akan menemaninya berlayar bagi berjumpa dengan Puteri China untuk dikahwini.

Ditengah jalan cerita agak bosan kerana scene romantis Putera Rom dan Puteri Cina yang sedikit lama. Tapi nasib baik ade inangnya Ying ying yang menceriakan keadaan.

Puak Garuda yang aku anggap sebagai ( lanun ) memspoilkan keadaan apabila mereka membuat kacau di penempatan puteri cina tersebut. Dah kena culik plak si puteri ni...

Tapi memang tak bley blah lakonan ganas Khir Rahman dalam watak Kamawas, si botak yang tebal jika memakai tangkal. 

Ternyata Puak Garuda telah menang dalam pertempuran dan menjadikan Puteri Cina sebagai tebusan untuk mendapatkan emas dari China.

Merong yang cedera parah ketika bertempur di selamatkan oleh Pak Kesum. Pawang yang hebat dari Langkasuka.Kira si Merong ni dah jumpa kampung halamannyalah... Umie Aida yang merupakan ibu Merong bernama Lang.

Pak Kesum melatih Merong untuk menuntut pembalasan dari Puak Garuda yang selama ini menindas orang kampung.  Laksamana China dan Putera Rom yang terselamat dalam pertempuran juga datang untuk meminta bantuan si Merong ni,...

Senang cerita... si Merong dan orang kampung menuntut pembelaan dan menyerang penempatan Garuda.. Alang2 selamatkan Puteri China sekali..

Taknak berceloteh panjang.. tapi kalau nak bagi rating mungkin 7 per 10.. CGI filemnya cantek.. tapi cuma aku tak berapa gemar dengan kelajuan bila mereka berlawan.

Dah macam kartun dah aku tengok.. Macam dalam game pun ade.. bila laju nampak pelik. mungkin lepas ni boleh perbaiki..

Darisegi muzik latar plak.. kadang2 tak kena dengan scene.. mungkin Edry perlu lebih prihatin untuk memilih yang lebih sesuai.

Darisegi hero dan pelakon? memang market.. cuma bila dialek Mat Salleh nya yang tak hilang memspoilkan keadaan. mungkin kalau dubbing suara orang lain yang lebih sesuai...  Khir Rahman berjaya membawa watak ganaz... Puteri Cina dia tak nampak macam dari Shang Hai pun.. tapi mungkin sebab muka dia mirip seorang reporter hiburan Astro Awani kot. haha

pelakon lain semua ok jeeee.... :)

Darisegi make up.. oklah.. darah takde la nampak tak real sangat... tapi yang tak bley blah rambut palsu Datuk Razali yang bagi aku over... tapi kan.. kesian Jehan Miskin takde dialog dalam filem ni hehe

Darisegi Skrip? agak bagus.. :) 

tapi apa pun.. aku takde lah menyesal tengok filem ni...Aku sentiasa support filem melayu kita..

Syabas KRU kerana berani sekali lagi mengeluarkan Filem CGI...

8bilion kan modal kalau tak silap? Eh bukan 8juta lah!!

p/s : agak2 zine Hikayat Pari-Pari Kertas tu boleh buat filem tak? hehehe

8 comments:

  1. 8 juta la Beeha. Kalau 8 billion, bangkrap KRU Studio. hehehehe

    ReplyDelete
  2. ha ad 1 lg,mse kapal merong di serang kumpulan garuda,mcm agak tidak logik gunakan serpihan kaca yg jatuh secara kebetulan..agak kelakar di situ..huhu..tp ap2 pon,seronok la tgk citer ni...tahniah KRU production sbb berani wat filem mcm ni..thumbs up!

    ReplyDelete
  3. Modal filem 8 juta @ million....

    ReplyDelete
  4. pari pari kertas? sure laris nye kalau kluar movie. hehehe.

    ReplyDelete
  5. logik r kowt..fyi,merong gne alat yg dipnggil sbg "death ray"..alaa,bnda crmin kaca tu r..alat tu ciptaan archimedes..alat tu mmg wujud..n x silap,tentera kafir ada try alat tu mse perang salib menentang tentera islam..tp diowg ttp klh kpd semangat jihad tentera islam yg tinggi..as a conclusion,merong mmg pndy plan strategi perang..respect kt dia..hidup raja langkasuka!!!heheXD

    ReplyDelete

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com