Tuesday, June 23, 2015

RENDANG DENDENG OPAH


Kalau balik kampung, opah mesti ada satu menu wajib iaitu RENDANG DENDENG OPAH! Sekali makan memang nak lagi. Balik kampung, mesti Opah masak meriah, lagi-lagi kalau anak-anak dan cucu dia balik.


Inilah pertama kali aku rasa suasana kampung. Dan ini juga tempat aku tumpang kasih nenek. Maklumlah nenek kedua-dua belah ayah dan mak dah meninggal.

Tumpang kasih opah suami pun jadilah.

 
Ini opah saya yang tercinta. Duduk di Kampung Gugusan Manjoi!


Ok, Meh sini aku kongsikan sikit resepi Rendang Dendeng Opah!



Bahan-bahannya

1. Sekilogram daging (dipotong sederhana, jangan kecil jangan besar)
2. Bawang merah kecil 20 bijik
3. Serai 5 batang
4. Halia seinci
5. Kicap manis
6. Sos Tiram
7. Air rebusan daging
8. Garam dan Gula secukup rasa
9. Cili giling dalam dua genggam direbus dan diblender (masuk belacan dan minyak sikit)


Cara-caranya ;

Daging perap

1. Daging direbus sehingga lembut.
2. Air rebusan disimpan, Jangan buang ya.
3. Setelah rebus daging, toskan dan sejukkan.
4. Setelah sejuk, tumbuk daging. (jangan hancur sangat).
5. Asingkan daging tadi kedalam mangkuk dan campurkan dengan kicap manis.
6. Letak kicap sehingga nampak daging kehitaman.
7. Perapkan selama 20 minit

Setelah perapkan daging tadi dengan kicap, goreng dengan minyak, tos dan asingkan ke mangkuk lain.

 Tumis

1. Kesemua bahan-bahan seperti bawang merah, halia dan serai dipotong halus-halus. Tak digalakkan blender. Kalau nak tumbuk lagi sedap!
2.  Setelah naik bau, letak cili yang diblender tadi. Tumis dibahagian tengah kualiti (sila rujuk gambar).
3. Dah pecah minyak cili tadi, gaulkan kesemua sehingga rata. Letak sedikit garam dan gula. Sedikit sos tiram dan kicap manis.
4. Apabila dah cukup garing dan rata, masukkan daging yang digoreng tadi. Gaul sehingga rata.
5. Dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging yang diasingkan sebelum ini.
6. Goreng sehingga kering.
7. Boleh dihidangkan untuk santapan!

Itu sahaja resepi nya!  Selamat mencuba!

















5 comments:

  1. akak suka betul kalu daging di masak hitam2 cenggini.. boleh laa buat menu raya nnt berduet dgn nasi minyak..

    ReplyDelete
  2. wahh leh wat menu berbuka nnti...tq beeha for sharing..

    ReplyDelete
  3. Perghh..kalau nenek buat mesti sdapp..bak maii ikitt

    ReplyDelete
  4. Memang sedap nampaknya...baca resipi pun dah dapat bayangkan..
    Salam ramadhan dari BUNDA..

    ReplyDelete

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com