Wednesday, April 18, 2012

Aku Gadis Stand Upper?


Dulu masa di UiTM aku sangat bermasalah untuk membuat Stand Upper di depan kamera. Buktinya..adik aku menyumpah-nyumpah sebab lebih dari sejam dia kena mengadap aku untuk shoot tugasan waktu di UiTM... Waktu tu aku yang konon berangan nak jadi pengacara 999..tapi dua rangkap kena shoot sejam.. haha

Lepas grad.. aku intern di Astro Awani.. Disana aku tak berkesempatan untuk belajar stand upper. Kerana lebih fokus kepada pemberitaan TV. (sebenarnya.. penakut nak mencuba..haha) Awanians banyak mengajar aku. Dan selepas habis intern aku bekerja sebagai reporter online disebuah media alternatif iaitu Keadilan Daily. Di situ pemberitaannya berbeza, anglenya juga berbeza dan aku belajar reporting yang berbeza.

Dan kini bekerja di MobTV..aku mendapat pengalaman yang lebih. MobTV adalah tv versi online yang pertama di Malaysia...Kalau korang rajin.. lawat la www.mobtv.my..  

 Di sini aku dapat cover kedua-duanya baik Kerajaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Yang jelas.. MobTV tidak memihak. 

Dan di tempat kerja baru.. ini.. kesemua "Broadcast Journalist" perlu membuat stand upper setiap kali tugasan. Tak kiralah apa pun.. Dan itu memberikan latihan kepada aku untuk lebih bijak berhadapan dengan kamera. 

Tapi layakkah aku namakan diri ku Gadis Stand Upper? semestinya tidak.. reporter lain macam Zalikha, Nizam dan Yaya sangat bersahaja di depan kamera.. Aku masih lagi diperingkat pertama yang masih perlu belajar dan belajar...


Di Parlimen reporter bertungkus-lumus ketuk story... aku kena stand upper... LOL



Bos aku...kalau benda yang mengaitkan demo je.. mesti akan assign aku... Mungkin muka aku muka demo tak? Nak tahu pasal PPSMI? klik sini 


Setiap kali stand upper.. aku suka ramai-ramai... duduk belakang aku bersorak.. jadi semangat sikit.. nak cakap kan?  Nak tahu full versi pasal Lynas? Klik sini


Masa ni sangat kelakar.. Makcik-makcik ni semangat tau jerit mengatakan sokongan mereka terhadap Shahrizat Jalil yang terlibat dalam skandal NFC. 

Nak tengok? Klik sini 

Dan ini BJ MobTV....

Nizam sewaktu bertugas di Bersih 2.0 9 Julai tahun lalu. 

Yaya dikenali sebagai Puteri LYNAS.... 

Zalikha.... Permaisuri Parlimen... 





5 comments:

  1. MobTV saya stusdent meskom juga

    nak apply & hantar resume bole

    i'm serious

    ReplyDelete
  2. mintak email u.. nanti i update.. :) Meskom mane?

    ReplyDelete
  3. meskom UUM je beeha -_-

    repunxel@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. boleh saya tahu cara nak apply intern kat mobtv?

    ReplyDelete

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com