Monday, June 1, 2015

10 Tips untuk majlis perkahwinan anda lancar!


10 tips untuk pastikan majlis kenduri anda tidak kelam-kabut dan berjalan lancar.

Setiap orang mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna, meriah dan berjalan lancar. Namun perlunya seseorang itu membuat persediaan rapi bagi memastikan majlis mereka tiada cacat celanya.

Seperti saya, hanya melangsungkan perkahwinan dua bulan selepas tarikh pernikahan atas sebab-sebab tertentu. Namun, menjadi sesuatu lumrah, ada saja yang tidak kena namun saya anggap semuanya itu dugaan dalam menuju ke alam perkahwinan.

Di bawah beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk tatapan anda.

1. Survey keperluan majlis dengan teliti



Sempat berselfie dulu dengan sahabat masa hari pernikahan.
Di sini, amat penting bagi pasangan masing-masing buat check list. Ia untuk memastikan anda tidak tertinggal benda-benda yang penting. 

a) Jarak kenduri kahwin amat memainkan peranan. Jika pasangan anda berasal jauh dari tempat anda, pastikan sewaktu hari pernikahan, kedua-dua keluarga sudah berada sehari awal. Ia bagi mengelakkan dari perkara tidak diingini seperti masa nikah tertangguh, rombongan lelaki sampai lambat dan sebagainya.

Macam pengalaman saya sendiri, belah lelaki dari utara maka perjalanan jauh, maka belah sana pastikan yang sebelum majlis nikah rombongan dah sampai.

b) Pilih tema yang mudah 
Ini kerana sesetengah pasangan mahukan kelainan, tetapi sekiranya tidak rancang dengan betul, akhirnya ia akan mencacatkan majlis anda. Pilih warna yang senang dicari, dan pastikan warna untuk nikah warna yang lebih lembut. Tapi terpulang juga kan. Tengok lah selera masing-masing macamana. 

c) Tetapkan awal-awal samada mahu bersanding atau tidak. Pastikan ambil pandangan keluarga juga untuk membuat pemilihan. Maklumlah, kadang-kadang benda yang remeh pun boleh bergaduh.

Jadi jagalah hati kedua-dua pihak. Macam saya sendiri, hanya bersanding belah perempuan, belah lelaki lebih santai hanya dengan makan beradab. Oklah tu kan,? Bersanding banyak kali pun penat je.


2. Jangan terpedaya dengan pakej perkahwinan


Resepsi belah perempuan, berjalan bersama flower girl. Bajet romantik lah tu! haha
Sewaktu mencari katering, fotografi dan video. Inilah masa yang paling lama sebenarnya. Kena betul-betul lihat dan pilih. Jangan sesekali terpedaya dengan pakej murah. 

Teliti betul-betul. Lagi satu, selagi anda tidak buat 'food testing' maka janganlah bayar deposit. 

Nanti terkena macam saya, ingat pakej murah tapi jadi mahal bila saya cancel last minit katering pakej tu. Saya kurang berkenan dengan masakan katering dan buat keputusan ambil katering yang lain. Itulah padahnya kalau tak test food dulu dah bayar wang deposit.
Atlast, tolak punya tolak. Lagi mahal saya punya belanja. 

Begitu juga dengan fotografi, selain makanan ini lah yang betul-betul penting. Kadang-kadang baju tak berapa lawa pun, nampak cantik dalam gambar kalau kena pada caranya. haha!

Macam saya, nasib baik ada ramai fotograher yang tak bergaji. Termasuklah bos Astro AWANI sendiri Suhaimi Sulaiman dan Kamarol Bahrin yang memang hobinya tangkap gambar. Kamera pun harga puluh ribu okay!

3. Buat kenduri ikut kemampuan wang

Senaraikan dulu apa yang hendak anda bayar, dan pastikan ia tidak melebihi bajet anda. Misalnya saya belah perempuan lebih meriah dengan pa-system, emcee dan flower girl bagai. Tetapi belah lelaki lebih sederhana, tak payah pa sistem pun. Yang penting ada makanan yang sedap dan mencukupi untuk menjamu tetamu yang hadir.

Seperti saya, dah bajetkan baju untuk dua pasang, rm4000 tidak boleh lebih. Baju nikah siap buat dua design untuk recycle masa majlis lelaki. Macam saya tidak ada masalah, majlis ada extra dua bulan, jadi tak nampak sangat.


Antara gambar yang paling saya suka. Gambar yang diambil oleh Suhaimi Sulaiman merangkap tukang renjis pada majlis itu.
4. Senaraikan nama tetamu, doorgift yang simple

Kalau katering jemputan 1000 orang maknanya, kad hanyalah 500 sahaja. Jadi untuk pastikan tidak ada masalah dengan katering nanti, pastikan anda listkan siapa tetamu. Buat senarai awal-awal. Lebih mudah supaya tiada tertinggal nama.

Doorgift tidak perlu pelik-pelik. Beri doorgift yang mudah dipegang dan lebih senang manisan. Macam saya bagi muffin yang besar. Puas orang makan.


5. Berbincang dengan tok kadi sebelum majlis nikah

Pernah dengar tak tok kadi ceramah sejam sebelum akad nikah bermula? Hah, ini saya dah kena pada majlis saya. Tok kadi mungkin teruja benar bila tengok ramai orang masa akad nikah kot. Lepas tu, naik kematu punggung ni. Dah la baju ni pakai korset hahaha. Senak betul.

Jadi, pihak keluarga perempuan boleh berbincang dengan tok kadi dulu, supaya jangan lama sangat berceramah. Bukan apa, majlis tu ramai orang menunggu. Keluarga pengantin lelaki pun datang dari jauh. Kesian lah kan?

6. Pastikan pelamin selesa dan kukuh

Bila nak pilih pelamin tu nanti, jangan lah pilih yang pelik-pelik. Biar sedap mata memandang. Ikutlah selera masing-masing. Dan pstikan warna pelamin kontra dengan baju pengantin supaya nampak jelas la waktu bersanding nantikan si Raja Sehari tu.. haha!


7. Pastikan arahan dan panduan kepada dua keluarga jelas

Ini kalau tidak bagi dengan jelas. Boleh merosakkan majlis. Maka kena ada orang tengah yang main peranan untuk pastikan maklumat sampai dengan betul. Kalau pukul 11 rombongan sepatutnya sampai, maka rombongan perlulah bergerak dari awal. Ini amat penting dan wakil yang tegas sangat perlu untuk pastikan majlis berjalan lancar.


8. Bahagi tugas kepada keluarga sewaktu majlis

Doorgift. sambut tetamu, duit kaut (hadiah daripada tetamu) perlu dibagi tugas kepada orang tertentu. Untuk memastikan tidak ada masalah, untuk doorgift bagi kepada yang sambut tetamu juga. Bagi terus masa orang datang. Duit kaut pulak, perlu dikumpulkan kepada seseorang sahaja. Maknanya sorang je yang boleh kumpul. Siapa yang terima wang, serahkan kepada orang yang diamanahkan.

Bukan apa, pernah terjadi kes orang kahwin, duit kahwin hilang tau. Perkara duit ini jangan main2. Boleh buat gaduh tau.


9. Beri upah wang ehsan kepada pembantu majlis

Janganlah kedekut, hargailah sedikit sebanyak pada adik sedara, mak sedara yang tolong tadi. Takperlu banyak tapi kalau token RM10 pun dapat jugak beli topup kan?


Nampak je semua perempuan, tapi kaum kerabat Pak Hamid semua nilah banyak membantu menjayakan majlis. Tanpa mereka, apalah akan jadi majlis tu sebelum ini. Alhamdulillah semuanya okay!

10. Photoshoot lokasi yang sesuai

Biasanya photoshoot outdoor akan buat hari yang sama. Yelah taknak bazir make up kan? alang-alang tak payah nak banyak2 baju. Tapi pastikan tempat tu tak jauh dan sesuai dengan baju. Takpayah la nak masuk hutan bagai, kalau da photographer tu pandai, dekat depan masjid pun cantik kan? Ingat tau satu hari dah berlengas dengan baju, takkan kalau kenduri kat ampang, sampai ke Putrajaya nak tangkap gambar kan?

Maka pilih lah tempat yang berdekatan. Takdelah penat sangatkan?

Ok itulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan. Semoga entry ini beri manfaat pada anda semua







6 comments:

  1. Time nak kawin ni kene pikir betul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan nad.. kalau tak rancang betul2 habis kenduri.. tu kena teliti tu..

      Delete
  2. Bagus tips beeha tau...rancang lakasi perkahwinan dan segalanya2 tersusun dan terancang good job...beeha cantiknya diaaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun kena beri tunjuk ajar pada orang baru.. blog akak dengan nad memang best!

      Delete
  3. teliti dan merancang satu persatu... jgn buat last minit ;-) thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  4. Assalam beeha, balas kunjung di sini, semoga bahtera r/tangga yg dibina kekal bahagia dalam redha Allah srntiasa, aminn.

    ReplyDelete

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com