Friday, May 4, 2012

Bersih 3.0 : Lihat sendiri dengan mata kepala anda.

Bersih 3.0, himpunan ribuan rakyat yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 28 April lalu sebagai satu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Himpunan 'gulingkan' kerajaan ini mendapat pelbagai reaksi dan hujah terutamanya menerusi laman sosial twitter dan facebook. Baik positif atau negatif mereka ada hak untuk menyatakan pendapat mereka.

Secara jujur, aku bukanlah kaki demo. Aku juga sebelum ini tidak pernah mengetahui apa-apa tentang perhimpunan Bersih yang pertama. Mungkin waktu itu, peranan media alternatif masih tidak meluas. Dan semestinya media arus perdana telah menggelapkan tentang matlamat perhimpunan ini.

Liputan TV3 langsung tidak menyebutkan lapan tuntutan. Takkan diorang taktahu buat story kena ada background kot? Yang ditonjolkan hanyalah yang buruk-buruk saja. Tiada langsung yang aman.

Sayang sekali, siapa yang sememangnya tidak pernah turun dan melihat dengan matanya sendiri tidak akan mengetahui apa yang sebenar-benarnya berlaku. Mereka hanya tahu menyalahkan dan menuding jari kepada pihak tertentu.

Tapi aku tidak juga salahkan media arus perdana yang 'blackout' segala keamanan pada Bersih 3.0. Aku salahkan pada mereka yang percaya dan terima bulat-bulat semuanya.

Sebab itu tanpa usul periksa, tanpa segan silu mereka membuat kesimpulan bahawa Bersih hanyalah menyusahkan.

Aku faham dengan sesetengah anggota polis yang tertekan kerana perlu buat 'overtime' semata-mata perlu menghadap dan mendengar pekikkan ribuan baju kuning dan hijau ini. Namun itu bukan lesen bagi mereka memperlakukan orang awam macam anjing.

Dan lebih teruk kali ini turut dibelasah dan dipukul adalah media sendiri. Tindakan polis membelasah wartawan dan jurukamera sewaktu liputan adalah satu tindakan yang memberikan kesan buruk terhadap pihak polis dan Kerajaan sendiri.

Aku tidak mahu berceloteh panjang. Disini aku ingin kongsikan video perhimpunan yang telah dibuat oleh sekumpulan media bagi membantah keganasan yang telah dilakukan oleh polis 28 April lalu.

Mereka menyambut Hari Kebebasan Media Sedunia dengan berpakaian serba hitam bagi menunjukkan gelapnya media dalam negara.

Untuk video penuh mengenai Perhimpunan sekumpulan wartawan... Klik sini 



Bagi sesiapa yang ingin melihat video penuh bersih.. boleh lah layari ke www.mobtv.my

Disitu banyak video dari segala tempat dan haluan seperti di Masjid Negara, Brickfields, Dataran Merdeka dan KLCC.





No comments:

Post a Comment

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com