Wednesday, May 2, 2012

Bersih 3.0 : Mengganas atau berpesta?


 BERSIH 3.0 

28 April lalu merupakan satu tarikh yang ditunggu-tunggu ribuan penyokong dari seluruh Negara. Aku sendiri seakan tidak percaya kerana dalam seumur hidup aku. Ini yang pertama aku lihat pelbagai kaum dari Melayu, Cina dan India berhimpun di Kuala Lumpur.

Tidak perlu berceloteh panjang, di sini ingin aku kongsi bersama.

Mobtv ada banyak koleksi video untuk semua..klik dibawah...

DATARAN MERDEKA
MASJID NEGARA
BRICKFIELDS
KLCC

Anda nilai sendiri gambar-gambar sebelum gas dilepaskan. Mereka mengganas atau tidak?

Ini gambar dari Masjid Negara. 12 tengahari 
Perhimpunan turut disertai oleh wanita yang berkumpul di perkarangan Masjid Negara. 12.30 Tengahari






Mob TV dengan warwatawan penyiarannya Zalikha Mohd interview Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Mereka menunaikan solat Zuhur sebelum berarak ke Dataran Merdeka. 

Pemerhati  Pilihan Raya Bersih wakil dari Antarabangsa.

Mereka mula berarak... kira-kira jam 1.30 petang 


Sempat bergambar dengan Julian Schumaker  pemerhati dari Jerman  

Peace..!

Peniaga Cina yang sangat teruja melaungkan slogan Bersih! Bersih !

Pimpinan Pakatan Rakyat bersama pemerhati dari India dan Indonesia.

Ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 


Mereka duduk dan Bantah di Jalan Tun Perak..

Pimpinan ketika ditemui wartawan..
Di perkarangan Masjid Jamek... Mereka seolah-olah sedang berada dalam stadium bola sambil menyanyikan lagu Bersih..Jam 2.30 petang  

Sempat lagi tunjuk PEACE minah ni.. 

betul-betul 2 minit sebelum ditembak gas pemedih mata dari arah Dataran Merdeka.

Selepas polis menembak gas pemedih mata... Segala pesta berakhir dengan jeritan. Dan aku turut hampir pengsan dan telah kehilangan sebelah kasut.


Jonah juga kena tear gas... 

keadaan sedikit reda..dan beransur dan aku sempat bergambar bersama wartawan Sinar Harian.

Mereka sambung berpesta.. busking di tepi jalan. Menghiburkan peserta yang terkena gas pemedih mata. 




No comments:

Post a Comment

Copyright © Celoteh Beeha Designed by azhafizah.com